View: 1328|Reply: 10
|
[Tempatan]
Pengguna mengeluh harga barang naik lagi
[Copy link]
|
|
Pengguna mengeluh harga barang naik lagi
Tinjauan di Pasar Besar Seremban mendapati ada barang basah keperluan harian mengalami kenaikan harga. - NSTP/Ahmad Hasbi.
SEREMBAN: Pengguna di negeri ini yang mahu mengadakan rumah terbuka atau menerima kunjungan tetamu sempena Aidilfitri mungkin terbeban dengan kenaikan harga barang basah ketika ini.
Tinjauan di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini mendapati rata-rata harga sayur dan ikan lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Bekas pekerja swasta dari Sikamat, Azman Baharudin, berkata harga barangan basah dikesan terus naik walaupun tidak ketara.
"Sebelum ini saya beli ikan kembung dalam anggaran RM12 sekilogram namun kini mencecah RM19 sekilogram.
"Peniaga meletakkan harga lebih mahal jika ikan segar sebelum menurunkan sedikit harga selepas beberapa hari jika ikan tidak terjual," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, hari ini.
Azman mendakwa, ada peniaga sayur mengekalkan harga sayur-sayuran namun mengurangkan kuantitinya dalam seikat hasil tanaman yang dijual.
"Dalam suasana masih menyambut Aidilfitri, ramai yang berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka atau menjemput tetamu ke rumah.
"Dengan situasi harga yang tidak terkawal ini, mungkin ada golongan yang sedikit terbeban, jadi mereka perlu pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak 'kering' di hujung bulan," katanya.
Sainon Dahalan, 69, dari Senawang berkata, kenaikan harga barang memang ketara ketika ini, namun pengguna tiada pilihan.
"Saya perasan harga cili padi sebelum ini RM18 sekilogram tetapi kini harganya mencecah RM25 sekilogram, selain harga sayuran seperti pegaga.
"Harga ayam ada juga berlaku kenaikan tetapi kerajaan mengawalnya dengan menetapkan harga siling. Kalau orang tengah jadi puncanya, saya harap kerajaan akan ambil tindakan," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ga-barang-naik-lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu org berebut ayam Kat lotus Sbb antara termurah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mustahil bakal terus naik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
anj2208 replied at 13-5-2022 03:28 PM
Sbb tu org berebut ayam Kat lotus Sbb antara termurah...
Haah
Iols hari tu pergi pagi2..
Ayam baru kuar ni..
Ramai dah tunggu..hahahaha..
Mujur masa tu.iols bukan nak beli.ayam..kalauntak..mmg kena tunggu laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
leks la... ayam mahal? makan tempe
sawi mahal? makan kangkong
kangkong mahal? tanam sendiri, rakyat pemalas
tu je ulasan pakar2 dan menteri pasola kat mesia ni kejap lagi.. dia tak cakap lagi pun meols dah tahu dia nak ckp apa |
|
|
|
|
|
|
|
frankly speaking, tkde sorang pun komuniti i yg mengeluh pasal brg naik. Yg mengeluh harga barang tak boleh naik adelah… iaitu kawan2 pengilang IKS yg nak naikkan harga production tapi tak boleh sbb peruncit nnt tknk beli hehee |
|
|
|
|
|
|
|
yanzhuo replied at 13-5-2022 03:34 PM
Menteri tak buat kerja
Kata menteri, "Bukan kerja akuuu!" |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah naik sikit2 pn sblm raya lepas raya lagi menaik |
|
|
|
|
|
|
| |
|