CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4916|Reply: 58

[Tempatan] Ku Li kata Ringgit mungkin cecah RM5.50 bagi AS$1 dan bekalan makanan negara tinggal 2 bula sahaja

[Copy link]
Post time 27-5-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Kadar tukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dijangka mencecah RM5.50 bagi AS$1 akhir tahun ini jika kerajaan tidak ambil langkah bersesuaian mengekang penyusutan berterusan mata wang tempatan.

Sehubungan itu, kerajaan digesa menumpu sepenuh perhatian kepada pembaikan tukaran asing supaya nilai ringgit tidak terus jatuh, malah dapat dipertingkatkan berbanding dolar AS.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kemerosotan nilai ringgit memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat negara ini.

"Sekarang ini pun, dua hari lalu ringgit kita sudah turun kepada RM4.40 berbanding AS$1 dan ini akan menjadi lebih teruk.

"Kalau terus jatuh kita tak boleh beli apa-apa. Dah tak ada nilai. Sebagai contoh, kalau nilai ringgit kita jatuh kepada lima sen misalnya apa yang boleh kita beli? Ini masalah sebenarnya," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, rakyat ketika ini perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhati-hati.

"Saya tak nak ugut atau menakutkan sesiapa, keadaan ini akan berlaku. Kita hanya ada dua bulan bekalan makanan, padahal penduduk kita lebih ramai berbanding Singapura yang ada bekalan hingga enam tahun.

"Kalau kita tak ambil tindakan segera kita akan berhadapan dengan masalah. Bukan sahaja masalah ekonomi tetapi masalah sosial dan macam saya sebut tadilah keadaan akan jadi huru-hara serta demonstrasi terutama sekali oleh orang bukan berada," katanya.

Sebelum ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera dan menyelaraskan usaha untuk menangani krisis makanan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959948/ringgit-mungkin-cecah-rm550-bagi-as1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke makanan tinggal 2 bulan aje
Abis tu yg gomen sana sini buat jamuan raya like no tomorrow apa kes
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:20 PM | Show all posts
jfq replied at 27-5-2022 06:14 PM
Ye ke makanan tinggal 2 bulan aje
Abis tu yg gomen sana sini buat jamuan raya like no tomorrow apa k ...

2 bulan lagi tak ada ler jamuan
kibar bendera putih lak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:22 PM | Show all posts
dengar citer banyak yg tak sempat nak buat jamuan raya dalam bulan syawal ni, maybe kena extend
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
.

Pesanan sudah diberi, tapi diketawakan.

Hadap jer la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 06:59 PM | Show all posts
bes tu rentua abah mail tu lek2 je pakai baju kemeja rega riboo ribooo,,, tak gelabah ketetsss pun rentua tu

boleyyy percaya keeewwww????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2022 07:03 PM | Show all posts
ala nti naik balikla tu dah ujung2 bulan raya ni
expect open house for next idulfilter selama 7 hari lagi



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 07:04 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 27-5-2022 06:22 PM
dengar citer banyak yg tak sempat nak buat jamuan raya dalam bulan syawal ni, maybe kena extend

extend 7 hari lagi ok la
menjelang 2030 sambung terus 2 bulan sampai 2 minggu selepas iduladha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 la jamuan raya ni. Bukan kecik2 punya event. Peringkat kementerian, lepas tu buat pulak peringkat division, department, unit bagai
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kita tada takut ini hal...sini depot...sumer makan free...gomen Msia kasi-PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 07:17 PM | Show all posts
Edited by glump at 27-5-2022 07:20 PM

kat supermarket tempat aku nie barang pun asyik tak der..mahal pulak.tapi nak buat cam ner mahal2 org beli gak .Timun sekilo $6.50 so kalau makan nasi lemak tu timun nipis2 fahamlah.
open house  pun kena tunda ke AidilAdha ..caterer fully booked dah tu nak masak sendiri malas sebab banyak barang asyik tak der. Surau dah keluar  hebahan  1 bahagian qurban sekarangg RM9xx. tupun dah 20 ekor lembu fully booked. dah tutup takut tak sempat sembelih dalam masa qurban tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 08:20 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 27-5-2022 10:59 AM
bes tu rentua abah mail tu lek2 je pakai baju kemeja rega riboo ribooo,,, tak gelabah ketetsss pun r ...

esok lusa makanan dah xde
rebuslah baju tu dalam kuali.
air rebusan dia kita minum sorang sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
serius la tgl 2bulan lagi?
ke dia estimate je tu reporter main tulis je?

caner nak berfikir dgn waras mknan seimbang tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
2 bulan habis makanan? over sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 10:08 PM | Show all posts
Stok makanan Malaysia ni 2 bulan aje. Singapore 6 tahun? Baseline apa dia guna?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
@pengecatbintang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan gomen skrg lg cerdik dr gomen ph katanya... Terbaik uruskan negara , mana pegi puji2 an tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 27-5-2022 09:55 PM
Musang da klua Gua..
Siap bagi amaran..
Menteri Keangan ..apa citer..

Knp la menkew xnak ikut saranan tun M peg je nilai ringgit pada certain amount mcm apa yg Tu M dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 10:43 PM | Show all posts
boleh dah start buat mcm nepal..bakar rumah PM & 8 menteri
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 10:44 PM | Show all posts
gigahertz replied at 27-5-2022 08:20 PM
esok lusa makanan dah xde
rebuslah baju tu dalam kuali.
air rebusan dia kita minum sorang sedikit ...

chuols larat ke minum air tiak mashemm rentua tu?

nanti kang tak reti cakap omputih, cakap mulayu jewwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list