CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

Zii Jia ada peluang juara BAC

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode

ZII Jia ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpu: Jurulatih Lee Zii Jia , Indra Wijaya yakin anak buahnya itu berpeluang untuk muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung di Manila, Filipina bermula esok.

Zii Jia yang juga pemain nombor tujuh dunia, akan memulakan saingan dengan berdepan wakil China, Sun Fei Xing di pusingan pertama. Seandainya berjaya melepasi cabaran berkenaan Zii Jia yang juga pilihan kelima bakal berdepan sama ada pemain Taiwan, Lee Chun atau wakil Indonesia Shesar Hiren Rhustavito di pusingan kedua.

Menantinya di suku akhir jika melepasi kedua-dua halangan berkenaan berkemungkinan wakil Jepun, Kenta Tsuneyama. Turut berada di laluan sama ialah jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dan pilihan kedua yang diramal bakal berentap dengan Zii Jia di separuh akhir.

Indra yang diberi kepercayaan oleh Zii jia untuk membimbingnya selepas bergerak secara profesional, mengakui biarpun anak buahnya berdepan laluan mencabar namun bukan sesuatu yang mustahil.

"Dia mampu muncul juara sekiranya mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan. Setakat ini, persiapan semua berjalan lancar. Saya harap dia boleh dapatkan permainan terbaiknya dalam saingan BAC kali ini. Sebagai jurulatih saya mahu melihat dia bermain pada tahap terbaiknya secara konsisten.

"Jika dia boleh melakukannya, saya percaya bukan sesuatu yang mustahil untuk dia muncul juara," kata Indra.

Pencapaian terbaik Zii Jia dalam saingan musim ini adalah mara ke separuh akhir Terbuka Jerman dan Seluruh England, Mac lalu.

Sebelum itu, juara Seluruh England 2021 berkenaan membantu skuad lelaki negara muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, Februari lalu.

Selain Zii Jia, empat lagi pemain perseorangan lelaki negara turut beraksi dalam saingan BAC kali ini iaitu Liew Daren, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Daren akan membuka tirai kempen menentang pemain Korea Selatan, Heo Kwanghee; Tze Yong bertemu K Srikanth dari India manakala Aidil diundi berdepan Wang Tzu Wei dari Taiwan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-peluang-juara-bac

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052215 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list