View: 903|Reply: 15
|
[Tempatan]
Bergelumang dengan najis, punca rakyat tempatan tidak berminat kerja di ladang ayam
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Isu ayam semakin meruncing apabila tindakan segelintir penternak mengambil keputusan menutup beberapa reban ternakan mereka untuk tempoh masa beberapa hari.
Keadaan itu dilihat semakin parah apabila kekangan utama iaitu dedak dan kekurangan pekerja menyebabkan penternak sudah tidak mampu untuk meneruskan kerja harian.
Meskipun pelbagai tanggapan dibuat namun di sebaliknya, isu pekerja perlu dipandang lebih serius.
Pengurus Besar Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, Azli Saat berkata, ia tidak mampu dibendung lagi syarikatnya juga terpaksa menutup beberapa reban akibat tiada pekerja.
“Sekurang-kurangnya seorang pekerja ditempatkan untuk menjaga reban yang memuatkan 20,000 hingga 30,000 ekor ayam.
“Buat masa ini, ada pekerja saya yang terpaksa menjaga dua reban dalam masa sama. Kami tiada pilihan.
“Ketiadaan pekerja membuatkan banyak penternak mengalami masalah sama dan akhirnya, ayam tidak dapat dipasarkan seperti sebelum ini,” katanya ketika menjadi panel program SKOP MG malam tadi.
Dengan tajuk ‘Siapa Sebenarnya Kartel Ayam?’, Azli juga mengakui kesukaran mendapatkan pekerja disebabkan pelbagai lapisan birokrasi perlu dilalui.
“Setiap penternak perlu menampilkan beberapa borang dan keperluan untuk mengiklankan sekurang-kurangnya sebulan.
“Seperti syarikat saya, sudah memasuki lapisan keempat tetapi ada syarikat masih di tahap dua yang mana satu lapisan juga mengambil masa begitu panjang.
“Alasan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia adalah ruang harus diberikan kepada pekerja tempatan yang terkesan dengan Covid-19 terlebih dahulu.
“Mereka-mereka ini sedang mencari pekerjaan dan perlu diberi keutamaan sebelum membawa masuk pekerja asing,” katanya.
Azli berkata, perkara itu membuatkan penternak terus menghadapi kesukaran memandangkan tidak ramai pekerja tempatan yang mahu bekerja dalam sektor perladangan dan penternakan.
“Pekerja tempatan lagi suka kerja di dalam air-cond, mana ada yang nak kerja cuci tahi ayam, cuci reban. Kerja-kerja begini memang tidak ada yang pandang dan jika ada mereka, demand gaji terlalu tinggi,” katanya.
Jelasnya, untuk bekerja di dalam satu reban yang berkeluasan 300 kaki persegi, perkara penting selepas ayam dipasarkan adalah membersihkan najis ayam.
“Najis ayam setebal lebih 11 inci itu perlu dikorek dan dibersihkan sebelum anak ayam dimasukkan dalam reban. Inilah yang menjadi kekangan penternak. Pernah ada pekerja yang datang, pukul 10 pagi cabut lari sebab tak sanggup nak korek najis ayam.
“Pelbagai usaha kami sudah lakukan, buka peluang kepada mereka yang tak ada kerja tapi apabila sampai najis ayam, mereka tak sanggup,” katanya.
Jelasnya, bekerja di kilang ayam dan bekerja di ladang adalah dua perkara berbeza.
“Di ladang, selain najis, pekerja perlu mengangkat dedak ayam yang beratnya 10 kilogram. Bukan satu tetapi 100 beg untuk diberi ayam ini makan.
“Sebab itu saya katakan pekerjaan ini hanya warga asing yang mampu lakukannya,” katanya.
https://malaysiagazette.com/2022/05/23/pekerja-tempatan-ramai-berhenti-kerana-tak-sanggup-korek-najis-ayam-penternak/
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti bising gaji xpadan dgn kerja |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat kita hanya tahu makan. hal-hal berkait makanan tu taknak ambik tau |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelah my mum orchard ada kandang ayam... Taukeh bayar siam jaga ayam.. Puluh ribu ekor dia 1 orang saja jaga... Banyak juga dia dapat side income jaga ayam.. Jual ayam cacat... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai komplen reban ayam ni banyak lalat datang. sampai sekampung kena hurung dengan lalat |
|
|
|
|
|
|
|
kena cipta reban ayam yg bole nyahbau. sepatutnya ramai cerdik pandai belajar tinggi2 apa jah yg korang bole cipta selain rajin menyalak kat porem?? lariii |
|
|
|
|
|
|
|
Punca rakyat tempatan tak berminat bukan la disebabkan bergelumang dengan najis.. tapi gaji ciput..
Kerja-kerja begini memang tidak ada yang pandang dan jika ada mereka, demand gaji terlalu tinggi,” katanya.
Nak tau juga, berrava yang departed demand tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Meleis sepet & yindian femalas lebih suka duk dubious condo jadik scammer. Berbaloi kata depa.
Yang nurses femalas esp yindian plak dok melalak nak gaji macam nurses Sinjaporean. Pi milingkup la ampa semua! |
|
|
|
|
|
|
|
CEO Megah Holdings tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah konsep ketuanan melayu...so what do u expect? Semua nk jd boss. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dh gaji pekerja asing sama dgn pekerja tempatan mcmana?pekerja asing takpe rumah,bil,komitmen lain disediakan..cukup la sorng diri
klu pekerja tempatan mcm2 nk kena langsaikan
|
|
|
|
|
|
|
|
mak bapk forumer cari..anda dh tau masalahnya kan...dgn tulus ikhlas mohon ank2,saudara mara kalian dihantar ke ladang ayam...tuk bekerja...mulakan dgn/dr diri sendiri dulu...asyik ckp psl 'ank orng lain' jer...suh la ank sendiri..pi.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang nak kene biar tahi ayam sampai 11 inci dulu ke baru leh korek. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah aku cakap
nanti bising keja xpadan dgn gaji
majikan mana nampak suma tu
|
|
|
|
|
|
|
|
untung warga asing dok msia..kje dpt gaji penuhtax takde..komitmen krg.ptt la berebut nk msk sini
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn kata reban ayam... ofc ekon keja senin-jumaat pun bebudak ni tak hinggin noksss nak sama level dgn degree deme. kut keja entry level mmg kejap je la, 1-2 bulan chow
harus lah kan memasing ada degree kiri kanan atas bawah.. takdenye deme nak keja cuci taiayam nehh... gomen je yg purak2 tak tahu.. keja level spm banyak... degree holders yg bersepah2.. pehtu taknak mula dari bawah. smer nak jadi eksekutip, pakai tie , pakai kemeja, keja pun belom tentu reti buat
even f&b pun pancit takde pekerja.. bebudak ni smer nak keja senin-jumaat sajork.. kalo kena keja sabtu then ada shift pun deme whoryuskan saje, most f&b pun long hrs.
work life balance katanyeeeehhhh
elok la takde hayam... padan muke.. ni baru isu ayam.. blom belah2 kilang2 lagi.. kut takde abangla mmg mereput la kilang2 kat mesia ni... cepat la bagi foreigners masuk mesia ni.. dah bertahun tunggu org mesia filled the vacancies... mmg sampai kiamat no takers noksss, itu lah reality nye.. mmg kena rely on pekerja asing
ada ke orang mesia yg suke nak keja 3D ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|