CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 2

[Dunia] Mahkamah Agung arah polis hormati hak pelacur

[Copy link]
Post time 29-5-2022 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Polis tidak dibenarkan menahan atau menangkap pekerja seks yang dikategorikan sebagai dewasa ketika mereka menjalankan pekerjaan. - Indian Express

Mahkamah Agung arah polis hormati hak pelacur

NEW DELHI –  Panel tiga  hakim Mahkamah Agung menetapkan bahawa pekerja seks di India  berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama seperti sektor lain, lapor laman berita RT, kelmarin.

Panel diketuai oleh Hakim L. Nageswara Rao itu turut mengumumkan bahawa undang-undang jenayah perlu digunapakai  sama rata dalam semua kes berdasarkan umur dan persetujuan termasuk kepada pekerja seks.

Selagi pekerja seks adalah individu dewasa, polis tidak boleh campur tangan atau mengambil tindakan jenayah terhadap mereka.

Kerja seks secara sukarela tidak menyalahi undang-undang, namun menguruskan rumah pelacuran kekal sebagai jenayah. Menurut mahkamah sama, pekerja yang melayan pelanggan secara bersendirian tidak boleh ditangkap atau dijadikan mangsa semasa serbuan ke atas kemudahan tersebut.

“Tidak kira jenis pekerjaan apa sekalipun, setiap individu di negara ini mempunyai hak untuk hidup bermaruah di bawah Perkara 21 Perlembagaan,” kata panel hakim tersebut dalam keputusannya.

Ibu yang bekerja dalam perdagangan seks tidak seharusnya dilucutkan hak penjagaan anak-anak mereka, begitu juga anak-anak yang didapati tinggal di rumah pelacuran atau dengan pekerja seks tidak boleh diandaikan sebagai diperdagangkan.

Selain itu, polis tidak boleh mendiskriminasi pekerja seks yang menjadi mangsa serangan seksual.

Panel hakim tersebut turut mengulas sikap polis yang kejam dan ganas terhadap pekerja seks seolah-olah mereka adalah warga kelas kedua yang haknya tidak diiktiraf.

Hakim L.Nageswara pula menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu  mengelak daripada memaksa pekerja seks untuk dihantar  ke tempat perlindungan atau kemudahan pembetulan tanpa kehendak mereka.

Mahkamah juga memberi amaran kepada media supaya berhati-hati dan  tidak mendedahkan identiti pekerja seks semasa membuat liputan mengenai,  penangkapan, serbuan dan operasi menyelamat.

Walaupun pelacuran mungkin tidak lagi boleh didakwa sebagai jenayah namun voyeurisme atau amalan mendapatkan keseronokan seksual daripada melihat individu lain melakukan aktiviti seksual kekal sebagai satu kesalahan.

Mahkamah telah meminta jawapan kepada pengesyoran perbicaraan mengenai isu berkenaan pada 27 Julai akan datang.

Undang-undang pelacuran India melarang permintaan dan pelacuran awam serta pemilikan rumah pelacuran tanpa secara jelas mengharamkan amalan kerja seks itu sendiri. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ormati-hak-pelacur/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya kat india melacur sorang2 secara sukarela tu boleh? Mak ayam, pak ayam, orang tengah, negotiator ni yang salah?


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:29 PM | Show all posts
Terpengaruh tgk gangubai kut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.862533 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list