CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 7

[Tempatan] Bantuan khas Aidilfitri. Penjawat awam N9 dapat minimum RM1,000 atau setengah bulan gaji

[Copy link]
Post time 6-4-2022 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Bantuan khas Aidilfitri minimum RM1,000 di Negeri Sembilan
NORAFIDAH ASSAN | | 06 April 2022

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia akan dibayar pada Jumaat depan (15 April) dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM6 juta untuk seramai 4,050 kakitangan.

"Pemberian BKK bersempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 ini diharap meningkatkan motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang.

"Selain itu, pemberian ini juga selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022 iaitu 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat'," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Minggu Exco di Wisma Negeri, pada Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Aminuddin berkata, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menghantar tangki statik di kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air terawat pada Selasa di beberapa kawasan di Port Dickson seperti Bandar Springhill dan Chuah serta Kuala Klawang, Jelebu.

"Ia berikutan kadar kekeruhan air sungai di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi terlalu tinggi apabila berlakunya hujan lebat di sekitar Seremban hingga loji tidak dapat memproses air mentah dari sungai tersebut.

"Justeru, masalah ini dipastikan tidak berulang terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

Pada 2 Mac lalu media melaporkan, kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM25 juta bagi mengatasi segera masalah bekalan air terawat di Port Dickson berikutan kekerapan berlaku gangguan bekalan air di sekitar daerah tersebut.


Sumber: sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 03:54 PM | Show all posts
org kerja swasta dari thn lepas krik krik krik shj..seronok tengok & dengar...harap bantuan kwsp shj
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Penang, johor, sarawak, selangor pun sama

At least setgh bln
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:49 PM | Show all posts
Utung ler, kesiahan pada mereka yang berkerja sendiri, swasta apa tah lagi yang diberhentikan kerja atau terpaksa berhenti kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu nanti ada makcik kepam gemok 100 kilo komplen, kenapa korang semua nak dengki dengan penjawat awam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlumba lumba Kerajaan dipilih (negeri dan persekutuan) memberi imbuhan pada penjawat awam yg dapat gaji penuh, pencen sampai mampus sesambil menerima duit under table aka rasuah (seperti biasa bukan semua). Pada semua penjawat swasta......anda tak terhutang budi apa2 dengan Kerajaan. So bila PRU......kita buat regime change suka hati kita lah.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2022 08:06 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 6-4-2022 07:03 PM
Berlumba lumba Kerajaan dipilih (negeri dan persekutuan) memberi imbuhan pada penjawat awam yg dapat ...

Bg aku hak krajaan negeri/persekutuan. Tp ptotnya kerajaan kuatkuasakan btol2 syarikat swasta yg mcm sial ni. Gaji mcm celaka, kwsp tk carum. Ptot gaji swasta kena lbih mahal dari gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.108570 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list