CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 7

[Dunia] Bagi cucu atau bayar RM2 juta!

[Copy link]
Post time 13-5-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Bagi cucu atau bayar RM2 juta!


SANJEEV dan Sadhana Prasad. FOTO Agensi

New Delhi: Gara-gara mahukan cucu, suami isteri di India memfailkan tuntutan mahkamah terhadap anak dan menantu.

Pasangan itu menuntut jika anak dan menantu tidak melahirkan anak dalam tempoh setahun, mereka akan menuntut ganti rugi bernilai 50 juta rupee (RM2,842,992.47).

Nilai itu sebagai ganti rugi bagi membiayai pendidikan anaknya sehingga bergelar juruterbang, majlis perkahwinan mewah di hotel serta bulan madu anak menantu mereka.

Sanjeev dan Sadhana Prasad berkata, mereka kehabisan wang simpanan untuk membesarkan dan mendidik anak mereka sehingga menjadi juruterbang serta membayar kos majlis perkahwinannya.

Dalam satu petisyen yang difailkan di mahkamah di Haridwar minggu lalu, pasangan itu mahukan bayaran balik kos berkenaan kerana anaknya masih belum dikurniakan anak.

"Anak saya sudah enam tahun berkahwin tetapi mereka masih belum merancang untuk melahirkan anak.

"Sekurang-kurangnya, jika kami mempunyai cucu, kesakitan kami akan dapat ditanggung.

"Kami juga terpaksa membuat pinjaman untuk membina rumah kami dan kini kami melalui banyak kesulitan kewangan. Dari segi mental juga kami agak terganggu kerana kami tinggal bersendirian," kata pasangan itu.

Lapor Times of India, pasangan itu menuntut 50 juta rupee termasuk kos majlis perkahwinan di hotel lima bintang, sebuah kereta mewah dan bulan madu pasangan itu di luar negara serta kos latihan juruterbang di Amerika Syarikat.

Namun, akhbar itu melaporkan, anaknya kembali ke India dan menganggur.

Peguam pasangan itu, Arvind Kumar berkata, petisyen itu akan didengar di mahkamah di utara India, pada 17 Mei.

India mempunyai sistem kekeluargaan kukuh dengan banyak generasi termasuk datuk nenek, anak saudara, ibu saudara dan bapa saudara sering tinggal dalam rumah sama.

Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, trend itu berubah dengan pasangan muda lebih suka tinggal berjauhan daripada ibu bapa atau adik-beradik mereka.

Dalam kes ini, pasangan berkenaan memilih untuk bekerja berbanding mempunyai anak dan tinggal di rumah sendiri.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... atau-bayar-rm2-juta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada kerja bagaimana anak mahu bayar saman or bagi cucu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 03:00 PM | Show all posts

Terdesak Mahu Cucu, Ibu Bapa Saman Anak Dan Isteri RM2.8 Juta

Baru-baru ini di India, ada kes ibu bapa membawa anak lelakinya ke mahkhamah bagi menuntut dia dan isterinya memberikan mereka cucu dalam tempoh setahun atau mereka perlu membayar saman berjumlah ASD650,000 (RM2.8 juta).

kredit foto: ItsStock



Petikan dari Kampung Mamak, ibu bapa tersebut, Sanjeev dan Sadhana berkata, mereka telah menghabiskan wang simpanan untuk membesarkan dan membayar pengajian anak lelakinya untuk menjadi juruterbang selain membiayai majlis perkahwinan anak lelakinya.



Difahamkan, mereka menuntut bayaran balik itu dengan memberikan mereka cucu, tetapi anak lelakinya yang sudah enam tahun berkahwin masih tidak mempunyai rancangan untuk mendapatkan anak dan ia membuatkan kedua-dua ibu bapanya berasa tertekan.



Tambahan pula, India yang dulu mempunyai sistem kekeluargaan bersama yang kukuh seperti nenek, pakcik, makcik, sepupu dan lain-lain boleh duduk serumah, tetapi sejak beberapa tahun lepas trend itu mula berubah apabila pasangan yang baru berkahwin berpindah dari rumah keluarga. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain yg xbranak2,org lain pulak yg ttekan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tua ni sunyi nih, biasanya kat india dah kawen kena duk penuh satu umah ngan mak bapak.
Kalau bg cucu pun bukannya cucu tu duk ngan atuk nenek pun so tetapla korang duk berdua gak sendirian

Tp anak
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak nak saman tuhan sekalikah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi pilot pn xmmpu tanggung kos kawin sndiri ka?memalukan persatuan pilot aja
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:09 AM | Show all posts
akibat kepercayaan yang anak2 itu terhutang nyawa dengan ko therefore have to produce whatever your wishes in return

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 1.996173 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list