CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1164|Reply: 7

[Tempatan] Wanita parah tercampak keluar dari kereta terbabas

[Copy link]
Post time 29-5-2022 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-5-2022 05:17 PM

Wanita parah tercampak keluar dari kereta terbabas[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Norzamira Che Noh - Mei 28, 2022 @ 9:29am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]

Seorang wanita cedera parah selepas tercampak dari tempat duduk belakang sebuah kereta dalam kemalangan berdekatan Setia City Mall, Shah Alam. - Foto ihsan JBPM Selangor




SHAH ALAM: Seorang wanita parah selepas tercampak dari tempat duduk belakang sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 3.7, Jalan Setia Alam menghala ke Setia City Mall, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berusia 27 tahun itu tercampak selepas kereta yang turut dinaiki tiga individu lain itu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pemandu dan dua lagi penumpang kenderaan hanya cedera ringan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.15 pagi.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita berumur 24 tahun bersama tiga penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia 22 dan 27 tahun.

Seorang wanita parah selepas tercampak dari tempat duduk belakang sebuah kereta dalam kemalangan berdekatan Setia City Mall, Shah Alam, pagi tadi. NSTP/Ihsan JBPM Selangor



"Difahamkan, kenderaan dinaiki empat rakan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiga mangsa yang cedera ringan berjaya keluar sendiri dari kereta manakala mangsa yang tercampak ditemui dalam keadaan separuh sedar.

Katanya, kesemua mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti laju ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah tak pakai seatbelt
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:03 PM | Show all posts
awat x p hosp shah alam....dekat lg kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:08 PM | Show all posts
umie replied at 29-5-2022 11:12 AM
Sah tak pakai seatbelt

Ahh xpakai seatbelt belakang. Tapi memang ramai yg xpakai pun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jln kat situ keta semua laju².....
Aku klu gi situ, berdoa je dlm hati takut kena sondol.....ntah apa yg nk direbut nya......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2022 03:36 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan, nasib baik selamat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 29-5-2022 07:08 AM
Ahh xpakai seatbelt belakang. Tapi memang ramai yg xpakai pun.

Itulah, iols kalau maduk kereta je mesti pakai seatbelt walaupun dok belakang. Sebab fikir kalau ada kereta rempuh memang tercampak kalau tak pakai seatbelt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.130978 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list