CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 2

[Tempatan] Harga sayur meningkat 80 peratus sejak dua minggu lalu

[Copy link]
Post time 23-5-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Harga sayur meningkat 80 peratus sejak dua minggu lalu


Sulaiman Ali ketika menjelaskan faktor kenaikan harga sayur kepada pelanggan.

Kuala Lumpur: Timun dan sawi antara sayur-sayuran yang mengalami kenaikan harga sebanyak 70 hingga 80 peratus sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Dato Keramat, di sini, hari ini, mendapati peniaga mendakwa harga sayur terpaksa dinaikkan kerana bekalan yang diterima dibeli pada harga yang tinggi.

Peniaga, Roslam Gasim, 54, berkata, kenaikan harga sayur sebelum Aidilfitri yang berterusan sehingga ke hari ini menjejaskan ekonomi peniaga serta pelanggan.

"Timun merupakan sayur yang paling ketara sekali naik, dahulu timun dijual kira-kira RM4 hingga RM5 sekilogram, sekarang saya terpaksa jual RM8 sekilogram kerana harga timun yang dihantar pembekal sebanyak RM5.50 sekilogram.

"Selain itu, harga kacang panjang dan bendi dahulu dijual pada harga RM8 sekilogram tetapi sekarang naik ke RM13 hingga RM14 sekilogram malah cili merah juga naik sehingga RM20 sekilogram dari RM16.

"Jika kami (peniaga) tidak menaikkan harga, untung yang diterima tidak setimpal dengan modal yang dikeluarkan. Isu kenaikan harga ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi pelanggan, malah kami juga mangsa," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Roslam berkata, sebelum ini harga terung untuk sekilogram meningkat sehingga RM12 namun ia kembali menurun kepada RM10 sekilogram.

Seorang lagi peniaga, Sulaiman Ali, 53, meluahkan rasa kesal dengan pembekal yang mendakwa faktor kenaikan harga sayur disebabkan stok dari ladang tidak mencukupi.

Katanya, apabila harga sayuran meningkat, ia menyukarkan peniaga untuk menetapkan harga baharu kerana pelanggan sudah mula membandingkan harga yang ditetapkan oleh setiap peniaga.

"Terdapat juga pelanggan yang mempersoalkan sesetengah harga sayur, namun kami tiada jalan lain selain memberi penjelasan faktor kenaikan harga.

"Namun, kenaikan harga timun merupakan soalan yang sering disoal pelanggan kerana sebelum Aidilfitri, timun boleh dibeli dengan harga RM5 sekilogram tetapi sekarang sudah naik RM3 lagi," katanya.

Menurutnya, kebanyakan peniaga sayur di sini dimaklumkan pembekal bahawa kenaikan harga disebabkan masalah bekalan yang kurang di Cameron Highlands.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jak-dua-minggu-lalu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 04:45 PM | Show all posts
Semua pun naik, hujan je turun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Air minuman pun rata2 naik...Air minuman dari kilang...

Ala tanam jela sayur sendiri....80 % naik kau....banyak tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.255228 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list