CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 0

[Tempatan] Enam beradik jadi yatim kerana Covid-19

[Copy link]
Post time 16-5-2022 09:13 AM | Show all posts |Read mode

Zaini sebak memegang baju arwah suaminya yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada tahun lalu.


Enam beradik jadi yatim kerana Covid-19

  • Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
  • 16 Mei 2022, 9:05 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




MELAKA – Seorang ibu tunggal mengambil upah melipat kotak untuk membesarkan enam orang anak selepas suaminya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada September tahun lalu.

Zaini Kaus, 45, berkata, sejak arwah suaminya, Md. Isa Mohd. Noor, 43, ‘pergi’, dia mengambil alih tanggungjawab membesarkan kesemua anak mereka yang berusia lima hingga 12 tahun.

Menurut wanita itu, dia tidak mahu berpeluk tubuh meratapi pemergian arwah suaminya dan bergantung harap dengan ban­tuan bulanan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Walaupun dapat bantuan, saya masih perlu mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan lain.
“Secara kebetulan, penduduk di kawasan perumahan di sini mengesyorkan kerja melipat kotak. Saya menerima upah 90 sen bagi setiap ikat mengandungi 10 kotak yang siap digam,” kata ketika ditemui di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini semalam.

Zaini memberitahu, pendapatan bulanannya tidak menentu dari RM80 hingga RM500 sebulan bergantung kepada stok kotak.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Aidilfitri baru-baru ini, wanita itu memberitahu, kehidupan mereka sekeluarga berubah sekelip mata selepas kematian suaminya, malah baju raya anak-anak juga adalah hasil sumba­ngan keluarga dan pihak sekolah.

“Saya amat merindui arwah suami. Sebelum meninggal dunia, dia sempat membelikan baju raya berwarna ungu buat kami sekeluarga.
“Kini hanya pakaian yang menjadi pengubat rindu. Setiap kali teringatkan arwah suami, saya akan mencium pakaiannya.

“Jika diikutkan hati, sudah hilang rasa teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun mengenangkan anak-anak, kami beraya juga secara sederhana,” luahnya.
Tambah Zaini, dia sedang berusaha menguruskan insuran suaminya termasuk pemilikan rumah yang masih perlu dibayar iaitu RM300 sebulan.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan bagi me­ringankan beban Zaini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0413241000065985

https://www.kosmo.com.my/2022/05/16/enam-beradik-jadi-yatim-kerana-covid-19/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.212618 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list