CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Tempatan] 70 peratus keluarga hadapi tekanan kewangan, konflik ketika PKP

[Copy link]
Post time 29-5-2022 10:19 PM | Show all posts |Read mode
70 peratus keluarga hadapi tekanan kewangan, konflik ketika PKP


Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukor Abdullah (kiri) pada program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak di Padang Kampung Chenderong Kelubi, Kampung Gajah di Pasir Salak - Foto NSTP/ Noor Hidayah Tanzizi.


PASIR SALAK: Lebih 70 peratus institusi keluarga di negara ini berhadapan tekanan kewangan dan konflik keluarga yang tinggi sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukor Abdullah berkata, dapatan itu diperolehi hasil kajian kesejahteraan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 dalam kalangan keluarga komuniti program FACE yang dilakukan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurutnya, sebanyak 43.9 peratus responden memaklumkan mereka mengalami tekanan kewangan, manakala 32.2 peratus berhadapan konflik keluarga yang tinggi.

Katanya, kajian impak COVID-19 ke atas keluarga berpendapatan rendah di bandar oleh UNICEF juga mendapati 30 peratus isi rumah sukar mendapat akses perkhidmatan kesihatan.

"Secara keseluruhannya institusi keluarga pada waktu itu menghadapi masalah berkaitan konflik keluarga dan tekanan kewangan.

"LPPKN melalui peruntukan diberikan kerajaan pada Bajet 2022 berusaha dalam melaksanakan program (terutama) berkaitan pengurusan tekanan dalam kalangan ahli keluarga dan remaja bersama badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Perak di Padang Kampung Chenderong Kelubi, Kampung Gajah di sini, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin

Abdul Shukor berkata, program Jelajah Keluarga Malaysia antara wadah untuk LPPKN mendekati masyarakat dan institusi keluarga terutama di kawasan pedalaman.

Menurutnya, ia juga memfokuskan elemen KASIH iaitu Kasih, Akhlak, Sihat, Ilmu dan Harmoni yang diterapkan dalam program itu untuk membantu keluarga menguruskan tekanan dihadapi.

"Ia supaya kita dapat membantu dari segi untuk menguruskan tekanan selepas (pandemik) COVID- 19 dan bangkit semula semasa fasa endemik.

"Elemen KASIH mahu disuburkan supaya mereka lebih kuat dan kental untuk berdaya tahan menghadapi cabaran akan datang," katanya.

Beliau berkata, LPPKN juga sentiasa mengalu-alukan NGO yang mahu bekerjasama dengan pihaknya untuk mengadakan program berbentuk pengurusan tekanan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -konflik-ketika-pkp

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.150518 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list