CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 2

[Dunia] Rawatan 'demam'. Doktor Korea Utara saran pesakit kumur air garam

[Copy link]
Post time 15-5-2022 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Doktor Korea Utara saran kumur air garam, ambil ubat berlainan
Mei 15, 2022 @ 12:31pm


SEOUL: Sebanyak 15 lagi kematian direkodkan di Korea Utara, hari ini, menjadikan jumlahnya mencecah 42 kes sejak perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh negara itu bagi mengekang penularan COVID-19 susulan jangkitan pertama dilaporkan pada Khamis lalu.

Korea Utara mengaku sedang bergelut memerangi 'letusan' wabak COVID-19, sekali gus mencetuskan kebimbangan akan kesan perebakan virus itu di negara berkenaan yang memiliki sistem kesihatan lemah, keupayaan terhad dalam pelaksanaan ujian saringan, serta tiada program vaksinasi.

Agensi berita KCNA melaporkan Korea Utara mengaktifkan 'langkah kecemasan segera' untuk membendung epidemik itu, namun belum ada tanda bahawa Pyongyang menuju ke arah menerima tawaran bekalan vaksin daripada komuniti antarabangsa.

"Semua wilayah, bandar dan daerah di negara ini sudah dikenakan perintah berkurung sepenuhnya. Unit pekerjaan, pengeluaran dan kediaman ditutup antara satu sama lain sejak pagi 12 Mei lalu.

"Pemeriksaan intensif dan ketat sedang dijalankan ke atas seluruh penduduk," lapor KCNA, hari ini.

Semalam, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan berkata perebakan COVID-19 menyebabkan negara itu berdepan 'kegawatan besar', sekali gus mengarahkan usaha habis-habisan dilancarkan bagi mengatasi wabak terbabit.

Walaupun perintah berkurung sedang berkuat kuasa, KCNA melaporkan Jong Un bersama pegawai kanan lain semalam menghadiri majlis untuk memberi penghormatan terakhir kepada Yang Hyong Sop yang juga bekas ketua de facto ketika pemerintahan bapa Jong Un, Kim Jong Il.

KCNA juga melaporkan, pihak berkuasa kesihatan sudah mewujudkan lebih banyak pos pencegahan epidemik dan mengerah penghantaran bekalan ubat-ubatan ke hospital serta klinik, manakala pegawai kanan menderma ubat-ubatan simpanan.

Menurut laporan itu, sebahagian besar kematian terbabit disebabkan 'kecuaian dalam pengambilan ubat-ubatan kerana kekurangan pengetahuan serta pemahaman mengenai penyakit jangkitan varian Omicron dan kaedah rawatan yang betul.'

Malam tadi, Televisyen Pusat Korea menyiarkan rawatan demam yang dialami pesakit. Seorang doktor di Hospital Kimmanyu menyarankan pendekatan 'berkumur dengan air garam' serta mengambil ubat-ubatan berlainan bagi mereka yang mengalami suhu badan tinggi, sakit kepala, dan sakit otot serta sendi.

Laporan KCNA turut menyarankan supaya meminum teh 'lonicera japonica' atau teh daun 'willow', tiga kali sehari.

Sekurang-kurang 296,180 lagi orang mengalami gejala demam, dan 15 kematian baharu dilaporkan, hari ini.

Bagaimanapun, KCNA tidak melaporkan berapa kes terbabit yang disahkan positif COVID-19.

Secara keseluruhan, menurut KCNA, Korea Utara sudah melaporkan 820,620 kes disyaki, dengan 324,550 masih menjalani rawatan. - REUTERS

sumber: bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 06:10 PM | Show all posts

Korea Utana Tak Percaya Vaksin Covid-19- Hanya Kumur Air Garam, Minum Teh

PYONGYANG: Korea Utara masih enggan menggunakan vaksin bagi mencegah Covid-19, sebaliknya menggunakan antibiotik dan ubat di rumah untuk merawat individu yang dijangkiti wabak itu.


Negara itu malah menggunakan saluran media bagi melancarkan kempen maklumat awam untuk memerangi wabak yang mula meledak itu.


Naib Menteri Kesihatan Awam, Kim Hyong Hun berkata, negara itu telah beralih daripada arahan kuarantin kepada sistem rawatan untuk mengendalikan ratusan ribu kes yang disyaki sebagai ‘demam’ yang dilaporkan setiap hari.




Foto: AFP




Bagi merawat Covid-19, jelasnya, media kerajaan menggalakkan pesakit menggunakan ubat penahan sakit dan pengurang demam seperti ibuprofen dan amoksisilin serta antibiotik lain.


Walaupun ubat tersebut tidak berupaya melawan virus, namun, ia ditetapkan bagi jangkitan bakteria sekunder.


Pihak media malah mengesyorkan orang ramai berkumur air garam atau minum teh lonicera japonica atau teh daun willow tiga kali sehari.


Dalam pada itu, seorang wanita memberitahu rawatan tradisional bagi merawat Covid-19 adalah cara yang terbaik.


“Anak saya hanya berkumur air garam setiap pagi dan malam,” katanya.


Seorang warga emas di Pyongyang berkata, dia hanya mengambil teh halia dan memastikan biliknya mempunyai pengudaraan yang baik.


“Pada mulanya, saya takut dengan Covid-19, tetapi selepas mengikut nasihat doktor dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya, ia bukan masalah besar,” kongsinya.


Dalam perkembangan sama, Pyonyang mula menggerakkan pihak tentera untuk mengedarkan ubat Covid-19 serta mengerahkan lebih 10,000 petugas kesihatan bagi mengesan pesakit berisiko dijangkiti.


Korea Utara mula dijangkiti virus Covid-19 buat pertama kali minggu lalu.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 rakyat je x vaksin
President n family selamat dah
Hanya la spekuan hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.542151 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list