CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 10

[Jenayah] Pelajar lebam, sesak nafas & separa sedar selepas orientasi ala KGB di sekolah agama

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-5-2022 01:08 PM

Seremban: Tradisi orientasi 'pelik' apabila pelajar tingkatan dua dikumpulkan dalam keadaan gelap sebelum dibuli dan dipukul.

Itu situasi dialami 75 pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama di sini, yang mendakwa cedera dipukul pelajar senior sekitar jam 11 malam pada Sabtu lalu.

Salah seorang bapa mangsa, Noor Azmi Mohd Nor, 44, mendakwa anaknya, Akmal Danish, 14, mengalami kecederaan pada kaki kanan dengan betis manakala badannya terdapat kesan akibat ditendang.

Dia berkata, anaknya mengalami kesesakan nafas dan berkeadaan separuh sedar selepas dipukul.

"Terdapat kesan lebam pada betis dipercayai dipukul menggunakan objek keras. Saya bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan menghantarnya semula ke sekolah.

"Ini kali pertama berlaku terhadap anak saya, namun saya dapat tahu kes seperti ini pernah beberapa kali berlaku sebelum ini namun tidak didedahkan.

"Saya musykil aktiviti itu dilakukan pelajar senior dan pihak pengurusan khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seolah-olah tidak mengambil berat," katanya semalam.

Seorang lagi bapa pelajar Ahmad Fauzi Md Sood, 50, berkata anaknya, Ahmad Aqil Zafran, 14, turut menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah berkenaan.

Beliau mendakwa anaknya dilibas dengan batang besi dan batang penyapu dalam kejadian itu.

"Saya mengambil tindakan membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Saya difahamkan seramai 20 pelajar tingkatan empat melakukan aktiviti orientasi itu terhadap 75 pelajar tingkatan dua dan ia berlaku dalam keadaan gelap di asrama.

"Dalam gelap macam-macam boleh berlaku kecederaan di mata, kepala dan sebagainya. Saya ambil tindakan ini bukan untuk memburukkan nama sekolah, tetapi demi kepentingan pelajar lain keseluruhannya," katanya.

Ahmad Fauzi berkata, anaknya menjadi trauma dengan kejadian itu dan berdepan keadaan sukar kerana akan menghadapi peperiksaan pada esok.

Ahmad Fauzi Md Sood menunjukkan gambar kesan kecederaan pada sidang media ibu bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa buli Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Sementara itu wakil ibu bapa, As'ad Inderas, 47, berkata, sekurang-kurangnya tujuh pelajar lelaki tingkatan dua mengalami kecederaan dan trauma selepas mendakwa dibuli dan dipukul pelajar senior tingkatan empat sekolah sama.

Dia memberitahu pihaknya dimaklumkan sekumpulan pelajar tingkatan empat bertindak mengumpulkan pelajar tingkatan dua untuk menjalani aktiviti orientasi pada malam kejadian.

"Ketika aktiviti itu dijalankan, pelajar tingkatan dua dipukul dan didera dengan menggunakan objek tumpul serta terdapat kalangan mereka yang cedera dengan tahap kecederaan berbeza.

"Namun apa dikesalkan adalah pihak pengurusan sekolah tidak memaklumkan secepat mungkin kepada ibu bapa mengenai kejadian itu.

"Ibu bapa pula mendapat tahu kejadian itu melalui anak masing-masing manakala pihak sekolah hanya memaklumkan kepada kami petang Sabtu lalu," katanya pada sidang media di Labu di sini, semalam.

As'ad berkata, pihak sekolah merancang untuk bertemu ibu bapa pelajar pada petang semalam namun dibatalkan selepas ibu bapa membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Harian Metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 01:15 PM | Show all posts
Kuajaqnya..masih nak anak continue kat sekolah situkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:20 PM | Show all posts
Sekolah agama apa ni… sekolah asrama selalu ni lah penyakitnya… senior junior..buli, ragging etc. Umur baru 16-17 tapi berlagak macam gangster besar.  Elok masuk kan aja dalam jel campur dengan real gangster baru depa tau keadaan sebenar kehidupan. Alam sekolah & asrama takde apa sangat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
So sbb ibu bapa buat laporan pulis kerna anak ditibai dlm jagaan sekolah, terus sekolah batalkan perjumpaan yg dirancang dgn mak Pak mangsa?


Kebabian apa pengurusan sekolah ni????
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Warden tak buat kerja letew!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang aja semua yg terlibat dlm kes buli ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
IT'S TIME TO HARAMKAN SEKOLAH2 AGAME!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak macik masuk sebuah kolej pun kena macam ni
Jam 12 terpaksa drive amek anak bawak keluar asrama
Semput
Bila tanya dia diam
Rupanya kena buli dek senior
Bukan buat salah apa pun
Tapi sebab motto ONE FOR ALL…ALL FOR ONE
Sorang buat salah
Semua kena pukul

Tulis surat aduan pun tak jadi apa
Yelah sekolah nepotism
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 02:18 PM | Show all posts
problem nya pengurusan asrama sendiri tak ambil port atau ada inisiatif utk bendung isu buli dengan alasan itu ada scenario normal. management sekolah & asrama selalu berbeza lain2 org incharge. ada certain sekolah berasrama management between sekolah dengan asmara pon tak sebulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah 1 sebab aku x hantar anak2 ke asrama!! Lantaklah sekolah harian biasa aje pun. Nak pandai nak berjaya x kisahlah kau sekolah mana. Sebab x nak anak2 kena buli dek budak2 yg acah2 gengster sakaiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.092052 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list