View: 464|Reply: 0
|
[Dunia]
Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
[Copy link]
|
|
Keluarga Anderson memberi amaran kepada orang ramai mengenai trend Blackout Challenge yang membahayakan nyawa anak-anak. - 6abc Philadelphia
Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) yang mati selepas melakukan cabaran berbahaya di TikTok menyaman syarikat induk laman media sosial itu, ByteDance.
Menurut laporan majalah People, ibu mangsa, Tawainna Anderson menemui anaknya, Nylah, dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka pada 7 Disember tahun lalu selepas dilaporkan cuba melakukan cabaran digelar Blackout Challenge.
Cabaran yang popular di TikTok itu memerlukan pengguna untuk menahan nafas mereka sehingga pengsan disebabkan kekurangan oksigen.
Berdasarkan dokumen mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Timur Pennsylvania, mangsa dibawa ke sebuah hospital berdekatan, namun meninggal dunia lima hari kemudian disebabkan keadaan itu.
Tawainna mendakwa bahawa anaknya mendapat tahu mengenai cabaran itu ketika menggunakan TikTok. Kanak-kanak tersebut didedahkan kepada maklumat tersebut menerusi platform For You Page, yang menggunakan algoritma untuk memaparkan kandungan kepada pengguna berdasarkan minat mereka.
“Algoritma defendan TikTok menentukan bahawa trend Blackout Challenge telah disesuaikan dan dicadangkan oleh laman itu mengikut minat kanak-kanak berusia 10 tahun, Nylah Anderson, dan akibatnya, dia menemui ajal,” demikian menurut tuntutan mahkamah.
Susulan itu, Tawainna menyaman ByteDance dan menuntut pelbagai ganti rugi termasuk kematian yang salah dan kecuaian.
Blackout Challenge atau kadangkala dikenali sebagai Choking Challenge dan Pass-Out Challenge menjadi popular di TikTok meskipun ia dilaporkan telah wujud sejak sekurang-kurangnya tahun 2008.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, pada tahun tersebut, seramai 82 remaja maut selepas melakukan cabaran seumpama itu, manakala sekurang-kurangnya tiga lagi kanak-kanak meninggal dunia pada tahun lalu selepas melakukan permainan yang sama. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... aut-sertai-cabaran/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|