CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

Mayweather inspirasi Qaiyum

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

ABDUL Qaiyum tekad cipta kejutan di Hanoi. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Sebut sahaja sukan tinju, nama bekas petinju profesional, Floyd Mayweather Jr. pastinya meniti di bibir pencinta sukan itu.

Mana tidaknya, Mayweather petinju terhebat sepanjang zaman dengan rekod sempurna 50 perlawanan berturut-turut tanpa tewas sebelum mengumumkan persaraannya pada 2017.

Maka, tidak hairanlah figura dari Amerika Syarikat itu menjadi ikutan petinju-petinju dari luar termasuklah atlet muda Malaysia, Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin.

Muhammad Abdul Qaiyum mengakui sering merujuk video Mayweather sebagai panduan baginya untuk cuba membuat kejutan pada penampilan pertamanya di Sukan Sea Hanoi, Vietnam bulan depan.

"Mayweather adalah idola saya dalam sukan tinju. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam aspek tumbukan, serangan serta mengelak.

"Walaupun Sukan Sea mahupun Sukan Olimpik di bawah kategori amatur dan Mayweather pula beraksi di peringkat profesional, namun kemahiran dimilikinya boleh diguna pakai dalam gelanggang," katanya.

Walaupun belum pernah beraksi di pentas Sukan Sea, petinju berusia 20 tahun itu dilihat bersemangat tinggi dan berazam untuk cuba merangkul emas dalam kategori 52 kilogram (kg) di Hanoi.

Bagaimanapun, atlet dari Perak itu menjangkakan bakal menghadapi tentangan sengit dari petinju tuan rumah, Thailand dan Filipina dalam usahanya untuk mencipta kejayaan manis dalam acara yang dijadual berlangsung di Gimnasium Bac Ninh itu.

"Saya bukanlah yang terbaik tetapi apa yang pasti saya akan buat sehabis baik dan termampu saya untuk hadiahkan pingat emas buat negara," tambahnya.

Beliau yang berpuas hati dengan latihan bersama kem tinju kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan berkata tidak berdepan sebarang cabaran biarpun terpaksa menjalani persiapan akhir di bulan Ramadan menjelang Sukan Sea Hanoi.

Sukan Sea Hanoi dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.

Nama: Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin

Umur: 20 tahun

Tarikh lahir: 2 Dis 2001

Tempat lahir: Ipoh, Perak

Bilangan adik beradik: Enam (anak ketiga)

Hobi: Memancing

Mula wakili negara: 2017

Pencapaian terbaik: Juara Pesta Tinju Pulau Pinang 2018
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... er-inspirasi-qaiyum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059710 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list