View: 1857|Reply: 21
|
[Tempatan]
Projek ECRL... tak boleh 'buat duit'?
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM50 bilion tidak mungkin menguntungkan dalam jangka panjang dan mungkin perlu diselamatkan kerajaan pada masa depan, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah Faiz Fadzil.
Beliau berkata, ini kerana unjuran kerajaan berkenaan penumpang dan kargo yang dijangka menggunakan perkhidmatan itu meragukan.
Projek ECRL yang digelar sebagai “usaha yang menguntungkan” meskipun ia mustahil dicapai, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sasaran 5.6 juta penumpang ECRL pada tahun pertama operasinya dilihat suatu ketetapan tinggi memandangkan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Pantai Barat hanya mampu mencecah 3.75 juta pada 2019.
“Lebih melucukan, kerajaan menganggarkan bahawa ECRL (yang menuju ke Pantai Timur) akan membawa lebih banyak penumpang dan kargo berbanding KTMB yang sudah sekian lama berkhidmat untuk lokasi berpenduduk padat dan pelabuhan-pelabuhan utama di Pantai Barat.
“ECRL ini juga adalah tren “single-track”, bukannya “double track” seperti KTMB di Pantai Barat. KTMB pula hanya mencapai 6 juta tan kargo pada tahun 2020, walaupun ia beroperasi di lokasi-lokasi yang mengendalikan 285 juta tan kargo,” katanya.
“ECRL, sebaliknya, mendakwa ia akan mencapai 26 juta tan kargo pada tahun pertamanya, walaupun ia beroperasi di lokasi-lokasi yang hanya mengendalikan 22 juta tan kargo pada tahun 2020,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu.
Faiz berkata, menurut menteri pengangkutan, 70% daripada hasil ECRL akan datang daripada kargo, yang meningkatkan kemungkinan ia gagal.
Beliau berkata, ini mengingatkan kepada era apabila KTMB diselamatkan dengan menggunakan wang pembayar cukai.
Faiz berkata, dalam kes ECRL, sebarang “bailout” adalah dalam bentuk pembayaran pinjaman yang diberikan oleh China untuk projek itu.
“Memandangkan 85% kos ECRL akan dibiayai menerusi pinjaman daripada China, Malaysia akan berhutang RM42.7 bilion (tidak termasuk faedah) kepada negara itu. Pada kadar faedah pinjaman 3.25% dan tempoh pembayaran 20 tahun, jumlah hutang akan melonjak kepada RM58 bilion.
“Tanpa adanya sumber pendapatan yang mencukupi, amat mustahil bagi ECRL membayar hutang ini tanpa sokongan kerajaan.”
Rangkaian rel sepanjang 665km itu yang merangkumi 59 terowong, dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion. Ia merentasi empat negeri — Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
FMT menghubungi projek ECRL dan pemilik aset Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan ulasan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/12/ecrl-dijangka-gagal-jana-keuntungan-kata-pemimpin-amanah/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya
Ada ke projek kerajaan yang bermotifkan keuntungan?
MRT tu ada untung ke? Hospital tu untung ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan public transport bukan untuk mendapat keuntungan kepada syarikat pengangkutan tu. Kalau nak dapat untung.. rakyat yang guna khidmat tu kena bayar harga ticket yg tinggi lah. Untung yg dimaksudkan adalah untung dari segi merancakkan ekonomi di kawasan2 yg di lalui ecrl tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Railway Petronas Kertih-Kuantan Port jadi apa?
katanya untuk angkut barang juga dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang kalau nak ke kelantan kena naik di Gemas kan..mudah mudahan adanya ECRL ni merancakkan tourism Malaysia....orang Malaysia suka makan angin...fikirkan lah apa nak buat dekat2 area stesen ECRL |
|
|
|
|
|
|
|
KTM stop direct route dari KL - Tumpat. Sesiapa yg nak naik tren kena beli tiket ke Gemas dahulu. Jadi sangat menyusahkan. Orang sama ada drive sendiri,naik bas atau flight.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul, memang tak untung. Bukti jelas Sri Lanka tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 13-5-2022 09:42 PM
Tujuan public transport bukan untuk mendapat keuntungan kepada syarikat pengangkutan tu. Kalau nak d ...
Aku pasti masa bina Plus highway dahulu ada orang komen projek ni membazir juga.
Tapi tengok mcm mana ia transform negeri-negeri di pantai barat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Plus Highway jaa.. zaman2 penang bridge dulu pun ... lobai2 hamPAS & DAPig menyalak ( kalo depa dah pegang penang, mungkin lain bunyi ) bazir ke hulu ke hilir... guna duit rakyat ke sana ke sini..
bila dah siap ... lobai2 hamPAS ramai guna utk ke Tanjung naik flight utk ke Mekah kaa Madinah ka apa kaa.. time tu depa sembang lain lak.. " Senang nooo ada jambatan, senang nk p tanah suci" ... prrffgghh jer laaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ko pakai topi businessman tak payah kajian pun tau projek ini tak akan balik modal. These figures however helps untuk mereka yang masih in denial. Tengok how they spin.
Berhutang memang sedap kot. Dah tengok apa jadi kat Sri Lanka kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 14-5-2022 06:58 AM
Aku pasti masa bina Plus highway dahulu ada orang komen projek ni membazir juga.
Tapi tengok mcm ...
Ada ka orang gila yang bangkang plus highway tu?
Tapi kalau Petronas Towers tu maybe lah. Even KLIA pun. Design & finishing memang high end compared dgn airport kat US or Bangkok yg nampak simen tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Projek yang akan jadi white elephant dengan hutang yang tak mungkin bolih bayar. Last2 negara pun bolih bangkrap semata-mata nak bagi "oghe pata timor" seronok dan mereka tan undi BN pun. Memang Ketajasn ni bengap |
|
|
|
|
|
|
|
Da tgh buat da pun. Da x guna lg nak diskas. Nak cancel kena bayar pampasan kat china. Lg la bodoh. 2x rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga msia tak jadi next sri lanka sbb byk sgt hutang china... |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah syarikat2 bas ekspress kenakan tambang bas termasuk kos bina jalanraya..?
Begitulah juga syarikat yg mengendalikan train yg menggunakan landasan ECRL. |
|
|
|
|
|
|
|
no wonder dorang batal projek canal city
tak mendatangkan untung
biarlah rakyat keluar duit sendiri baiki kereta, rumah setiap kali banjir
asalkan duit kerajaan tak diusik buat projek yang tak mendatangkan untung |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 15-5-2022 04:12 AM
err.. yang I nampak.. projek yang jibby buat ni.. korang kena buat semua kalau nak kira untung. takleh potong sana sini rijek bandar malaysia la rijek hsr singapore la rijek kilang2 china kat pahang la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|