CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 1

Nekad Elak Bayar Tol, Pemandu Tak Peduli Operator Tol Berpaut Depan Lori

[Copy link]
Post time 17-5-2022 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Pada masa kini, ada pelbagai karenah berlaku di jalan raya di seluruh dunia. Dari pemandu yang tidak memberikan lampu isyarat ketika masuk selekoh, sehinggalah memandu secara bahaya dan banyak lagi perkara yang berlaku di jalan raya.

kredit foto: TikTok



Petikan dari Mekanika, baru-baru ini ada video tular di Youtube yang memaparkan seorang operator tol berpaut pada bahagian hadapan sebuah lori.


Kelihatan pemandu itu terus memandu tanpa mengendahkan keselamatan operator terbabit.


Difahamkan, pembaca RFID itu tidak berfungsi di pondok tol tersebut, jadi operator tol cuba mencapai "fastag" di lori berkenaan tetapi pemandu lori tersebut terus memecut keluar dari pondok tol ketika dia berpaut di hadapan bumper lori.

Malah, dia memandu sejauh beberapa kilometer sebelum memberhentikan kenderaan apabila operator tol tersebut memaklumkan kepada pihak polis tentang pemandu lori itu.



Ekoran kejadian, pemandu berkenaan berjaya diberkas pihak polis dan mengaku kepada pihak berkuasa dia melakukan tindakan itu kerana mahu mengelak membayar tol. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 05:05 PM | Show all posts
yang berpaut tu kalau tak dapat bonus setahun tak tau lah nak kata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.171289 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list