View: 2599|Reply: 33
|
[Tempatan]
Penduduk Kedah ghairah ganti padi, getah tanam ‘emas hijau’
[Copy link]
|
|
Penduduk Kedah ghairah ganti padi, getah tanam ‘emas hijau’
https://www.utusan.com.my/nasion ... h-tanam-emas-hijau/
Oleh Mohd Zaid Bin Mohd Noor
19 Mei 2022, 2:02 pm
SEBAHAGIAN daripada kawasan tanaman ketum yang diusahakan di daerah Padang Terap, Kedah.
Penduduk di beberapa daerah di negeri ini didapati semakin ‘ghairah’ membuka kawasan tanaman ketum yang baharu sebagai persediaan awal sementara menunggu kelulusan kerajaan Pusat memberi kebenaran menanam ketum untuk tujuan eksport dan perubatan.
Mereka yang tidak sabar lagi menunggu kelulusan tersebut telah mula menukar kawasan tanaman kontan dan ladang getah kepada tanaman ketum.
Sementara itu, banyak kawasan tanaman padi terutama di Jerlun, Kubang Pasu juga telah ditanam dengan pokok ketum.
Antara daerah lain yang mempunyai banyak kawasan baharu yang ditukar dengan pokok ketum terletak di daerah Padang Terap, Pendang dan Baling.
Malah, pengumuman kerajaan Thailand mengeluarkan ketum daripada senarai dadah berbahaya, sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka di negara itu pada Ogos tahun lalu telah mula menarik minat penduduk di negeri menanam pokok tersebut.
Malah, pendapatan hasil jualan daun ketum atau dikenali sebagai ‘emas hijau’ yang diusahakan oleh petani terlibat didapati lebih lumayan berbanding tanaman kontan dan getah.
Berdasar rekod sebelum ini, jumlah keluasan tanaman ketum di seluruh Kedah dianggarkan kira-kira 140 hektar melibatkan 84,577 batang pokok.
Jumlah petani yang terlibat dalam tanaman pokok ketum itu pula seramai 177 petani.
Daerah Padang Terap merekodkan kawasan paling luas iaitu 94.36 hektar hektar, Pendang (30.5 hektar), Sik (7.2 hektar) dan Baling (3.7 hektar).
Bagaimana keluasan tanaman ‘emas hijau’ itu yang dikatakan semakin luas dibimbangi boleh mengancam kawasan sawah padi yang semakin terhad berikutan pembangunan yang semakin rancak di negeri itu sebelum ini.
Selain itu, kawasan-kawasan baharu tanaman ketum itu dibuka secara terbuka di tepi jalan utama dan petani berani mengusahakan tanaman ketum di kawasan lebih luas kerana tidak menyalahi undang-undang kecuali memiliki daun yang telah dipetik dan air ketum.
Banyak pihak percaya negeri Kedah yang dikenali sebagai ‘Jelapang Padi’ selepas ini akan bertukar menjadi ‘Jelapang Ketum’ sekiranya pihak berkuasa tidak mengawal tanaman ketum dari peringkat awal ini.
Pada masa ini, jumlah keluasan tanaman padi yang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ialah seluas 100,685 hektar. Daripada jumlah keluasan tersebut, seluas 20,073 hektar meliputi negeri Perlis.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum ini memberitahu, kerajaan tetap akan berusaha mendapatkan kebenaran melakukan aktiviti mengeksport daun ketum ke Thailand secara sah daripada Kerajaan Persekutuan.
DATUK SERI MUHAMAD SANUSI MD NOR
Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak cadangan membenarkan daun ketum dari negara ini, dieksport ke Thailand.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KDN menolak cadangan itu kerana meenyalahi Akta Racun 1952. Beliau berkata, Kertas cadangan permohonan eksport ketum sudah pun siap- UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apo kalo takde beras seksok hangpa boleh buat bubur ketum ka apa? |
|
|
|
|
|
|
|
ketum wangi tempatan.
ketum super special. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganti getah tu mungkinlah tapi ganti padi langkah kurang bijak |
|
|
|
|
|
|
|
yindia dan gandum tersunyum sinis
famine tersunyum sinis...
pasni beras /gandum habis kunyah ketum je lah. tepung ketum, vegan rice from ketum |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak nak ganti dgn tanaman lain , harga padi / beras kena naik tinggi atau kerajaan kena bagi subsidi, insentif yg tinggi kepada penanam padi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok aku nak tanam kt kebun pak.aku dekat ja ngn siam, tak sampai 30km |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah antara negeri byk kes penagih dadah.. soon penagih ketum pulak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Famine nanti makan ketum je la.
|
|
|
|
|
|
|
|
isk ...daripada tanam ketum , ialah seba mudah kot jagaan dia kan , tak nak effort sikit ke, rajin ke? tanamlah tanaman yg ada nilai komersil tinggi macam vanilla pods - orchids tu, saffron atau tanamn sayuran ke ape ke, ni tidak benda benda yg borderline drug etc yg nak ditumpukan, In fact harga pisang awak buat cucoq pun mahal lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni korg msk la ketum goreng kg, ketum mkn ngan ayam sambal, ketum beriani. So lpsni sihat2 la org msia tak mkn nasi da mkn ketum je dgn protein. Majulah kedah jelapang ketum |
|
|
|
|
|
|
|
X fahamlah knp negeri2 dkt dgn siam ni byk drug addiicts....mulalah i nak salahkan siam perut hijau ni....rosak anak muda melayu. I mmg marah pd yg jual pil kuda ni semua..i pernah fikir yg drug addict ni pun patut dihukum mati especially yg hardcore sbb hidup pun serupa mati so baik mati saja |
|
|
|
|
|
|
|
lipans replied at 19-5-2022 04:03 PM
ketum wangi tempatan.
ketum super special.
Ketum cap kapal layar..ketum pilihan andaaaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepasni xpayah makan nasi. Makan ketum cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:06 PM
Ganti getah tu mungkinlah tapi ganti padi langkah kurang bijak
Untuk kepentingan awam memang ya..tapi petani pun nak ubah taraf hidup jugak..kalau dah ketum lagi mahal dari padi.siapa tak nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat rmh i pun i ada tanam 3 pokok ketum....subur je hidup. Bukan kedah ja tanam ketum...di johor, selangor pun ramai yg tanam. Dlm ladang kelapa sawit pun banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya kerajaan negeri pantau.....
Nanti tak de sapa nk tanam padi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 19-5-2022 04:06 PM
Ganti getah tu mungkinlah tapi ganti padi langkah kurang bijak
Yepp. Toka tadak tayar.. leh jln kaki.... perut tadak nasi kiok |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa penanam padi kt malaysia dh boring, malas... nk kendalikan tanaman padi.. renyah, untung tak seberapa berbanding ketum, tanam biar pun menjadi kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
biar je lah tanam..... sebelum ni tanam padi pun, makanan berlebihan pakat kufur nikmat |
|
|
|
|
|
|
| |
|