View: 1320|Reply: 10
|
China Tangguh Nak Serang Taiwan?
[Copy link]
|
|
BEIJING: China didakwa menangguhkan semua rancangan pencerobohannya yang berpotensi ke atas Taiwan untuk sekurang-kurangnya empat tahun.
Lapor Daily Mail, dakwaan itu dibuat oleh Ketua biro perisikan Taiwan, Chen Ming-tong susulan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Katanya, Presiden Xi Jinping kini akan menganalisis kegagalan rakan sejawatnya, Vladimir Putin sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas wilayah separa autonomi itu.
Menurut Ming-tong, Beijing tidak akan melancarkan serangan terhadap Taiwan sehingga tempoh pemerintahan Presiden, Tsai Ing-wen berakhir pada 2026.
Foto:AFP
“Pengajaran untuk China daripada krisis Ukraine-Rusia adalah negara itu tidak harus melancarkan peperangan dengan sesuka hati.
“Beijing kini akan mengkaji kelemahan Rusia dan menambah baik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).
“Sekiranya negara itu melancarkan peperangan maka ia akan menjadi serangan menyeluruh. Justeru, Taiwan harus menilai niat Beijing dengan skop kemungkinan yang luas,” katanya kepada Times.
Susulan insiden pencerobohan di Ukraine, Taiwan menegaskan akan melanjutkan perkhidmatan ketenteraan melebihi empat bulan dalam usaha memperkukuhkan lagi pertahanannya.
Ancaman China ke atas Taiwan semakin memuncak selama bertahun-tahun.
Dua negara itu ditadbir secara berasingan sejak Nasionalis berundur ke Taiwan pada akhir perang saudara China, 1949.
Taiwan kini merupakan sebuah negara demokrasi yang berkembang pesat namun Parti Komunis China (PKC) yang memerintah di tanah besar itu menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya.
Ketika ini hubungan antara Taipei dan Beijing suram sejak beberapa dekad lalu.
Taiwan berdepan tekanan ketenteraan dan politik untuk menerima pemerintahan China.
PUTIN TUNTUT MENYERAH
Dalam perkembangan berkaitan, Putin menegaskan serangan ke atas bandar Mariupol hanya akan berakhir apabila tentera Ukraine menyerah diri.
Menurut Kremlin dalam kenyataan, Putin memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Namun, pegawai Perancis mendakwa pemimpin Rusia bersetuju untuk mempertimbangkan rancangan memindahkan orang awam dari bandar tersebut.
Rusia mencadangkan melaksanakan gencatan senjata selama sehari pada Khamis.
Kementerian Pertahanan memaklumkan gencatan senjata akan bermula pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) bagi membolehkan penduduk melakukan perjalanan arah barat ke Zaporizhzhia melalui pelabuhan Berdyansk yang dikawal oleh Rusia. –CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
“Pengajaran untuk China daripada krisis Ukraine-Rusia adalah negara itu tidak harus melancarkan peperangan dengan sesuka hati.
“Beijing kini akan mengkaji kelemahan Rusia dan menambah baik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).
“Sekiranya negara itu melancarkan peperangan maka ia akan menjadi serangan menyeluruh. Justeru, Taiwan harus menilai niat Beijing dengan skop kemungkinan yang luas,” katanya kepada Times. |
|
|
|
|
|
|
|
taiwan tu kecik aje, bila2 masa China boleh bedil. Cuma banyak faktor lain dia kena consider mcm negara yang sokong dan anti dengan serangan ni, long term, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah tgk satu documentary, masa kuomintang kalah mereka bawa lari khazanah dinasti qing dan dynasty sblmya ke Taiwan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuklear jangan tak nuklear! |
|
|
|
|
|
|
|
hyie: taiwan tu kecik aje, bila2 masa China boleh bedil. Cuma banyak faktor lain dia kena consider mcm negara yang sokong dan anti dengan serangan ni, long ... China dah hidu strategi U.S
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku rasa taiwan mmg berani. Sbb aku penah baca Taiwan ni sbnrnye bukan negara sbb diorg masih belum diiktiraf UN lg. Sbb tu ratu cantik diorg kene bertanding atas nama Chinese Taipei. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 1-4-2022 05:59 PM
Iols pernah tgk satu documentary, masa kuomintang kalah mereka bawa lari khazanah dinasti qing dan d ...
Dan taiwanese lg cantik2 dr china tanah besar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bleh percaya ke berita mcm ni? Mula2 dulu putin pun kata xde niat nak serang Ukraine. Pada pendpt i la anything is possible. |
|
|
|
|
|
|
|
Whiner badak tokei Taiwanis tersenyum sinis peranh atau tak, tehtaplah dpt award the best taiwanese dessert in malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Boba bubbletea Chatime tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|