View: 1294|Reply: 5
|
[Dunia]
Aktres Tamil ditemui mati tergantung di tingkap tandas
[Copy link]
|
|
SEORANG aktres dan model terkenal Malayalam atau Tamil, Sahana, mengejutkan industri hiburan India apabila ditemui mati beberapa hari lalu.
Sahana dilaporkan ditemui meninggal dunia secara misteri pada malam ulang tahun kelahiranya ke 22 di kediaman yang terletak di Kozhikode. Dia ditemui mati tergantung di tingkap tandas.
Kematian Sahana yang meraikan ulang tahunnya pada malam itu kemudian dikaitkan sebagai sebuah pembunuhan.
Pihak keluarga Sahana mendakwa pelakon yang baru berkahwin selama satu tahun setengah itu mati di tangan suaminya sendiri yang dikenali sebagai Sajjad.
“Anak saya tidak mungkin bunuh diri, tapi dia dibunuh.
“Dia selalu mengadu dipukul suami dan tidak memberi nafkah yang baik buatnya. Kehidupannya penuh tekanan. Pihak berkuasa mesti menjalankan siasatan dengan baik untuk keadilan anak saya,” ujar ibu Sahana seperti dilaporkan IndianExpress.com.
Menerusi laporan pihak berkuasa, Sahana yang baru terbabit dalam sebuah filem telah menjadi model untuk banyak kempen iklan termasuk barang kemas.
“Sajjad sebelum ini bekerja di Qatar namun menganggur di sini. Sahana baru-baru ini terbabit dalam sebuah filem.
“Keduanya dilaporkan bertengkar mengenai duit bayaran yang diperoleh Sahana setelah membintangi filem tersebut. Sajjad pulang lewat sewaktu hari ulang tahun Sahana, mereka bertengkar sebelum dia menemukan isterinya tidak sedarkan diri di tandas,” kata kenyataan pihak penyiasat.
Menurut laporan, suaminya, Sajjad mendakwa telah menemui Sahana tidak bernyawa di dalam tandas rumah.
Hal itu disahkan oleh tuan rumah mereka yang mendengar jeritan Sajjad selepas menemui isterinya.
“Sajjad menjerit meminta tolong dan apabila ditanya mengapa, dia hanya memberitahu menemui Sahana dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kami terus meminta bantuan,” kata tuan rumah pasangan itu.
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/aktres-tamil-ditemui-mati-pada-hari-lahir-361573
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
22thn muda lg, takpayah la berlaki dulu... enjoy karier sbg pelakon, jd spokesmodel ke - kaut job byk2 selagi boleh, bercinlok dgn hero2 filem, buat album seketul dua (wpun suara ala2 jah). dah berumur skit, baru la kawen dgn jutawan, jd trophy wife. gitu ai imejin
dah la jantan bangsa nan satu tu ego dan kuat patriarki nya, biawak summore. tak mustahil kena bunuh. RIP Sahana. |
|
|
|
|
|
|
|
muda2 kawin pahtu kena tanggung bewak
...nakhalalterusjadiaruahsian |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn main abam sajjad kawen pelakon tamil ko haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 pun Ada kes pelakon Bollywood terkenal 80-90an..mati Kate bunuh diri..ms sama org speku laki die bunuh..muka pelakon Tu ala2 sridevi..
Sekarang, isteri mati ditgn suami..suami mati ditgn isteri..adoiii takutnya den..JD xblh percaya orglah xkira siapa 100%.. mmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|