CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Tempatan] Covid-19 : 1,645 kes, tiada jangkitan baharu di Labuan

[Copy link]
Post time 29-5-2022 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Covid-19 : 1,645 kes, tiada jangkitan baharu di Labuan


PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,645 kes semalam termasuk satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,502,579 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,809 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,441,701 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (740 kes), Kuala Lumpur (282 kes), Pulau Pinang (122 kes), Negeri Sembilan (95 kes), Perak (78 kes), Melaka (68 kes), Sabah (57 kes) dan Johor (52 kes).

“Seterusnya, Kedah (41 kes), Sarawak (41 kes), Putrajaya (31 kes), Pahang (21 kes), Kelantan (enam kes), Terengganu (enam kes), Perlis (lima kes) dan tiada kes di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,660 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,553 kes.

Sebanyak 25,218 kes aktif dilaporkan melibatkan 24,238 kes dikuarantin di rumah, 16 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 930 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 17 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... n-baharu-di-labuan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 1.173509 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list