CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 2

Penunggang Motor Maut Digilis Dan Diseret, Pemandu Treler Larikan Diri

[Copy link]
Post time 20-5-2022 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tragis membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 3 Jalan Machang-Pasir Puteh, Machang di Kelantan, pada Khamis, dipercayai melarikan diri.


Susulan itu, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh, hebahan dimaklumkan kepada Gerakan Machang untuk bantuan mengesan treler berkenaan.


Menurutnya lagi, kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu mengakibatkan mangsa Ahmad Zarriq Ahmad Zulkhairee, 24, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.




Foto: Sinar Harian




"Hasil siasatan awal mendapati treler dipandu dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh dan apabila sampai di tempat kejadian, pemandu treler tersebut dipercayai hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave.


"Mangsa digilis dan diseret oleh treler serta disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu treler yang dipercayai langgar lari kerana meninggalkan tempat kejadian itu, giat dikesan sehingga kini," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.


Ujarnya, berdasarkan keterangan oleh saksi kemalangan mendapati jenis treler terlibat tidak mempunyai muatan namun tidak dapat dikenal pasti jenis kerana cuaca hujan ditambah kawasan kejadian yang gelap.


"enunggang motosikal tersebut memakai topi keledar dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 25½ hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang selepas memancing di Pasir Puteh.


"Tempat kejadian adalah jalan dua lorong lurus dan rata serta dua hala dengan garisan tengah putus-putus tetapi tidak ada lampu jalan," katanya.


Tambah beliau, usaha mengesan pemandu dan treler itu masih giat dijalankan sehingga kini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -CARI


Sumber: mStar Online Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 01:30 PM | Show all posts
tu gambar motor mangsa ke?
macam rupa basikal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 03:45 PM | Show all posts
Selain plet P dan J, plet D pun bawak kenderaan mcm haram jadah di jalanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072413 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list