CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25717|Reply: 531

[Dunia] Dunia di ambang krisis makanan

[Copy link]
Post time 16-5-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode

PETANI menuai gandum di sebuah ladang di pinggir bandar Amritsar pada 12 April 2022. - AFP


Dunia di ambang krisis makanan

NEW DELHI – Tindakan kerajaan India yang melarang eksport gandum akibat fenomena gelombang haba menerima kritikan daripada menteri-menteri pertanian negara Kumpulan Tujuh (G7) kerana ia akan memburukkan lagi krisis makanan semasa yang dihadapi seluruh dunia.

“Jika semua negara melaksanakan sekatan eksport atau menutup pasaran kepada negara luar, ia akan memburukkan lagi krisis yang dihadapi,” kata Menteri Pertanian Jerman, Cem Ozdemir dalam satu kenyataan akhbar di Stuttgart.

India kelmarin mengumumkan larangan ke atas eksport gandum yang berkuat-kuasa serta merta selepas suhu ekstrem akibat gelombang haba menjejaskan penghasilannya.

Negara pengeluar gandum kedua terbesar dunia itu berkata, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut adalah termasuk hasil tanaman yang rendah serta lonjakan harga global akibat peperangan di Ukraine.

Ia seterusnya menimbulkan kebimbangan buat kerajaan negara itu mengenai isu keselamatan makanan dalam kalangan penduduk negaranya.

Menurut stesen penyiaran CNN, keputusan kerajaan India itu bagaimanapun menjadi kerisauan kerana ia akan melonjakkan harga gandum global akibat kekurangan bekalan, sekali gus menjejaskan negara-negara terutamanya di Asia dan Afrika.

Ini kerana para pembeli global mengharapkan bekalan gandum dari India selepas eksport dari wilayah di Laut Hitam terjejas akibat perang Rusia-Ukraine.

“Larangan ini amat mengejutkan. Kami menjangkakan akan berlakunya sekatan ke atas eksport selepas dua ke tiga bulan, namun nampaknya, kadar inflasi telah mengubah fikiran kerajaan,” kata seorang peniaga di Mumbai.

Sementara harga gandum di India mencatatkan rekod baharu, dengan mencecah 25,000 rupee (RM1,418) bagi satu tan, melebihi harga sokongan minimum kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143).

Lonjakan itu, harga bahan api, buruh, pengangkutan dan kos pembungkusan turut sama mendorong melonjakkan harga jualan tepung gandum di negara itu.

“Ia bukan sahaja melibatkan gandum. Kenaikan bagi harga secara keseluruhan mencetuskan kebimbangan inflasi. Justeru itu, kerajaan terpaksa menyekat eksport gandum.

“Bagi kami, ia adalah satu tindakan berhati-hati,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Pada Februari lalu, kerajaan India menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 111.32 juta tan gandum, namun menurunkan unjuran kepada 105 juta tan bagi Mei ini.

Menurut seorang peniaga di New Delhi yang enggan dikenali, suhu tinggi pada pertengahan Mac lalu menyebabkan hasil tanaman gandum mencecah kira-kira 100 juta tan atau kurang.

April lalu, India telah mengeksport 1.4 juta tan gandum dan beberapa perjanjian telah ditandatangani untuk mengeksport sekitar 1.5 juta tan lagi bagi bulan ini.

“Larangan terbaharu yang dikeluarkan akan menaikkan harga gandum global. Ini kerana sekarang ini, tiada pembekal utama di pasaran,” kata seorang pedagang lain. – AFP/Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ang-krisis-makanan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash pada umat manusia, benda ni semua engineered agenda dari Covid lies, Covidiot, Clot shot kills, Food shortages, Ukraine, Economy collapse, all in the book.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:25 PM | Show all posts
kita masih boleh survive tanpa gandum
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:37 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 16-5-2022 01:25 PM
kita masih boleh survive tanpa gandum

bila gandum x der..

depa beralih kpd beras...

so, beras plak short nnt

lepas kobid..

vietnem stop export beras ke Mesia..

la ni Mesia import dari India
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai2 belajar menjimatkan Sumber..makanan je air ke dsb . Buang makanan bertan2 belum lain sumber2 lain ..berjimatlah seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni akan berkait-kait. Nanti beras pula kurang. Malaysia ni masih import beras.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka yg beranak pinak. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn risau. Nti PTd pndai2 la buat kerja. Ekonomi malaysia trbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 02:06 PM | Show all posts
caprut replied at 16-5-2022 02:03 PM
Jgn risau. Nti PTd pndai2 la buat kerja. Ekonomi malaysia trbaik

pegawai tadbir dan diplomatik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 le tu beranak… contohi jepun gituh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 16-5-2022 02:06 PM
pegawai tadbir dan diplomatik ke?

Haha. Iyola. Geng PTD elitis
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:18 PM | Show all posts
eleh.. makan ubi je la.. sodappp
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 16-5-2022 01:37 PM
bila gandum x der..

depa beralih kpd beras...

Bukan malaysia ada penanaman padi sndiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:05 PM | Show all posts
semoga yg suka membazir beli macam2 makanan tapi tak makan time bulan posa haritu, insaf. termasuk iolls.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Amritsarr rupanya ada ladang gandum…kat india ni,amritsar je negeri yg best utk jalan,delhi mumbai kau trperuk je kat hotel,kluar pon utk borong produk himalaya aaagitew
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm get ready kenaikan kuih muih yg guna tepung gandum.
Makan apam nasi ngn kuih2 lepat jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iols belum ready berada dimana2 ambang kesengsaraan
slowly sumber makanan berkurang, takde mkanan seimbang caner otak nak berfikir dgn waras
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini warga asing kt malaysia kuat mkn nasi
beranak mcm tikus
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin tuhan sudah jawab sikit sikit prayers ummah... Untuk brainwash asyik asyik sebut qiamat...bakal cash kah bagaimana
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 16-5-2022 04:39 PM

Abang...saiya tada risau,takut...sini malezia..kita worang 'dalam' makan free...malezia worang 'kasi belanja' sama kita worang-Abangla wakil PATI depot tahanan keluarga...Semalezia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.774031 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list