CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 6

[Tempatan] Katanya diganggu makluk halus, pelajar tikam dada ibu

[Copy link]
Post time 26-5-2022 06:22 PM | Show all posts |Read mode
TUMPAT – Seorang remaja yang bertindak di luar jangkaan dengan menikam dada ibunya yang sedang tidur di rumah mereka di Kampung Bukit Yong dekat Pasir Puteh dengan sebilah pisau kelmarin dipercayai mengalami halusinasi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut dipercayai diganggu makhluk halus.

Menurutnya, halusinasi yang dialami remaja itu juga menyebabkan dia demam sehingga memerlukan penjagaan ibunya yang berusia 41 tahun sejak dua hari sebelum kejadian tersebut.

“Suspek telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek negatif sebarang penyalahgunaan dadah.

“Selain itu, polis akan mengambil keterangan daripada pihak sekolah dan beberapa rakannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang wanita parah selepas ditikam anak lelakinya yang dipercayai sedang sakit akibat demam dengan sebilah pisau dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Yong, Pasir Puteh.
https://www.kosmo.com.my/2022/05/26/remaja-tikam-ibu-alami-gangguan-makhluk-halus/  






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Camna ya.

Mak pak biasanya nampak kepelikan anak mereka dah lama, tapi mereka cenderung biarkan. Dengan harapan anak tu ok sendiri. Macam mereka juga zaman budak2 dulu.

Ujung2 jadi begini.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Skizo kerrr?
Cm kawan iols sampai nak bercerai
Rupanya dia ada mdd...
Now appt kat spital dah...mujur lah selamat perkahwinannya ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 07:35 AM | Show all posts
aku dah bgtau kat post sebelum ni. Alasan mesti halusinansi
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kawan sekolah.. selalu score 4.0 or almost ..pi sambung belajar kat overseas. Sekali half way balik sebab ada skizo .rupanya dalam family dia memang ada adik beradik dia dah detect skizo .
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-5-2022 06:50 PM
Camna ya.

Mak pak biasanya nampak kepelikan anak mereka dah lama, tapi mereka cenderung biarkan. De ...

ada sejenis makpak mmg indenial sokmo. dok la rasa anak dia ok je, konon mslh hormon remaja. jrg sgt la nak sitting together talking from heart to heart (hrp iols tak jd camni la).
kesian kat anak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 27-5-2022 01:15 AM
syamzana replied at 27-5-2022 01:05 AM
ada sejenis makpak mmg indenial sokmo. dok la rasa anak dia ok je, konon mslh hormon remaja. jrg s ...


Iya. Macam sorang ex student aiol. Dah beberapa kali cikgu suggest kat mak pak, bawa la anak tu jumpa kaunselor or psikiatris, tapi meka macam tak ambik serius. Dah la 'buang' anak jaoh pi kat sekolah aiol sedangkan meka dari daerah yang mau 4 jam baru sampai dari tempat aiol. Selalu histeria kat asrama pehtu ada anger management problem. Students lain pun tak berapa nak berkawan dengan dia sebab pelik. Macam craving for attention pun iya juga. Anak cikgu juga ni tapi ntah la...Cikgu2 kesiankan dia tapi kalau mak pak sendiri pun 'biarkan', apa boleh buat. Ai syak sheol bipolar sebenarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 1.040840 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list