CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1026|Reply: 10

[Tempatan] Rakyat jarang selidik sebelum menderma punca muncul pelbagai individu, NGO ambil kesempatan

[Copy link]
Post time 12-5-2022 12:57 AM | Show all posts |Read mode
sumber: sinarharian.com.my
Sikap rakyat tidak selidik dahulu sebelum menderma
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
09 Mei 2022 09:00am

SHAH ALAM - Sikap tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum menderma menyebabkan banyak pihak berani mengambil kesempatan daripada kebaikan rakyat Malaysia.

Pakar sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sifat tanpa selidik itu juga menyebabkan wang untuk membantu golongan memerlukan dapat kepada golongan tak sepatutnya.

“Budaya masyarakat Malaysia merupakan nilai yang sangat sihat iaitu dalam konteks suka membantu masyarakat yang memerlukan sama ada kepada individu atau organisasi.

“Sifat baik rakyat Malaysia ini sering kali diambil kesempatan dan kita sering mendengar tentang beberapa kumpulan individu atau organisasi yang berjaya mengumpul ribuan ringgit dalam masa satu hari sahaja hasil derma daripada orang ramai.

“Budaya baik yang ditunjukkan oleh masyarakat ini sudah tentu wajar diteruskan namun mereka perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menderma agar wang tersebut tidak jatuh kepada pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lebih mengecewakan apabila ada pihak yang menggunakan agama sebagai medium untuk mengutip derma.

Menurutnya, kutipan derma menggunakan agama mendorong orang Islam mudah berasa simpati untuk menderma walaupun tidak mengetahui latar belakang individu itu.

“Bukan kita nak menghalang untuk membantu tetapi kita tidak mahu menyemarakkan budaya orang mengambil kesempatan sehingga hasrat dan niat kita itu tidak sampai ke tempatnya. “Saya tahu ada dalam kalangan golongan agama yang kata bahawa apa yang penting adalah niat, maka ALLAH akan membalasnya. Tiada pertikaian atau percanggahan mengenai perkara ini.

“Tetapi dalam masa sama kita perlu tahu sebab utama kita menyalurkan derma supaya orang yang perlukan bantuan ini dapat dibantu. Bukannya kita bagi derma untuk mereka yang mengambil kesempatan,” katanya.


*************

Kontroversi derma awam masuk poket sendiri
RAJA NUR FAZNIE AIDA


SHAH ALAM - Individu atau organisasi yang mahu membuat kutipan derma perlu menunjukkan satu pelaporan lengkap kepada masyarakat umum bagi membuktikan bahawa kutipan berkenaan benar-benar disalurkan ke tempat sepatutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, ia termasuklah pelaporan berhubung tujuan pelaksanaan sesuatu projek dan juga jumlah dana yang diperuntukkan.

“Dari segi sudut pelaksanaannya pula, mereka juga perlu kongsikan kepada masyarakat sudah berapa banyak sumbangan diterima dan bila jangkaan projek tersebut siap sepenuhnya.

“Kalau projek ini mengambil masa selama satu tahun, maknanya enam bulan mereka perlu kongsikan status projek tersebut. Ini termasuklah berapa banyak perbelanjaan telah pun dilaksanakan dan berapa banyak peruntukan sudah dikeluarkan.

“Ini bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa NGO kita ini memang betul-betul buat apa yang dikehendaki di sesebuah kawasan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai tindakan seorang ustaz dan pempengaruh yang didakwa kerap meminta derma dan memungut dana awam atas nama kebajikan dan agama.

Menurut hantaran yang tular itu, jumlah derma diminta individu yang mempunyai lebih 51,000 pengikut di media sosial itu mencecah ratusan juta ringgit di samping turut meletakkan syarat tidak munasabah kepada penderma.

Dalam perkembangan sama, Kamarul Zaman turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kebajikan bagi tujuan mengawal selia mana-mana persatuan ataupun NGO yang mengutip dana daripada sumber pendanaan awam.

“Sekarang ini kita tidak ada satu badan yang mengawal persatuan atau NGO yang mengutip dana daripada orang ramai.

“Kalau negara luar seperti Singapura, Australia dan United Kingdom, mereka ada Suruhanjaya Kebajikan. Maknanya mereka yang akan mengawal selia individu atau NGO yang melaksanakan pendanaan awam.“Jadi di sini tiada isu yang melibatkan ada segelintir individu mengambil kesempatan dengan membuat kutipan derma bagi kegunaan peribadi,” ujarnya.

JADI PEMANTAU

Dalam pada itu, orang ramai perlu turut memainkan peranan sebagai pemantau untuk menangani sebarang kegiatan memungut dana awam atas kepentingan diri atau kumpulan tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, aspek pemantauan awam itu sangat penting bagi membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan terhadap perbuatan tersebut yang sememangnya terletak di bawah kesalahan penipuan mengikut undang-undang negara.

“Yang penting adalah orang ramai yang memberikan sumbangan kena betul-betul ambil serius sebab dengan laporan yang ada itu sepatutnya pihak berkuasa boleh terus ambil tindakan.

“Jadi kalau nak cakap kena ada pemantauan, sebenarnya kitalah jadi mata telinga dan sebagainya untuk lihat sejauh mana kredibiliti sesuatu pendanaan awam itu dibuat,” katanya.

Nurhayati berkata, dalam memberikan sesuatu sumbangan, orang ramai perlu lebih peka dan terlebih dahulu melakukan penilaian terhadap individu atau entiti yang menguruskan dana tersebut.

Jelas beliau, antara perkara utama perlu dinilai orang ramai adalah ketelusan pengurusan kewangan, perancangan dan kesahihan aktiviti dan operasi dijalankan oleh pihak yang mengutip dana berkenaan.

“Kalau boleh orang ramai juga perlu terlibat sama dengan aktiviti serta kegiatan derma atau amal yang dilakukan pihak terbabit. Jika tidak, cuba dapatkan bukti pengesahan mengenai perkara tersebut,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa warga asing. Punca ramai warga asing suka dtg Malaysia. Senang buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 02:03 AM | Show all posts
kalau artis yang buuka tabung
berduyunnn menderma
baik korg sedekah dengan abag grab, abang ninja van, rider mcdelivery, rider dominos, abang panda, abang gas, abang isi minyak kan pam
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 02:37 AM | Show all posts
Hellooooooo....


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols gigih kononnya kata tiap2 tahun bayar zakat. Last2 income tax audit zakat yg dia byr rupanya pd sebuah yayasan tahfiz di negeri sembilan. Terus income tax minta dia byr semua refund income tax. 5 angka juga lah dia kena bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Derma derma derma... Nanti masuk syurga. Kalau dia tipu itu urusan dia ngan tuhan.. Kata lobai2 jadian buduhss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku rajinnnnnn derma dekat orang buta yg selalu ada orang iring tu.. walaupun ditegah jangan bagi tetap la kata "nanti adalah rezeki aku. Kalau dia tipu, tu urusan dia dengan Tuhan.."
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:08 AM | Show all posts
Kurex replied at 12-5-2022 12:28 AM
Kawan aku rajinnnnnn derma dekat orang buta yg selalu ada orang iring tu.. walaupun ditegah jangan b ...

yg ni au ada bg jgk.. singgit, pastu aku ambik tisu yg dia hulur tu. aku andaikan aku beli tisu tu dr dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 12-5-2022 02:03 AM
kalau artis yang buuka tabung
berduyunnn menderma
baik korg sedekah dengan abag grab, abang ninja va ...

Setuju...akk pon buat mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 02:19 PM | Show all posts
Tak salah selidik dulu sebelum nak derma jangan mudah terpedaya dengan umpan mengunakan agama
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-5-2022 10:28 AM
Kawan aku rajinnnnnn derma dekat orang buta yg selalu ada orang iring tu.. walaupun ditegah jangan b ...

Masalah nya dia la jadi punca bleluasa...enabler no 1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075460 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list