CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2200|Reply: 25

[Tempatan] Mengarut, bodoh Menteri Sarawak selar isu Bahasa Melayu dalam sektor awam

[Copy link]
Post time 1-6-2022 10:16 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Seorang menteri Sarawak menyelar cadangan menguatkuasakan tindakan dalam sektor awam yang mengambil mudah arahan pemerkasaan bahasa Melayu, sebagai “mengarut dan bodoh”.

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perdagangan, perniagaan dan komunikasi.

“Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi kedua dan ia digunakan secara meluas penjawat awam di negeri ini dan di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada FMT.

Menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan itu, berkata penjawat awam sepatutnya digalak menggunakan “bahasa Inggeris dengan betul”, bukannya dikenakan tindakan untuk itu.

“Menguasai bahasa Inggeris tidak menjadikan seseorang bukan warga Malaysia atau hilang kemelayuannya,” katanya.

Karim mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali kerana menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak yang mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu.

Zuki berkata, langkah itu sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, bahawa bahasa Melayu bukan sahaja akan diperkasakan di negara ini, malah digunakan di peringkat antarabangsa.

Cadangan itu mengundang kritikan daripada bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz, yang melabelkan langkah itu sebagai “dasar mundur”, manakala seorang lagi bekas menteri sama, Darell Leiking, mahu Sabah dikecualikan daripada dasar berkenaan.

Kumpulan G25 yang merangkumi bekas pegawai kanan kerajaan, juga mengkritik Zuki, sambil menegaskan menjadi keperluan mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris kepada negara ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 10:18 AM | Show all posts
PM pun beria bercakap Melayu di luar negara, satu tindakan yg terkebelakang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau cina india dah boleh di buang kerakyatan malaysia kalau cakap macam tu sebab melanggar perjanjian masa merdeka .tapi kalau sabah serawak tak tau la macam mana sebab perjanjian dengan dia orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 1-6-2022 10:47 AM
kalau cina india dah boleh di buang kerakyatan malaysia kalau cakap macam tu sebab melanggar perjanj ...

Melayu ex menteri Umno cakap gini tak kena buang negara pulak yer
Cadangan itu mengundang kritikan daripada bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz, yang melabelkan langkah itu sebagai “dasar mundur”,
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 memuja English ..dia x sedar yg Mandarin pun makin meningkat pengaruhnya. Mandarin pun layak sbg bahasa ke2. 10 tahun akan dtg, makin byk jurnal akademik diterbit dlm Mandarin sejajar dgn kemajuan China. Mandarin adalah bahasa Ilmu dan working language...sama cam English...

So tak salah perkasa BM di peringkat jabatan kerajaan, mencermin identiti dan neutraliti. Rakyat digalak mengausai bahasa asing...terpulang nak pilih English atau Mandarin. Nak belajar dua dua pun boleh, kalau dah terlampau banyak masa & duit. Mastering either one dah cukup.

Yg nk melenting BM diperkasa, takut2 English keciciran dah kenapa?? Nampak sangat minda dah kene brainwash. Kalau jabatan kerajaan x guna BM, sapa je yg nk guna? Nenek dia?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeti tak pernah cakap BM


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tumpang-Sibok at 3-6-2022 11:24 PM

Betol.. Yg sokong tu mesti gang yg kecoh2 isu hotdog benak dulu viral jap kan.. Bebal sampai memalukan negara!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 3-6-2022 10:43 PM
Zeti tak pernah cakap BM

Elephant fight elephant, grass suffer

We need to find who is the mother and father of this terrorist and do you like roti john? I can cook for you

New now they know we this who!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 3-6-2022 11:11 PM

When ayam skipping England, even the banana will not fruit two times, my England is very powderful you know!

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:14 PM | Show all posts
kenapa bodoh? Kenapa mengarut?
kenapa guna bahasa melayu terus dilabel mundur?

kalau boleh galakkan guna "bahasa inggeris dengan betul",
kenapa tak boleh galakkan pemerkasaan bahasa melayu?

bagi aku kalau nak menentang, bagilah alasan kukuh..kalau setakat kata mengarut huraikan lah apa yang mengarut..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:21 PM | Show all posts
brownstone replied at 3-6-2022 10:42 PM
Tak habis2 memuja English ..dia x sedar yg Mandarin pun makin meningkat pengaruhnya. Mandarin pun la ...

itulah yang peliknya...disuruh perkasakan bahasa melayu aja pun, tapi melenting dia tu macam diharamkan belajar bahasa inggeris seumur hidup..



Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bingung ini menteri,dah hampir semua org skrg nak berbual dlm bahasa malay-english,di campur..salah ke kalau nak mertabatkan BM ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 11:58 PM | Show all posts
Mungkin lebihuntuk terus memartabatkan bahasa inggris dibanding mlayu kerana lebihbanyakpotensi keuntugan bagi kita di era global saat kini...Ingat dengan mengutamakan bahasa inggris  kita akan jauh jauh lebih terhormat darinail taraf dari serumpun dengan indon menjadi serumpun dengan UK, AS, Australia, NZ dan banyak negara commonwealth lainnya...

Kesimpuannya .. lupakan dan tinggalkan bahasa melayu .. jadikan bahasa inggris sebagai bahasa kebangsaan malaysia ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 11:00 AM | Show all posts
buang menteri dan team mereka yang tak berguna dahulu, lepas tu baru aktifkan butang BM. Dan lagi satu, menteri2 bangsar bubble kena masuk kelas BM level LKM100
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya negara kau ini, BI bahasa rasmi kebangsaaan kedua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasik balance la pengunaan BM dan BI dalam sektor awam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan terus shunned BI huntok 'mepurkasakan' BM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak pun dah tak tau camna cara nak purkasakan BM. Kat sekolah blaja BM lagik banyak masa dari blaja Sains dan Math. Tetap rakyat bengap BM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 3-6-2022 11:58 PM
Mungkin lebihuntuk terus memartabatkan bahasa inggris dibanding mlayu kerana lebihbanyakpotensi keun ...

Indon jongos @EJALTI
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:48 PM | Show all posts
Bila la nak selesai isu bahasa di ibu pertiwi ni. Abg Jamil dah mamps ka belum?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.457202 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list