View: 1315|Reply: 11
|
[Politik]
Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib dalam Debat Perdana tempoh hari'
[Copy link]
|
|
Menurut Fahmi, terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi. - Gambar Astro AWANI
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, terdapat banyak kekangan atau ‘syarat’ yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.
Dakwa Fahmi yang bertanggungjawab menguruskan debat berkenaan, hampir semua kekangan itu dibuat oleh pasukan Najib.
“Ada juga yang bertanya kenapa malam itu Datuk Seri Anwar tak bincang pasal 1MDB pun. Sebab ‘team’ Datuk Seri Najib tak nak kami bincangkan, ia sudah diputuskan awal.
“Tak boleh sentuh tentang apa-apa perkara yang sedang berada dalam mahkamah, contohnya.
“Jadi ada yang kata kenapa Datuk Seri Anwar ‘did not deliver the killer blow’? Sebab malam itu kalau kita tak ikut format yang rata-rata kekangan yang hampir semua kekangan datang - tempat, format, moderator, soalan hanya boleh ditanyakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar kepada beliau, penyokong Najib kepada Najib… itu hampir semua batas-batas itu diletakkan oleh pasukan Najib.
“Sampaikan sebelum nak masuk ke dalam bilik menunggu pun Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib dipisahkan sebab pasukan Najib tak nak mereka duduk bersama. Lain macam…,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.
Sebelum itu, Fahmi yang juga calon Ketua Cabang Lembah Pantai bagi Pemilihan PKR 2022 hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini.
Mengulas lanjut, Fahmi berpandangan, soalan-soalan yang diajukan kepada dua figura politik itu seharusnya datang daripada orang awam dan bukannya wakil pihak masing-masing.
“Tetapi apapun bagi saya debat itu adalah permulaan yang baik. Kali terakhir kita Debat Perdana seperti ini ialah pada tahun 2008, jadi dah 14 tahun, agak lama.
“Saya harap lepas ini akan ada lebih banyak debat contohnya, antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang.
“Itu bagi saya satu acara yang sudah pasti akan sangat dinanti-dinantikan. Cuma saya harap format tidak sama dan kekangan-kekangan yang bagi saya menunjukkan rasa takut pihak sebelah sana terhadap Datuk Seri Anwar,” tambahnya lagi.
Mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan pada debat tersebut termasuk melibatkan audit forensik, Fahmi berkata, perkara itu terserah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, bagi pihak pembangkang, beliau yakin syor tersebut akan dibawa pada sesi Perliman akan datang.
“Sudah pasti akan ada yang bawa termasuk isu Forex yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib.
“Mungkin ada orang kata Ahli-Ahli Parlimen di peringkat kerajaan akan bangkitkan isu GST contohnya dan beberapa cadangan yang lain.
“Apa-apa pun saya tak makan kek… sesiapa yang nak makan kek itu jangan makan sorang-sorang,” katanya merujuk pada analogi perkongsian kek seperti yang dihujah oleh Najib pada Debat Perdana tempoh hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-5-2022 08:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Minta maaf fahmi fadzil sbb terkutuk dia sblm ni nape dia sendiri yg tanya soalan pd Bang Non. Rupanya itu formatnya. So doctor yg tanya soalan kenaikan kadar OPR pd Najib tu penyokong najiblah kiranya |
|
|
|
|
|
|
|
“Ada juga yang bertanya kenapa malam itu Datuk Seri Anwar tak bincang pasal 1MDB pun. Sebab ‘team’ Datuk Seri Najib tak nak kami bincangkan, ia sudah diputuskan awal.
Apa ke bangang masih nak tanya pasal 1MDB? Rakyat dah buhsan lah bangkai oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
1MDB bukan suatu isu baru, makcik pakcik pun dah halal kan. Pokjib naik mahkamah pun siap doakan. Please bentang perancangan yg mampu menyentuh hati masyarakat sebagaimana BKM & kwsp menyantuni masyarakat LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ya pun penyokong Anwar je yg blh Tanya Anwar, kenapa mesti Fahmi ni gak yg nak tonjolkan diri tanya. Dahlah dia dakwa dia yg uruskan, takkan tak boleh urus org lain yg tanya, dah memang sah2 planted question. Tinggal hafal je soalan tu, tak sampai seminit, bagilah org lain berlakon tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian badut2 tgk staged performance oleh nobody in the govt..kaka xheran n xmo tgk pun..ni Sarkis xke mana pun.dlm dewan parlimen masing2 kucut tulur..sembang mambang luar parlimen apa barang! |
|
|
|
|
|
|
|
Buang masa je, xde faedah langsung. 2-2 boleh dikambus. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah untuk permulaan.. orang politik yang nak berdebat ni mestilah nak tunjuk the good side sahaja sebab nak jaga imej, mana dia mahu ambik risiko... anggap sahajalah permulaan yang bagus. Harap perdana menteri juga jangan takut untuk berdebat, nak tengok juga jenis fikiran mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Debat pasal sapura kena off topic ke 1mdb ke?
Acaner kalau najib offtopic ke china doll |
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyat, baru buat debat pasal nk bail out saja pun saham Sapura naik mencanak hari ni...
Untung sapa yg masuk baru2 ni.... Dah naik jadi RM0.070 ....
Serbadk pun perform hari ni, naik jadi RM0.140 |
|
|
|
|
|
|
|
Saham Sapura naik dekat 100% setakat dagangan pagi ni...
Dibuka rm0.045, tp highesr cecah rm0.075 |
|
|
|
|
|
|
| |
|