CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 9

8 Bulan Presiden Zambia Berkhidmat Tanpa Gaji

[Copy link]
Post time 6-4-2022 05:08 AM | Show all posts |Read mode
Berita mengenai Presiden Zambia, Hakainde Hichilema tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya Ogos tahun lalu, menjadi tajuk utama media sosial di negara ini.


Kementerian yang bertanggungjawab membayar gaji dan elaun Presiden mendakwa beliau melepaskan gajinya demi berkhidmat untuk rakyat.


Hichilema berkata, gaji bukanlah motivasinya untuk mendapatkan jawatan, lapor Agensi Anadolu.




Kredit foto: Al Jazeera





"Isu gaji bukanlah bukan disebabkan kerajaan tidak mampu membayarnya," katanya kepada pemberita sebaik tiba di bandar Livingstone.


Hichilema, 59, seorang ahli ekonomi dan ahli perniagaan menjadi Presiden selepas 15 tahun menyertai pembangkang, menewaskan penyandang Edgar Lungu dengan lebih sejuta undi.


"Saya tidak peduli (gaji presiden). Matlamat dan motivasi saya adalah untuk melihat bagaimana kita boleh memperbaiki kehidupan rakyat,” tambahnya.


Sejak dipilih, Hichilema menetap di kediaman peribadinya di New Kasama, sebuah kawasan perumahan mewah di Lusaka beberapa kilometer dari Rumah Nkwazi - kediaman rasmi Presiden Zambia.


Pada 2018, kerajaan Lungu meminda undang-undang berkaitan emolumen dan elaun Presiden yang menyaksikan Presiden memperoleh K$40,653.25 (ASD2,307) gaji dan K10,784.41 (AS$612) elaun bulanan.


Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai Hichilema telah melepaskan faedah Presiden yang lain, menurut Agensi Anadolu.


Bagaimanapun, seteru politik mengaitkan kekayaannya dengan dakwaan beliau memperoleh imbuhan daripada persatuannya dengan kontroversi penswastaan ​​aset negara pada 1990-an.


Nilai kekayaan bersih Hichilema dianggarkan mencecah jutaan dolar dan beliau sebelum ini dilaporkan memegang saham hotel tempatan dan industri pemprosesan lembu sebagai antara sumber pendapatannya.


Beliau tidak mengisytiharkan hartanya secara terbuka sebelum pilihan raya Ogos, kerana undang-undang tidak mewajibkan calon berbuat demikian.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bila la malaysia nak dapat menteri + PM macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut semua ahli politik2 buat cmni..klu gaji pn kena bagi gaji basic rm1.5k sebulan aja.. barulah politaik dpt faham rakyat hidup cmne
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:22 AM | Show all posts
batmana replied at 6-4-2022 08:08 AM
Patut semua ahli politik2 buat cmni..klu gaji pn kena bagi gaji basic rm1.5k sebulan aja.. barulah p ...

.. maka hampirlah tak ada yang nak jadi menteri.. jual ayam golek lagi bagus  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:32 PM | Show all posts
bila laaa ahli politik bebal negara2 lain nak ikut langkah spt ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:14 PM | Show all posts
Kat harap ler berlaku disini untuk selama tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Money doesn't matter, said the wealthy.
Looks doesn't matter, said the beauty.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 6-4-2022 08:08 AM
Patut semua ahli politik2 buat cmni..klu gaji pn kena bagi gaji basic rm1.5k sebulan aja.. barulah p ...

kan. patut gaji minimum apply kat semua menteri. dr pm sampai ke timbalan menteri dan jugak lantikan politik. cuma beza dekat kuasa utk membuat keputusan. patut tak sama dgn penjawat awam biasa yg dapat kerja guna kelayakan jauh sekali lah layak utk gaji sampai 50k dan elaun tah pape, ahli politik naik guna air liur jah pastu tabur janji (banyak yg pelesu). yb patut jd hamba rakyat, mewakili suara rakyat ke parlimen/dun bukan mewakili rakyat utk isi tembolok sendiri!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
I setuju, ni baru betul. Civil servant (serve)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:43 PM | Show all posts
tak ambik gaji tapi segala mala belanja ko boleh claim khensss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.085038 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list