CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1005|Reply: 12

[Politik] Khir Toyo mahu buat ‘kemunculan semula’, tawar tanding Parlimen Sungai Besar

[Copy link]
Post time 29-5-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

img host
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata hasratnya mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, menyatakan hasrat secara terbuka bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bertujuan mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Umno.

Bekas ADUN Sungai Panjang itu yakin dengan penerimaan dan sokongan kuat penduduk tempatan kepadanya.

“Tujuan saya (bertanding) hanya mahu memastikan kemenangan parti dan bukannya ada tujuan lain.

“Bagaimanapun, segala keputusan terserah kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kerusi Parlimen Sungai Besar ketika ini disandang wakil rakyat Bersatu, Muslimin Yahya, yang juga timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi, selepas menang dengan majoriti 714 undi.

Dalam pada itu, mengulas berhubung spekulasi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, yang disebut-sebut akan bertanding di Sungai Besar, Khir berkata, perkara berkenaan terserah kepada pimpinan parti untuk menilai.

“Saya tidak mahu komen lanjut kerana tidak pernah berjumpa atau mengenali beliau (Tengku Zafrul).

Apa yang ingin saya tegaskan, sekiranya beliau terpilih (bertanding), kita perlu memastikan kerusi itu menang nanti,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 07:05 PM | Show all posts
malaysia ni ketandusan pemimpin ke//asyik muka recyle yang nak bertanding dah lah tu ada sejarah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bekas banduan jugak satu spesis anuar.sorang banduan liwat sorang banduan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat jamal jamban ko. Boring betul lah depa nih, tak abis2 kaut duit rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon bg isham jalil bertanding kerusi2 selamat. Khir toyo ko sejuk bekukan sajorkk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
duit dah habis ditarah?
sila masuk gua balik
zaman khir ni zaman iol sekolah rendah kot!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tu gambar latest ke? lawa lagi ek kulit dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:19 PM | Show all posts
cukup cukup la, bagi la peluang orang lain pulak jadi kaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jamal tongkol seru Tg Zafrul. Khir toyo plak yang bangkit dari kuburan. Berebut lah korang kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:32 PM | Show all posts
politicians ni Malaysia ni bapak depa ka yg punya?
suka suka depa ja nak buat apa kat Malaysia

semua parti pun sama jaaa

masiang2 nak jaga tebolok masing2
gila kuasa

mamat botoks nipun sama
ko tak ingat ko bagi penyapu kat peg. tinggi kerajaan suatu ketika dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini baru mintak memacam ke Toyo? Alolololo Toyo Toyo. Nanti boleh lah kita tengok si shithead Jamal Jamban beraksi semula.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 08:52 AM | Show all posts
ooohh..dah nak dekat pru nampaknya.. tengku zafrul udah 3, 4 kali dtg ecogranduer puncak alam ni... sahlaaa dia bertanding area ni..

boleh laa mintak besarkan jalan depan proton ham jadah tu..ngan jalan jambatan depan Avatar tu..kalau boleh besarkan tol plus rawang selatan tu... stress aku .. depan tol ja dekat 15 - 20 min.. lagi satu gamuda land.. sibuk ngan luge ko.. ko takmo buat flyover lain ke.. umah juta2..tp pakai tol plus yg x boleh nak upgrade..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 09:10 AM | Show all posts
Ni je kot yang plastic surgery paling mantap. Dari muka jawa totok ke flawless licin gitu. Kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 1.035139 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list