CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 6

[Tempatan] Daripada menoreh, baik tanam pokok ketum.Semakin Banyak kawasan di Kedah ditanam Ketum.MB cadangkan eksport ke Thailand.Kedah Darul Ketum?

[Copy link]
Post time 24-5-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-5-2022 03:48 PM

DI Kedah, pokok ketum yang pa­ling banyak ditanam serta menjadi rebutan peniaga dan pemi­numnya adalah daripada jenis urat merah dan daun jambu.

Air rebusan daun ketum jenis itu lebih pekat dan ‘padu’ serta dapat memberi lebih tenaga kepada mereka untuk bekerja.

Peminum air ketum tegar mendakwa, pokok tersebut ba­nyak ditanam di daerah Padang Terap iaitu di sekeliling rumah dan kebun termasuk yang diusahakan dalam skala besar.

“Saya juga ada tanam beberapa pokok ketum berhampiran rumah untuk kegunaan sendiri, apabila ada masa, saya rebus sendiri daun ketum,” kata seorang peminum tegar air ketum.

Katanya, terdapat pekebun mengusahakan tanaman ketum menggunakan sistem pertanian yang baik dalam skala besar.

“Kalau dahulu mereka menoreh getah dan kutip hasil sayur atau pisang, namun kini mereka tukar kepada tanaman ketum kerana lebih lumayan dan sentiasa mendapat permintaan tinggi terutama dari Thailand,” ujarnya.

Beberapa pe­ngusaha kebun di daerah Padang Terap mengakui perkara itu kerana pokok ketum mudah dijaga selain mendapat pendapatan lebih lumayan.

Seorang penanam ketum mendakwa, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 dalam tempoh 45 hari.

Timbalan Menteri Komunika­si dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebelum ini mendedahkan bahawa lima ba­tang pokok ketum sahaja mampu menghasilkan pulangan sehingga RM1,500.

Semasa jadi Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Ke­cil Perusahaan Getah (Risda), kita membelanjakan kira-kira RM160 juta setahun bagi membantu pekebun kecil getah.

“Sekiranya kerajaan membenarkan perusahaan ketum secara sah, ia mampu mengurangkan perbelanjaan negara dan mening­katkan ekonomi penduduk luar bandar,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut mencadangkan kepada Kerajaan Pusat supaya menghalalkan eksport ketum ke luar negara bagi membanteras penyeludupan daun tersebut ke negara jiran.

“Mengapa kita tidak halalkan sahaja pengeksportan ketum ke negara jiran kerana mereka di sana sememangnya mengkomer­sialkan tanaman tersebut terutama dari segi perubatan.

“Kita tetapkanlah undang-undang tertentu bagi memastikan daun ketum tidak disalah guna,” jelasnya.

Muhammad Sanusi baru-baru ini menyatakan bahawa kertas cadangan berhubung perkara itu sudah disiapkan Bahagian Peran­cang Ekonomi Negeri untuk dibawa ke Mesyuarat Exco ne­geri dan seterusnya ke peringkat Kerajaan Persekutuan.

Beliau pada masa sama berkata, cadangan yang dibangkitkannya itu bukan bermaksud semua penduduk diminta untuk mena­nam ketum kerana tanaman se­dia ada sudah banyak selain tiada lagi keputusan dibuat Kerajaan Pusat berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Per­satuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff mencadangkan supaya aktiviti penanaman ketum dilakukan se­cara terkawal, ketat serta memerlukan lesen.

“Jika dilihat sekarang ini, ta­nam pokok ketum bukanlah satu kesalahan dan ia hanya salah jika memetik dan menjualnya.

Jadi, kawalan ke atas penanaman daun ketum ini perlu dilakukan menerusi undang-undang atau akta khas bagi mengelak lebih ramai pekebun menukar tanaman mereka kepada ketum selepas ini,” katanya.

Tambahnya, tindakan segera perlu diambil sebelum penana­man ketum menjadi tidak ter­kawal seterusnya menyumbang kepada masalah penagihan.

Jadi, kawalan ke atas penanaman daun ketum ini perlu dilakukan menerusi undang-undang atau akta khas bagi mengelak lebih ramai pekebun menukar tanaman mereka kepada ketum selepas ini,” katanya.

Tambahnya, tindakan segera perlu diambil sebelum penana­man ketum menjadi tidak ter­kawal seterusnya menyumbang kepada masalah penagihan.


https://www.kosmo.com.my/2022/05/24/daripada-menoreh-baik-tanam-pokok-ketum/https://www.kosmo.com.my/2022/05/24/daripada-menoreh-baik-tanam-pokok-ketum/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 04:48 PM | Show all posts
haaah

adakah relate dgn penemuan kebun ketum di janda baik
rasionalisasikan ketumbik

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg pokok x byk mana pun kes ketagih ramai ..apatah lagi klau setiap kg ada ladang ketum kelak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok get ready sma...skang makan ruji ketun instead nasiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntonglaaah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh pusat serenti bertambah2 ke hapa, tambah lagi hospital gila, dah kalau sape mendadih risiko gila tu tinggi,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 08:50 PM | Show all posts
asalkan bukan menyebabkan rakyat malaysia ketagih ketum...menteri kedah yang bijak pandai tu dah buat kajian ke ...atau memang selalu put foot in mouth punya perangai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.210106 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list