CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

Tabah-NSEA ada ramuan kejutan

[Copy link]
Post time 7-5-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 8-5-2022 11:31 AM




Seremban: Skuad PUBG Mobile, Tabah-NSEA bertekad   mencipta kejutan dengan sasaran kutipan satu pingat emas pada penyertaan pertama temasya Sukan Sea Hanoi 2022  bermula dari 12 hingga 23 Mei ini.
Pengurus pasukan, Mohd Farizal Khairuddin berkata, pihaknya tidak melihat penyertaan pertama  itu sebagai halangan untuk atlet melakar kejutan, sebaliknya usaha dan kerja keras akan dilakukan untuk menyumbang pingat buat kontinjen negara.
Malah, beliau juga berpendapat sasaran kutipan satu emas ditetapkan dianggap realistik dengan mengambil kira prestasi dan pencapaian mereka dalam penyertaan pada beberapa kejohanan tempatan dan jemputan antarabangsa sejak awal tahun ini.
"Status sebagai pasukan bukan pilihan mampu memberikan motivasi tinggi kepada atlet untuk memperagakan aksi mantap. Kami akan berikan yang terbaik dan berusaha menyumbang pingat buat negara," katanya di sini, hari ini.
Mengenai tahap persiapan, Mohd Farizal berkata, persiapan berjalan lancar dan dari segi prestasi kesemua atlet menunjukkan kemajuan positif serta memberangsangkan.
Katanya, ia sudah mencapai tahap 90 peratus dengan semua atlet dilihat sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada temasya sukan terbesar dwi tahunan berkenaan.
"Kini kita sedang memberikan fokus kepada kekuatan mental atlet sebagai pelengkap kepada persediaan yang telah dibuat. Atlet dilihat tidak sabar beraksi dan kesemua mereka sudah berazam untuk memberikan persembahan terbaik bagi membantu kontinjen negara meraih pencapaian cemerlang," katanya yang memaklumkan atlet masih dalam latihan pusat yang turut membabitkan penyertaan pegawai sains sukan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Selain Tabah-NSEA, Malaysia juga akan diwakili pasukan Geek Fam. Malaysia bakal bersaing dalam acara PUBG Mobile antaranya, Free Fire, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Arena of Valor dan League of Legends.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ada-ramuan-kejutan


SKUAD Tabah-NSEA sudah bersedia   menggalas cabaran negara pada Sukan Sea Hanoi.  FOTO FB NSEA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list