CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11276|Reply: 173

[Tempatan] Ummah Serambi Mekah : Laki umur 22, bini 19, Anak 17 bulan tinggal dalam bangsal

[Copy link]
Post time 1-6-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Prickford at 1-6-2022 02:43 PM




Tumpat: Sudah sembilan bulan Nurul Alya Elyanie Mohd Johari bersama suami dan anak perempuan berusia 17 bulan berteduh di bangsal yang jika dilihat dari jauh, ia seakan tempat menyimpan besi buruk.
  Bangsal berdindingkan kanvas dan hanya memuatkan sebuah katil yang dialas bangku, sebuah kipas berdiri serta dapur memasak itu dibina di belakang rumah sewa mentuanya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor di sini.
  Sebelum ini, tiga beranak berkenaan menumpang mentua bersama lima lagi ahli keluarga lain tetapi disebabkan rumah sewa itu kecil, mereka memutuskan untuk tinggal berasingan.
  Nurul Alya, 19, berkata, mereka berhasrat untuk mencari rumah sewa tetapi dengan kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ia sukar untuk direalisasikan.
  Katanya, suaminya, Mohd Hafiz Fikri, 22, menyara keluarga hasil menjual besi buruk.
  "Jika hujan melanda, air melimpah masuk. Kami juga risau jika hujan lebat berserta angin kencang kerana bangsal ini diikat pada sebatang pokok, kami bimbang bangsal tumbang.
  "Jika keadaan agak tidak terkawal, kami akan berlindung di rumah mentua, cuba bertahan dalam keadaan sesak sementara situasi kembali tenang.
  "Saya juga jarang memasak di sini kerana risau apinya akan menyambar kanvas sebaliknya membeli nasi bungkus atau tumpang memasak di dapur rumah mentua," katanya ditemui di sini, hari ini.
  Nurul Alya berkata, dia dan anaknya, Nur Syiffa Humaira, sering mengikut suaminya mencari besi buruk di kawasan pelupusan sampah di Kampug Kok Bedullah di sini, dan pendapatan yang diterima sekitar RM10 hingga RM15 sehari.
  Katanya lagi, keadaan mereka semakin genting kerana keluarga mentua sudah beberapa kali diarahkan keluar dari rumah sewa kerana pemiliknya ingin membina rumah lain.
  "Ini bermakna kami dua keluarga perlu mencari rumah sewa lain dan dalam keadaan suami serta adik ipar sahaja yang bekerja sebagai pencari besi buruk, sangat mustahil untuk kami mampu menyewa rumah baharu yang kadar sewaannya sangat mahal bagi kami," katanya.
  Pihak yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nurul Alya di talian 014-9752863.
  Ibu mentuanya, Noriza Su, 41, berkata, sewa rumah mereka sudah 11 bulan tertunggak disebabkan tidak mampu walaupun kediaman itu hanya disewakan pada kadar RM150 sebulan.
  Noriza yang menghidap kencing manis kronik dan buah pinggang tahap empat berkata, mereka kini hanya menunggu masa sahaja untuk dihalau pemilik rumah dan pada masa sama, berdoa supaya ada pihak tampil membantu.
  "Saya kerap dimasukkan ke wad kerana pelbagai penyakit termasuk anemia dan dalam keadaan sukar begini, tidak tahu apa yang harus dilakukan terutama apabila mengenangkan cucu yang masih kecil serta dua anak yang bersekolah," katanya.
  Empat jari kaki Noriza juga sudah dipotong akibat kencing manis.




Sumber : Harian Metro


UPDATE HARI INI 01.06.2022 :
Tumpat: "Alhamdulillah, sejak semalam hingga hari ini ramai yang datang menziarah dan hulurkan bantuan, ringan sedikit beban yang ditanggung selama ini," kata Nurul Alya Elyanie Mohd Johari.
Nurul Alya mendiami bangsal kecil berdindingkan kanvas bersama suami, Mohd Hafiz Fikri, 22, dan bayi perempuan mereka, Nur Syiffa Humaira Mohd Hafiz, 17 bulan sejak sembilan bulan lalu berikutan kemiskinan hidup.
Dia berkata, sejak kisahnya dipaparkan Harian Metro, ramai yang datang membantu sama ada dari segi kewangan atau barang makanan malah tak kurang juga menghubungi menerusi panggilan telefon untuk menyalurkan bantuan.
"Ada yang sudah memasukkan sejumlah wang untuk kami mencari rumah sewa dan memberi jaminan untuk membayar sewa itu dalam tempoh tertentu.
"Ada juga yang memberi sumbangan wang tunai dan sangat lega dalam masa yang sama rasa terharu kerana beban yang selama ini dipikul sudah sedikit ringan.
"Jika sebelum ini untuk makan minum juga perlu dicatu malah pernah berhutang RM2 untuk mengisi minyak motosikal tapi sekarang Alhamdulillah, sudah lega," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan tiga beranak itu terpaksa mendiami bangsal kecil yang hanya memuatkan katil, kipas dan dapur memasak itu berikutan rumah sewa keluarga mentuanya yang sempit agak sesak kerana turut dihuni lima ahli keluarga lain.
Tidak mampu mencari rumah sewa, Nurul Alya dan suaminya memutuskan untuk membina bangsal daripada kanvas yang dipacakkan di sebatang pokok di belakang rumah sewa keluarga mentua.
Nurul Alya berkata, jika diikutkan malu kerana kisah kemiskinannya dilaporkan di dada akhbar, rasa itu agak menebal kerana mereka bukan jenis meminta-minta namun disebabkan keadaan semakin genting, perasaan itu bertukar lega.
"Rasa terkejut selepas memeriksa baki akaun bank kerana tidak pernah melihat jumlah sebanyak itu walau bagi orang lain ia tidak seberapa.
"Bagi kami, ia sudah memadai untuk perbelanjaan seharian dan kami juga akan mula mencari rumah sewa lain kerana rumah yang dihuni mentua ini tetap akan dirobohkan kerana pemiliknya ingin membina kediaman lain.
"Ada juga individu yang menghubungi kami berjanji untuk melangsaikan tunggakan rumah sewa keluarga mentua yang sudah 11 bulan tidak dibayar," katanya.

Sumber : Harian Metro




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 11:22 AM | Show all posts
"Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh PAS perlu menjadi model ‘Negeri Idaman’ sebagai contoh sebuah pentadbiran yang adil dan berkebajikan....", Abdul Hadi Awang, Twitter, 2019.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan salah PASPISPUS tetapi salah kahwin muda.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
As usual mn gmbr yg laki nye

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:15 PM | Show all posts
at least ko menutup aurat dek. tu ja pujian yang mampu aku berikan.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu...ada orng msh tnggal atas pokok,pakai cawat tak reti undi-ahli politik depa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 12:27 PM | Show all posts
Tunggu lah nanti si Elbit datanglah.

Semua orang Allah sayanggg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:39 PM | Show all posts
tengok lagi 5 tahun berapa anak yang akan warisi kemiskinan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 12:49 PM | Show all posts
Kesian budak kecik tu..dh rupa mcm anak rohingya dh sbb comot
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:58 PM | Show all posts
satu ja nak pesan.. berenti membiak ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 01:49 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 1-6-2022 12:07 PM
As usual mn gmbr yg laki nye

Takde pon. Dalam video takde, dekat media pon takde. Reti pulak sorok muka. Apo umur 22 mampu cari besi buruk je. Iolls speku dua ekor ni spesis tercicir pendidikan sampai nak sara hidup pon tak reti. Tapi kongkek reti pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 01:53 PM | Show all posts
jikalau tercicir sekalipun cuba usaha cari jalan untuk bangkit semula......
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak mertua dia pun muda lagi baru 41 tahun.
Anak beranak kawen muda2 lg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 02:11 PM | Show all posts
Suchi replied at 1-6-2022 02:05 PM
Mak mertua dia pun muda lagi baru 41 tahun.
Anak beranak kawen muda2 lg.

Kalau kira2, saing2 umur budak perempuan tu la mak dia kawin. antara 17-19 tahun. Memang kemiskinan dorang ni diwarisi
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia tu peknen lagi ke? Adoii jgn ler tambah anak lagi. Sian budak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca kat fb psl ni semalam..susah la kalau generasi muda..anak2 ni xda kesedaran utk ubah nasib keluarga atau diri sndri..xsmpai hati tgok ank kck tinggal tmpt mcm tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu kau tak kwin dulu, pi keja kilang, blh jugak tlg mak cari rmh sewa yg lebih selesa.....
Tlg mak nur duit seea yg 11bln tertunggak.....sian tuanrmh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 1-6-2022 11:22 AM
"Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh PAS perlu menjadi model ‘Negeri Idaman’ sebagai contoh ...

Ni dah tarap haram kawin... tak mampu jgnlaa kawin oiii.. sian anak bini.. ko gatal kote.. ko tonyoh je kat btg besi ke... btg pokok ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 02:45 PM | Show all posts
lemak_masin replied at 1-6-2022 02:30 PM
Bini dia tu peknen lagi ke? Adoii jgn ler tambah anak lagi. Sian budak2

Tengok video pegang2 perut. Haru sungguh kalau peknen. Yang sedia ada pon tak tertanggung. Tadi iolls baca kat Harian Metro, ramai bantu, siap bank in duit. Tapi sampai bila nak macam tu. Cuba bagi laki sheolls keje, tengok kalau tak tahan kerja, confirm pemalas, punca kemiskinan deyols.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
berenti la beranak lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.291977 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list