View: 1200|Reply: 9
|
[Tempatan]
Orang dewasa juga dijangkiti HFMD
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Individu dewasa berisiko dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) walaupun kes yang direkodkan lebih membabitkan golongan kanak-kanak.
Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, HFMD sudah dianggap pandemik dan sentiasa berada di persekitaran masyarakat sepanjang masa.
Menurutnya, jika penularan tidak terkawal ia bukan saja mudah menjangkiti kanak-kanak malah individu dewasa juga berisiko berdepan masalah sama.
"Ada individu dewasa yang menganggap simptom HFMD seperti demam, selesema, batuk dan ruam sebagai penyakit biasa yang tidak memerlukan rawatan khusus.
"Ini menyebabkan ada yang keluar dan berada di lokasi awam untuk menjalani aktiviti harian tanpa sedar mereka adalah pembawa penyakit berjangkit itu.
"Ruam pada bahagian tangan, kaki dan mulut pula dianggap infeksi penyakit kulit biasa sedangkan ia berkemungkinan HFMD," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, jangkitan HFMD yang meningkat mendadak sejak beberapa minggu lalu boleh terus konsisten jika langkah pencegahan tidak diambil.
Katanya, penutupan sekolah dan langkah pengasingan perlu dibuat agar penularan dalam kalangan masyarakat dapat dihentikan.
"HFMD ini berisiko menyebabkan serangan pada jantung, paru-paru, otak dan selaput otak sehingga boleh menyebabkan maut.
"Masyarakat harus berjaga-jaga dan mengambil serius peningkatan penularan penyakit ini kerana ia tidak mempunyai ubat khusus," katanya.
Selasa lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumla kes HFMD di negara meningkat sebanyak 20 kali ganda dengan 47,209 kes dilaporkan setakat 21 Mei lalu berbanding hanya 2,237 kes bagi tempoh sama tahun lalu dengan Selangor merekodkan kes tertinggi.
Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah iaitu 711 wabak atau 61 peratus daripada kes keseluruhan, diikuti rumah persendirian dengan 407 wabak atau 35 peratus dan pusat jagaan kanak-kanak 42 wabak atau tiga peratus.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/845834/individu-dewasa-berisiko-dijangkiti-hfmd
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni most parents tahu dah, kalau ada anak2 yg school going. My officemate dulu, mula2 anak yg kecil kena dari tadika then jangkit kat abang kakak terus bapanya sekali.
OT: pagi tadi dengar radio, confirm lah gambar yg dok viral kata budak tu kena monkeypox tu sebenarnya kena HFMD ni, 3 years old tapi teruk infection kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 27-5-2022 10:33 AM
Ni most parents tahu dah, kalau ada anak2 yg school going. My officemate dulu, mula2 anak yg kecil ...
ape beza punca dan cara jangkitan hfmd ngan nyetpox tu eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Sat ni yg dok perlekeh kaedah pencegahan monkeypox tu kalau sedar mara ada kena HFMD, terviral laa pulak tu rekayasa hasil dari kawan-kawan dok ngata monkeypox.
Itu jam baru tau betapa tingginya awan larat di langit biru. |
|
|
|
|
|
|
|
Different type of virus. Macam monkeypox ni virus dr hewan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan Iols ada kena HFMD. Kakak tu umur dah 45 tahun ya. xtau jangkitan dpt kat mana. anak x kena. |
|
|
|
|
|
|
|
vaksin chicpox tu kalau dah ambik blh prevent monkeypox x |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 27-5-2022 01:38 PM
vaksin chicpox tu kalau dah ambik blh prevent monkeypox x
Xboleh rasanya sbb berlainan virus family |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 27-5-2022 01:38 PM
vaksin chicpox tu kalau dah ambik blh prevent monkeypox x
Monkeypox virus ni dia sedara virus smallpox so vaccine smallpox boleh guna. I baca kat FMT kr manatah tadi Dr. Ni bgtau smallpox vaccine stopped kat Malaysia in early 1970s sebab dah eradicated worldwide. So kalau u above 50 yrs old maybe u sudah divax masa kecik2. Yg bawah 50 all the best je le. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 27-5-2022 06:56 PM
Monkeypox virus ni dia sedara virus smallpox so vaccine smallpox boleh guna. I baca kat FMT kr ma ...
my doter yg kecik ada ambik vaccine chickenpox be4 tadika..masa tu quite new juga..kkk n abang dia kena chicken pox teruk juga..dia kena sikit je..risau juga kalau berjangkit kat skolah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|