|
Seorang wanita Afrika Selatan yang kini berusia 128 tahun mendakwa susu dan bayam liar yang sering dimakan, antara faktor hayatnya panjang.
Malah dia dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia.
Mengimbau kehidupan zaman mudanya, Johanna Mazibuko berkata, dia dilahirkan di ladang jagung dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.
Foto: Mirror.co
Tambahnya, tiga daripada adik-beradiknya itu masih hidup sehingga kini.
"Kehidupan kami sangat baik di ladang... tiada masalah.
"Seperti serangan belalang suatu ketika dulu, kami tangkapnya dan memasak untuk dimakan. Rasanya seperti makan daging," katanya yang sambut ulang tahun kelahiran pada 11 Mei lalu.
Menurutnya, pada masa itu, dia sekeluarga hanya menikmati susu segar dan bayam liar sebagai makanan utama.
"Sekarang, saya makan makanan moden. Saya sudah biasa dengannya, tetapi saya merindui makanan yang saya dibesarkan," luahnya.
Pendengaran Johanna semakin berkurangan tetapi dia masih boleh melihat dan bergerak sekitar rumah walaupun perlahan. -CARI
Sumber: mStar/ Mirror.co |
|