|
GAMBAR menunjukkan salah seorang ahli puak Awa yang tinggal di hutan hujan Amazon. - crystalinks
Puak paling terancam di dunia semakin pupus di hutan Amazon
BRASILIA, Brazil – Satu puak yang tinggal di hutan Amazon kini diancam kepupusan disebabkan gelombang pembangunan yang berlaku di wilayah itu, lapor akhbar Daily Star semalam.
Hutan hujan terbesar di dunia itu dihuni oleh kira-kira 100 puak yang menjadikan kawasan tersebut sebagai rumah mereka. Antaranya adalah puak yang dianggap paling terancam di dunia iaitu Awa.
Puak Awa telah lama tinggal di wilayah yang diancam oleh pembalakan itu.
Sejak tahun 1800, mereka mula mengamalkan gaya hidup nomad selepas peneroka Eropah mula menyerang wilayah tersebut. Sejak itu, puak Awa berjaya mengekalkan budaya mereka.
Bagaimanapun, disebabkan hutan hujan Amazon mengalami pembangunan, masyarakat puak Awa terpaksa berjuang untuk melindungi tradisi dan kehidupan mereka.
Ketika ini, hanya seramai 80 orang puak Awa yang masih tinggal di situ.
Mereka bagaimanapun bergelut untuk mengekalkan tradisi nenek moyang, antaranya termasuk menggunakan busur bersaiz dua meter dan anak panah untuk memburu.
Golongan suami digalakkan oleh isteri untuk menjadikan hutan sebagai kawasan memburu daging yang banyak, namun mereka tidak dibenarkan untuk berebut.
Hubungan kuat antara puak Awa dengan alam semula jadi berkembang di dalam hutan dan seluruh penduduk Amazon yang lain. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... us-di-hutan-amazon/
|
|