CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18242|Reply: 65

jupiter hampiri bumi hari ni!! (20 sept 2010)

[Copy link]
Post time 20-9-2010 06:47 AM | Show all posts |Read mode
19/09/2010

Musytari hampiri bumi Isnin ini





CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam Isnin ini, apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.


Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963.

Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.

"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya.

"Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting," kata Tony Phillips, seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam sama.

Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar.

Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.

Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui Bumi pada jarak yang jauh.
Phillips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.

Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 07:35 AM | Show all posts
boleh nampak cam dlam gambar tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:05 AM | Show all posts
ade x bgtau kat negara/area mana bole nampak dengan jelas???
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 11:32 AM | Show all posts
Tak la clear gilos cam dlaam gambo tu..tapi lebih terang dari biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 11:59 AM | Show all posts
Reply 3# RosesAre_Red

seawal pukul 8pm kat ufuk timur. pandang je ke arah timur. kalau nampak 'bintang' yg besar & terang, tu la jupiter (musytari). boleh nampak dgn mata kasar tu nampak macam bintang besar & terang je la. bukannya nampak details/corak segala. tapi kalau ada telescope yg berkuasa agak tinggi, memang boleh nampak.

jadi.... tengok la arah timur. ia akan berada dilangit sepanjang malam. dari bawah (arah timur, dalam 8pm) & akan makin ke 'atas'.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 01:06 PM | Show all posts
Reply 5# NEMESIS


yeke? thanks rase mcm dasar pandang ke timur lak ek???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2010 02:14 PM | Show all posts
bagi yg tertanya2 malam ni nanti rupanya macam mana dgn mata kasar, lebih kurang macam ni la. yg ni lebih kurang dalam 11pm. masa tu kedua2 bulan & jupiter sepatutnya berada tegak atas kepala.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 06:55 PM | Show all posts
Reply 7# NEMESIS

thanks for info...

menarik neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 06:58 PM | Show all posts
nibiru takde dekat ker..
patut dah bole tengok dengan mate kasar..
berganda lagi besau dari jupiter beb..
kate tahun lepas 2009 dah bole nampak..
cari2 takdak pom..
sapa ada info?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 07:55 PM | Show all posts
Jap lagi pukul 8. Dah boleh tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:16 PM | Show all posts
Musytari ni antara planet paling cerah skali kat langit malam, cuma sejak raya aritu terasa la lagi besar!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:19 PM | Show all posts
Tak nampak apa....Ujannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:26 PM | Show all posts
19/09/2010

Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963.
amazed Post at 20-9-2010 06:47


betui ka ni? jarak bulan-bumi pon  beratus-ratus ribu kilometer

kalau setakat 600km dari bumi jadik getah la bumi nih akibat graviti jupiter...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:37 PM | Show all posts
Reply 13# Ha_Neul

592 JUTA kilometer.... bukan 592 kilometer. biasa la tu, paper malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:40 PM | Show all posts
Musytari ni antara planet paling cerah skali kat langit malam, cuma sejak raya aritu terasa la lagi besar!
atreyudevil Post at 20-9-2010 20:16


oo sejak beberapa minggu ni objek terang bersinar yang dok mengekor bontot bulan tu musytari ek...
dok tertanya2 2 satelit ke planet..kalo planet, ape namenye...musytari rupenye...

lagi satu, kalau korang rajin pandang ke langit, akan nampak jaluran bima sakti aka milky way..
memang tak nampak jelas sebab wujudnye light & air pollution..
tapi aku duduk kat kampung, so due2 pollution ni kurang berbanding ngan bandar besar..
maka nampak la satu jaluran 'awan' yang penuh dengan bintang2...

aritu aku tengok, die memanjang lebih kurang dari utara ke selatan..
pulak tu time aku observe kampung aku tengah blackout..
memang agak jelas la...terpegun aku..
tak payah nak panjat bukit semata2 nak tengok galaksi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:41 PM | Show all posts
Reply 12# adorable10

jangan sedih2 ok. jupiter masih akan kelihat 'besar & dekat' untuk satu tempoh jugak, ada yg kata sampai hujung bulan ni. so kalau missed malam ni, esok boleh tengok lg. lusa pun boleh lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 08:44 PM | Show all posts
betui ka ni? jarak bulan-bumi pon  beratus-ratus ribu kilometer

kalau setakat 600km dari bumi ...
Ha_Neul Post at 20-9-2010 20:26



    die tertinggal pkataan juta la tu...hu2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:47 PM | Show all posts
td aku baru je jenguk kt luar td...
sebelah bulan ade nmpk jgk r chy tu
tp x tau r samada bintang or musytari...
xde teropong nk skodeng...he2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:49 PM | Show all posts
mlm ni x nmpk pown..

kl ujan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 09:32 PM | Show all posts
tak nampak apa-apa pon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.189534 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list