View: 5030|Reply: 93
|
Berhenti Kerja Jurutera, Balik Kampung Tanam Pisang Dan Durian- Sebulan Dapat Untung Lima Angka!
[Copy link]
|
|
Keputusan seorang pemuda yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai jurutera di ibu kota dan pulang berbakti kepada tanah di kampung ternyata berbaloi.
Muhamad Shafiq Md. Gharip, 31, berkata, keputusan meninggalkan kerjayanya itu juga diambil bertujuan menjaga orang tuanya di kampung Felda Semenchu di sini.
Katanya, meskipun mampu meraih pendapatan sehingga lima angka, dia tidak menyesal dengan keputusan itu kerana kini gembira mengusahakan tanaman pisang tanduk.
Foto: Kosmo
“Kebun seluas 0.8 hektar ini saya tanam dengan 2,600 pokok pisang tanduk. Bermodalkan duit simpanan RM10,000, saya laburkan untuk beli anak benih pisang dan lain-lain keperluan kebun.
“Saya juga tanam 80 pokok durian duri hitam dan musang king. Semuanya saya usahakan bersama ayah dari awal sehinggalah kini pokok pisang kami sudah mengeluarkan hasil dan sudah boleh dijual,” katanya di kebunnya di Kampung Punggai di sini kelmarin.
Dia yang juga Ketua Peladang Muda Kampung Baru Wawasan berkata, selain menjual pisang ke pasaran sedia ada, pisang tanduk diusahakan juga dijadikan produk kerepek pisang yang diproses di rumah keluarganya.
Katanya, kerepek pisang dihasilkan juga berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang datang dari pelbagai kawasan.
“Hasil yang dicapai hari ini membangkitkan semangat saya lagi untuk memperluaskan lagi tanaman sedia ada. Saya juga merancang untuk menanam lebih banyak pokok durian dan mahu menjadikan ia sebagai produk agrotourism di daaerah ini.
“Kebun pisang kami juga dalam proses untuk mendapatkan kelulusan sijil amalan pertanian baik Malaysia (myGAP) daripada Jabatan Pertanian,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
seronok nya..I wish dpt buat mcm ni jgk dlm masa 3thn akan dtg..sekiranya panjang umur dan sihat.. InshaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia boleh buat sebab ada tanah.
Untunglah sebab ada tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pun dia pajak tanah orang pun boleh chuollss..zaman nau orang2 tua banyak tanah dorang takde daya nak usahakan so easy money dorang pajakkan tanah dorang dekat pekebun yg nak usahakan tanah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantang anak petani moden mengundur kalah! - amy matpiah |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla datang sini sehelai sepinggang mampu pajak tanah Melayu buat kebun |
|
|
|
|
|
|
|
Paklah dah cakap dah... Pertanian adalah perniagaan |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke tak blh bertani sbb takde tanah? ... Betul ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nasihat i, tak yah la beria2 sgt nak besarkan penanaman tu ye dik
setakat mana yg mampu dan pendapatan yg menyenangkan hidup da syukur
jgn dikejarkan sgt money2 ni, tanaman ni pon hak allah
kalau dia nak tarik as anytime pon boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu'.. mampu meraih pendapatan 5 angka,dia tidak nenyesal....'adakah kerja dahulu income lagi lebat? |
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 25-5-2022 12:32 PM
nasihat i, tak yah la beria2 sgt nak besarkan penanaman tu ye dik
setakat mana yg mampu dan pendapat ...
Dah kenapa nak cakap camni? |
|
|
|
|
|
|
|
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
yg penting rajin.. jgn angan2 mat jenin je, separuh jln
kerja2 kg ni, dia punya penat (tenaga) berganda.. hasil insyaAllah rezeki dariNya.. berbudi pada tanah kekdahnya...cuma tulah, buat mana termampu.. pelan2 kayuhhh.. dh ada modal dan market ok, baru boleh besarkan hasil dan perniagaan tuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tade hbtnya jwtn jurutera ni. Dkt mudah.my gaji jurutera bermula dr RM 1200 di bwh par |
|
|
|
|
|
|
|
berbudi pada tanah
gitu |
|
|
|
|
|
|
|
tanah sayur ubi 2x3m boleh sara 1 org taw |
|
|
|
|
|
|
|
betul...Asben iols pajak tanah org kt kg utk tanam sawit..dptlah dlm 60 pokok
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya...mana nk dpt ilmu mcmni...kat mana nk amik kursus dia |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu dah dikabarkan pertanian tu perniagaan kalau betul cara besar pulangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
I think yg penting dia ada ilmu..ramai je anak muda yg berjaya dlm pelbagai bidang sbb ada ilmu aama ada secara rasmi ataupun tidak..see this suhaimi saad poyo..bodoh bertingkat2 ckp xpe anak xde sijil dan ilmu |
|
|
|
|
|
|
| |
|