CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 3

[Tempatan] Lapor jika harga tidak munasabah

[Copy link]
Post time 29-5-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Lapor jika harga tidak munasabah


Separuh bahagian ayam dijual dengan harga RM11.99 sekilogram di sebuah pasar raya di sini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN


Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri ini menasihatkan pengguna supaya menyalurkan maklumat sekiranya mendapati terdapat peniaga menjual ayam pada harga tidak munasabah.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk orang ramai membuat aduan sekali gus membolehkan semakan dan pemeriksaan dilakukan.

"Jika ada maklumat mana-mana peniaga yang menjual ayam pada harga yang tidak munasabah atau mengelirukan, sila lapor kepada kami.

"Siasatan akan dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil jika aduan yang diterima berasas. Dalam masa sama orang ramai dinasihatkan tidak mudah mempercayai perkara yang ditularkan di media sosial sehingga boleh mendatangkan panik dan kekeliruan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hairul Anuar berkata demikian sebagai maklum balas satu muat naik di media sosial semalam yang mendakwa sebuah pasar raya di Kota Tinggi menjual separuh bahagian ayam dengan harga RM11.99.

Muat naik itu menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang mendakwa tindakan peniaga adalah tidak wajar kerana harga seekor ayam akan menjadi hampir RM24 melebihi harga siling ditetapkan.

Bagaimanapun, penelitian ke atas gambar tular berkenaan terdapat tulisan per kilogram pada ruangan bawah tanda harga terbabit.

Tinjauan dilakukan di pasar raya sama dalam daerah berlainan, benar kelihatan tanda harga yang memaparkan tulisan Ayam Sebelah dengan harga RM11.99 sekilogram.

Ketika pembelian dibuat, berat sebelah bahagian ayam adalah kira-kira 534 gram bermakna harga ayam terbabit adalah RM6.40.

Mengulas lanjut, Mohd Hairul Anuar berkata, harga ayam yang dikawal pada RM8.90 sekilogram adalah seekor ayam lengkap semua bahagian termasuk kepala, kaki, hati dan pedal.

Manakala, sekiranya mana-mana pihak yang menjual ayam sudah dipotong termasuk separuh bahagian, ia adalah di luar harga kawalan KPDNHEP.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan peniaga supaya meletakkan tanda harga yang tidak mengelirukan pengguna dan pengguna pula dinasihatkan membuat perbandingan harga sebelum membuat pilihan yang bijak.

"Saya juga risau apabila ada pihak yang suka menularkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kekeliruan orang ramai.

"Kami memang ada menerima aduan-aduan bahawa sesetengah peniaga menjual ayam pada harga yang agak mahal, maka kita akan lakukan pemeriksaan segera.

"Jika pengguna rasakan harga ayam dipamerkan tidak wajar, sila dapatkan penjelasan dari pihak pasar raya dan peniaga atau terus laporkan kepada kami," pesannya.

Seorang pengguna hanya dikenali sebagai Latif, 30-an, berkata walaupun ada peniaga yang menjual ayam pada harga agak mahal, namun masih ada yang menjual ayam dengan harga yang masih mampu dibeli.

"Memang kita faham bekalan ayam kurang, ada peniaga naikkan harga ayam, tetapi kita juga tiada pilihan terpaksa beli jika mahu makan ayam.

"Jadi, perlu cari peniaga yang jual dengan harga yang masih mampu dibayar," katanya.

Tinjauan turut dilakukan di pasar awam sekitar daerah ini dan didapati ayam masih dijual pada harga RM8.90 sekilogram.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rga-tidak-munasabah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 06:11 PM | Show all posts
tak payah lah tunggu rakyat lapor...gi lah tinjau kat pasar pasar tu..buat sport check ke...ni dok pejabat..macam makan gaji buta pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah level performance menteri pimpinan mael lambong

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam parts dgn ayam sekor ko nak samakheun...apa punya bodoh? Ayam sekor dgn kepala hati pedal tongking against ayam parts semua isi.....got same meh?

Tanyaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075125 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list