CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2610|Reply: 40

[Tempatan] Badan Dipijak, Dipukul, Kepala Anak Ditendang Macam Bola- Bapa Tak Puas Hati Dengan Cikgu Dan Pengetua Sekolah!

[Copy link]
Post time 19-5-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Seorang bapa mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar dan guru selepas anak lelakinya diserang di sebuah sekolah menengah di daerah ini, baru-baru ini.


Lelaki berusia 52 tahun itu, berkata, anaknya, 16, diserang sekumpulan pelajar di padang sekolah berkenaan jam 9.40 pagi, 11 Mei lalu.


"Ada pelajar memaklumkan mahu bertemu anak saya di padang sekolah itu dan apabila sampai, dia dikelilingi kira-kira 10 pelajar lain.


"Mereka kemudian memaki dan menjerit pada anak saya dengan seorang daripada mereka menolaknya," katanya ketika dihubungi, hari ini.




Foto: Harian Metro




Dia berkata, anaknya ditumbuk di bahagian muka dan cuba mempertahankan diri namun terjatuh.


"Anak saya memaklumkan sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya.


"Dia juga memberitahu mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka," katanya.


Katanya, anaknya berjaya melepaskan diri dan pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan.


"Apabila saya bertemu pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil.


"Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri," katanya yang memaklumkan anaknya masih belum sembuh sepenuhnya.


Menurutnya, dia sudah membuat dua laporan polis berhubung kejadian itu dan mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar berkenaan.


"Ini bukan kejadian pertama anak saya menjadi mangsa buli. Pada 2019, dia turut dibuli dan apabila saya pergi ke sekolah, guru memaklumkan mereka (anak dan pembuli) sudah berbaik.


"Malah pada tahun sama, seorang daripada pelajar berkenaan mengugutnya menggunakan pisau tetapi dia tidak memaklumkan kepada saya sehingga April 2020 menyebabkan saya menghubungi pihak sekolah supaya tindakan diambil.


"ada Julai (2020), saya dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar berkenaan tidak lagi datang ke sekolah. Itu bukan alasan untuk tiada tindakan diambil terhadapnya," katanya.


Katanya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuli dan pihak sekolah sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu berkenaan.


"Saya sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dalam isu ini dan berhasrat tidak mahu menghantar anak ke sekolah berkenaan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


"Kami sudah mengambil keterangan mangsa dan beberapa saksi termasuk guru. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape sekolah nak senyap....nak sorok bawah karpet?...mmg patut report polis
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak comment pasal anak dia kena belasah sbb kadang2 kita ingat anak kita baik padahal dia yg kaki probok probok.  Reportje la polis nak buat camne kalau sekolah pun mcm tak nak masuk campur.  Cuma nak ckp je lah rumah kau tak de nail clipper ke sampai kuku anak kau panjang mcm tu jantan lak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bila pihak sekolah...'diam'...mana la kita tau samada kes ni kes buli atau 'kes samseng kampung entah'.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..asyik jd target pembuli ..pindahkan sekolah la tengok ok ka tak.
Pembuli memang syok buli org lagi2 yg tak reti melawan. Selagi x mati anak org memang syok membelasah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 08:41 PM | Show all posts
16 tahun takkan tak reti berdikari ketip kuku sendiri...

Nak tengok gambar mak ayah gangster sekolah ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 19-5-2022 06:47 PM
Tak nak comment pasal anak dia kena belasah sbb kadang2 kita ingat anak kita baik padahal dia yg kak ...

Detailnya mata u..macam detektif conan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bdk2 gangster tu uncle john crammer nk jumpa. Mari kita tgk siapa lg pailang.

Msia ni da terlalu bnyk sampah. Kena ks clear skit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kes buli...kuku jugak yg dikomennya.ahahaha
sek mmg suke diamkan kes2 gini lagi2 kalau sek ternama sikit/ada pangkat (cemerlang, prestasi tggi, dll). rela membiakkan samseng dari nama sek tercemar.

utk bdk dibuli...cuba la jaga kebersihan diri ketip kuku tu. acik2 dlm ni rengsa tgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 19-5-2022 06:47 PM
Tak nak comment pasal anak dia kena belasah sbb kadang2 kita ingat anak kita baik padahal dia yg kak ...

Ingat akk sorang jer yg ckp camtu. Dah npk cam jari pompuan plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 19-5-2022 08:45 PM
Detailnya mata u..macam detektif conan.

Idok le detail, terperasan kuku jari kelingking tu c tokey cina lak panjang..hehe then baru ternampak jari2 lain.  

Dulu2 time i sekolah dulu mesti ada spot check, kuku lebih sikit dr. hujung jari dah kena ketip time tu pengawas kasi nail clipper.  Pelik la budak lelaki kuku leh panjang camtu.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
umie replied at 19-5-2022 09:25 PM
Ingat akk sorang jer yg ckp camtu. Dah npk cam jari pompuan plak

Kulit pun cerah.  Boleh jadi model tangan ni kalau tak kena blasah sampai lebam hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:19 PM | Show all posts
Kena belajar  seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika berlaku gejala buli dalam kalangan remaja untuk mengelakkan daripada kecederaan yang serius.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:19 PM | Show all posts
Kena belajar  seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika berlaku gejala buli dalam kalangan remaja untuk mengelakkan daripada kecederaan yang serius.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes.cmni.selain report polis blh buat apa lg ye utk push pihak sekolah amik tindakan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Chinese ke?.....

Chinese memang suka simpan kuku.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 10:38 PM | Show all posts
Kes dekat sekolah anak dulu
guru2 suka peram kes, sebab taknak nama sekolah naik
tapi 1 kes sebiji macam ni, anak orang tu demam badan blue black sebab bruise
pergi doctor, dapat pula doctor perempuan
dia angkat phone, terus talipon ibu pejabat polis negeri dan juga jabatan pendidikan negeri
kecoh 1 sekolah nak sorok kat mana ustaz ooooi masa tu
tapi masih gigih harass family budak yang kena buli..sampai family kena potong land line.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawarkemboja replied at 19-5-2022 10:19 PM
Kena belajar  seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika ...

buek jer cam omputeh...amik senapang...kebabomkan pembuli...sambil dgr lagu...'pumped up kicks'.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawarkemboja replied at 19-5-2022 10:19 PM
Kena belajar  seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika ...

Biasanya yang belajar bela diri pulak jadi pembuli,jadi taiko.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 12:48 AM | Show all posts

kalau anak jelas dan nyata tidak bersalah ... upah jer bebudak keluaran Henry Gurney kasi pukul 10 budak itew. :-)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.708540 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list