CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1961|Reply: 27

[Dunia] Banyak negara ‘sembunyi’ bekalan makanan

[Copy link]
Post time 27-5-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode

ARGENTINA melaksanakan larangan eksport daging lembu bagi memenuhi bekalan domestik. - AFP

Banyak negara ‘sembunyi’ bekalan makanan

WASHINGTON – Negara-negara dunia melaksanakan larangan eksport makanan susulan kekura­ngan bekalan berpunca daripada perang di Ukraine, lapor akhbar The Wall Street Journal (WSJ) kelmarin.

Larangan eksport segera dilaksanakan selepas Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu, bertujuan untuk meningkatkan bekalan domestik dan memperlahankan kenaikan harga tetapi trend itu memburukkan masalah kekurangan bekalan global, lapor WSJ.

Ukraine dan Rusia merupakan pengeksport utama bijirin dan minyak sayuran.

Menurut WSJ, sekatan eskport makanan dan baja dilaksanakan di 26 negara pada tahun ini. India selaku pengeluar gandum kedua terbesar, melarang eksport gandum pada 13 Mei lalu ketika harga domestik melambung, manakala Indonesia yang mengeluarkan 60 peratus minyak sawit dunia bertindak menyekat eksport komoditi itu lewat April lepas sebelum menarik balik sekatan pada bulan ini.

Ghana melarang eksport beras dan kacang soya, Argentina mengharamkan eksport daging lembu dan Mesir menyekat eksport makanan, kata WSJ.

“Ini adalah salah satu cara klasik untuk penyelesaian jangka pendek. Bagaimanapun, akhir­nya anda akan berdepan masalah kekurangan bekalan seperti sebelum ini,” kata Simon Evenett yang merupakan profesor bidang perdagangan antarabangsa dan pembangunan ekonomi Universiti St. Gallen di Switzerland.

Dalam pada itu, harga makanan meningkat hampir 30 peratus sejak setahun lalu, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu dengan trend itu menjadi semakin ketara susulan pencerobohan Ukraine.

Presiden Joe Biden turut menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan makanan pada 24 Mac lalu.

“Kami memang ada berbincang tentang kekurangan bekalan. Masalah ini menjadi nyata,” kata Biden. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... yi-bekalan-makanan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia kita:panggil 500k lg abangla..tuk 'dibagi makan'...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-5-2022 07:12 PM
Msia kita:panggil 500k lg abangla..tuk 'dibagi makan'...

Panggil abangla utk bagi makan dan keluarkan hasil makanan utk negara....

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:44 PM | Show all posts
abangla tu berapa ramai yg ndak kerja terus.ntah2 lesap pi buka bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:16 AM | Show all posts
ini dah tak boleh main-main dah ni... masalah global. Kerajaan kena buat tindakan cepat, tak boleh perbaiki dengan manipulat percaturan ekonomi...........boostlah pertanian ker, galakkan rakyat tanam, penternakan semua  .at least untuk jangka pendek, .. berdiam diri nampaknya adalah tindakan perlahan-lahan untuk bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2022 12:57 AM | Show all posts
ninja9 replied at 27-5-2022 04:16 PM
ini dah tak boleh main-main dah ni... masalah global. Kerajaan kena buat tindakan cepat, tak boleh p ...


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 11:59 AM | Show all posts
rashiman replied at 27-5-2022 11:12 PM
Panggil abangla utk bagi makan dan keluarkan hasil makanan utk negara....

masuk 500k
ghaib 450k
tggal 50k je kerja asal

27 September 2020  ·

Penyelesaian isu kekurangan tenaga kerja sektor perladangan tidak berkesudahan

Menurut data industri, 75 peratus pekerja dalam sektor minyak sawit adalah tenaga kerja asing dan pada masa ini, terdapat kekurangan sekitar 37,000 pekerja dalam industri berkenaan yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran buah tandan segar (FBB) sebanyak 25 peratus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 12:03 PM | Show all posts
Hapusan semua bentuk subsidi agar rakyat negara ni berubah perangai kaki makan & enjoy.. biaq depa makan ikot keperluan yakni Kalori daily intake below than 1k jaa..

hasil jimat subsidi... KERAjaan focus untuk food security mcm ladang2 ka apa kaa... paksa geng2 fakir miskin kaa B40 kaa kerja.. jangan dok bagi muka... PM Mael lembik mcm bapok, tak sesuai jadi leader.. kita perlu leader yg keras & ada vision yg jelas lg nyata...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:11 PM | Show all posts
Kalau yg simpan stok makanan utk negara tu under govmnt plan takpe ...control xtvt klaur masuk...
problemnyerr skrg ni menteri team not competent.
Yg menyimpan stok adalah supplier dgn aim utk jual lebih mahal
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 27-5-2022 11:44 PM
abangla tu berapa ramai yg ndak kerja terus.ntah2 lesap pi buka bisnes

tu..la yg selalu aku canang...pas sbln kja..lari la drng.. buka kedai...sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 01:02 PM | Show all posts
apa peduli masing2
masih mood beraya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 12:17 AM | Show all posts
Skuau replied at 28-5-2022 12:57 PM
tu..la yg selalu aku canang...pas sbln kja..lari la drng.. buka kedai...sendiri...

pehtu bawak mai lagi bangla..kitaran berulang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia sembunyi ape plak? Malaysia sembunyi rasuah dan kroni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah...

Korang baru terase panic ya..

Itu lah.. tahun lepas korang gelakkan Aku stock up..

now?

Ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 28-5-2022 12:16 AM
ini dah tak boleh main-main dah ni... masalah global. Kerajaan kena buat tindakan cepat, tak boleh p ...

Indon dah start dah langkah2 camtu.. standby cucuk tanam berskala besar utk rakyat dorg...
Kita..menteri2 rileks je goyang2 kaki ..mcm xde apa nak kena buat utk rakyat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 07:23 AM | Show all posts
Skuau replied at 27-5-2022 07:12 PM
Msia kita:panggil 500k lg abangla..tuk 'dibagi makan'...

satu kepala bangla masuk ribu2 dan yg dah masuk bila bekerja gaji dipotong - masuk lagi ribu2

kalau ambil rakya biasa kerja = menteri tak dapat apa2 pun- rakyak tak makan dia punya hallah janji masuk


bila PRU beri 100 tus kira rakyat hapi/
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 29-5-2022 10:07 AM
gigahertz replied at 28-5-2022 02:57 AM


Kaka rasa make sense je apa dia ckp..sbb klu kita betul2 cukup food reservation..

Xdela dua bulan lps perang Russia Ukraine jadi..kita gelabah hapus AP bagai sbb nk elak harga melambung..

So logik je apa dia kata..compare dgn menteri bongok yang bg jawapan xpakai otak..sume ok sume ok tp kat bawah dh huru hara..xguna tol
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:44 AM | Show all posts
Normabaru replied at 28-5-2022 11:59 PM
Kaka rasa make sense je apa dia ckp..sbb klu kita betul2 cukup food reservation..

Xdela dua bulan ...

so far kuli ni dia tak mcm si probok probok tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 28-5-2022 12:03 PM
Hapusan semua bentuk subsidi agar rakyat negara ni berubah perangai kaki makan & enjoy.. biaq depa m ...

termasuk caj rawatan di hospital gomen juga..bila makan byk dan taj healthy maka mengundang penyakit2 spt diabetes. Sis @caprut tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.478108 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list