CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

200 atlet, atlet para dan bekas atlet terima duit raya

[Copy link]
Post time 27-4-2022 03:09 PM | Show all posts |Read mode

EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan merangkap Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Tuan Mohd Khairuddin (kiri) bersama Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (dua dari kiri). -FOTO Owee Ah Chun

Kuala Lumpur: Sambutan Aidilfitri tahun ini bakal disambut lebih ceria buat 200 atlet, atlet para dan bekas atlet yang sudah berjasa dan mengharumkan nama Selangor dan juga Malaysia.

Kesemua penggiat sukan ini menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan sekali gus menunjukkan komitmen berterusan mereka dalam menjaga kebajikan atlet dan bekas atlet .

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman kesemua atlet berkenaan menerima sumbangan RM200 dalam program Kerajaan Negeri Selangor yang turut menerima kerjasama berterusan dari Yayasan Kebajikan Atlat Kebangsaan (Yakeb) dan Persatuan Orang Buta Malaysia.

"Ini kali ketiga diadakan antara antara Kerajaan Negeri Selangor, Yakeb dan Persatuan Orang Buta Malaysia. Program hari ini seperti tahun seblum itu, memberikan bantuan kepada bekas atlet kita yang pernah mencipta nama atas nama Selangor.

"Untuk hari ini, ia membabitkan seramai 200 bekas atlet dan 50 orang hadir pada majlis hari ini manakala yang lain akan disalurkan menerusi akaun bank masing-masing," katanya yang juga Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor.

Kata Khairuddin, jumlah peruntukan disediakan untuk bekas atlet bagi tahun ini saja adalah RM250,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. "Sebanyak RM50,000 diberikan dalam bentuk bantuan raya manakala RM200,000 lagi dalam bentuk program Atlet Ceria di mana kita memberi bantuan seperti membaiki rumah kediaman mereka dan peralatan rumah.

"Saya berterima kasih kepada Yakeb dan Persatuan Orang Buta Malaysia yang sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan bekas atlet Selangor terus dijaga sehingga ke hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... et-terima-duit-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048999 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list