CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 2

[Tempatan] Keputusan Afifi Al-Akiti meletak jawatan tindakan tepat- MB Perak

[Copy link]
Post time 16-5-2022 09:22 PM | Show all posts |Read mode
IPOH: Keputusan Datuk Dr. Afifi Al-Akiti meletak jawatan sebagai Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan yang berperanan sebagai penasihat kepada Sultan Perak dalam perkara berkaitan agama, merupakan tindakan yang betul.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Afifi telah mengambil tanggungjawab untuk tidak menyebabkan baginda dilibatkan dalam kes penyebaran video yang melibatkan tokoh agama itu.

Menurutnya, tindakan yang diambil Afifi itu tepat malah kepada sesiapa sekalipun yang merasakan keberadaannya boleh mencemar nama baik baginda.

“Kita tak tahu kesahihan cerita itu (video mengunjungi kelab malam) tapi yang penting dia tak mahu membabitkan tuanku, tak mahu tercemar institusi diraja, jadi eloklah begitu.

“Sesiapa saja kalau dalam keadaan begitu kena letak kepentingan dan kemuliaan tuanku raja kerana sultan adalah penaung agama Islam, ketua agama Islam negeri, sudah tentu itu kena didahulukan.

“Sama ada kejadian itu berlaku atau tak berlaku, itu tak penting bagi saya, itu terpulang keadaan yang menentukannya, yang penting dia telah mengambil tanggungjawab untuk tidak menyebabkan tuanku dilibatkan dalam kes ini.

“Sebagai tanda kasih sayang kepada tuanku, undur dirilah, untuk tidak memanjangkan perkara ini dan tidak membabitkan tuanku,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM) Perak di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permohonan meletak jawatan Afifi yang menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan berkuat kuasa semalam.

Afifi memohon meletak jawatan berikutan sejak dua minggu berlaku penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemar nama beliau.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan tular dalam media sosial video kelibat seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang tokoh agama yang juga dikatakan penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Memetik laporan itu, seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun Zaharin Mohd Yassin berkongsi video membabitkan individu terbabit sejak 2 Mei lalu.

Video berdurasi tiga minit 24 saat itu menampilkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita di kiri dan kanannya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
"Afifi memohon meletak jawatan berikutan sejak dua minggu berlaku penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemar nama beliau."

Sndiri buat hal
Play victim plk

Ni yg ada video
Yg xde?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain pangkat Nama Org Kaya2 Imam?? Paduka Tuan....Kaya sgt smp JD Kayak ke..bengong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.175976 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list