[Tempatan]
MB Perak saran rakyat tanam sayur sendiri, ternak haiwan kambing, lembu, kerbau dan ayam sendirik untuk hidup.bernas tak idea ni?bincangkan(10markah)
Gopeng: Susulan kekurangan bekalan makanan, Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu juga sebagai inisiatif menangani isu kenaikan harga barangan yang melanda rakyat ketika ini.
Macam kambing, lembu, kerbau dan ayam ia boleh diternak dan ditampung oleh usaha ternakan orang tempatan. Sekurang-kurangnya kita ternak (haiwan) atau tanam sayur-sayuran untuk sara diri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir di Perak SADC Agrofest Raya di The Treasure di Taman Herba Gopeng di sini hari ini.
Menurutnya, ia sekali gus mengelak daripada kebergantungan bekalan makanan daripada luar negara.
"Jadi, kerana itu banyak tempat kita mengadakan kempen iaitu tanam apa yang kita nak makan dan makan apa yang kita tanam, selebihnya jual," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Perak setakat ini memberi jaminan bekalan ayam mencukupi.
"Setakat semalam saya dimaklumkan kita ada penternak yang besar iaitu Dinding Poultry dan setakat ini mereka memberi jaminan bekalan di Perak mencukupi.
"Sekarang tiada masalah, kecuali kalau orang sengaja menyorokkan bekalan (ayam) itu untuk tujuan menaikkan harga, tetapi di peringkat bekalan tiada masalah," katanya.
Post time 31-5-2022 06:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sesuaila bg orang2 yg ada tanah sendiri...mmg bnyk tanah2 kat kg yg terbiar....x de diusahakan ...kerajaan kena la bantu bg modal pada golongan yg memerlukan bantuan....hehe...yela x semua org ada modal..kalau bela ayam dlm beberapa ekor mmg x perlukan modal besar pun..ni nk beli anak kambing..kerbau..lembu...
Post time 31-5-2022 06:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kau kasitau akak yang dok rumah flat, rumah teres segala itu celah mana mahu ternak ayam, lombu, kobau, kamben? Pelihara kucing pun jiran2 dah komplen taik busuk la apa la, inikan haiwan ternakan?
Post time 31-5-2022 07:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bela ayam di rumah teres? Tolonglah..tak sesuai langsung.
Dengan bau busuk nya, lalat lagi,,hama dari ayam.
Kalau tanam sayur2 tu ok la.
Idea tak bernas
Post time 31-5-2022 07:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Perak tak banyak rumah flat pun,kecuali kt Ipoh,Manjung ada nampak gak la.Perak ni negeri ke2 terbesar kat semenanjung selepas pahang,penduduknye pun tak sepadat mcm lembah klang n selangor tu. Meols rasa ok jah cadangan mb tu. Pastu chuols suma pun kene ingat gak sapa jah nak migrate masuk perak melainkan kalau kene tukar opis gomen ke. Kalau jenis sesaja masuk perak mmg tak ramai pun so majoriti org perak ni mmg asal perak dan ada tanah kat perak. Just my 2cents uols sebagai anak jati perak lahir kt perak pastu baru dpt balik perak setelah bertahun2 merantau di tempat org
Post time 31-5-2022 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Btw korang pun jgnla salah anggap mb perak tu nk suruh korg tanam sampai 1 ekar sayur-sayuran kot. At least bela pokok cili ke,bela serai ke,tanam skit2 dalam pasu ka. Aku slalu gak layan video masak2 kt oversea,kalau takat herbs mcm cilantro ke leek ke daun bawang ke diorg tanam je pakai pot kecik tu. Kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalihnye
Post time 31-5-2022 08:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku rasa ok je cdgn tu. sbb skrg kan tngh isu masalah mknn sedunia. siapa ada tanah boleh tanam/ternak maknn. ada lebih jual yg x dpt nk tanam. leh jana ekonomi.
Post time 31-5-2022 08:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku rasa apa yang MB Perak sarankan memang betul. Orang Perak banyak tanah, bukan macam kat KL atau Selangor. Kat UK, relax je orang berkebun untuk makan sendiri. Siap ada greenhouse kecil tanam herbs. Aussie apatah lagi. Orang Malaysia je otak sempit fikir berkebun ni untuk orang kampung.