CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5259|Reply: 80

Pemilik Taska Kaya, Pakai Honda 3 Buah, Barang Branded- Pembantu Taska Cuma Dapat RM1200 Sebulan, Kerja Lebih 12 Jam

[Copy link]
Post time 2-6-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Bekerja hampir 12 jam namun gaji yang diterima langsung tidak setimpal!


Demikian luahan yang dilontarkan seorang pengguna media sosial mengenai nasibnya dan kebanyakan individu yang bekerja sebagai pembantu taska.


Menurut hantaran yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa pembantu taska sudah lama dibelenggu isu gaji yang disifatkan sangat rendah dan tidak mengikut garis panduan pelarasan gaji minimum.




Foto: mStar Online




"Kenapa pembantu taska tak boleh terima gaji minimum macam orang lain? Sebelum ini gaji minimum RM1,200, pembantu taska dapat RM1,000 sahaja,


"Ada tempat yang terima kurang daripada itu. Mulai bulan ini gaji minimum naik RM1,500 (namun) kami hanya dapat naik RM1,200," luahnya.


Lebih membuatkannya terkilan, hal yang berbeza pula dilalui oleh pemilik taska yang didakwanya menjalani kehidupan mewah hasil yuran yang dikenakan terhadap kanak-kanak.


"Owner taska ambil bayaran seorang budak RM300 hingga RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000 hingga RM25,000.


"Owner pakai kereta Honda dua hingga tiga buah, pakai barang branded sana sini. Tapi gaji bangla (Banglades) buruh lagi tinggi daripada kami staf taska.


"Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna personal account sahaja walaupun taska besar megah. Kerajaan memang tak boleh buat apa-apa ke?," luahnya lagi.


Tambahnya lagi, bebanan kerja yang kadang kala menjangkau sehingga 12 jam sehari tanpa bayaran kerja lebih masa atau overtime berserta isu gaji yang tidak mendapat pembelaan sedikit sebanyak membuatkan golongan sepertinya tertekan.








"Kerja kami lagi stres sebab menguruskan budak-budak. Guna tenaga dan mental.


"Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak, tapi lama-lama stres gaji sangat tak setimpal dengan apa yang kami hadap setiap hari," tulisnya lagi.


Luahan yang disuarakan individu tersebut meraih perhatian dan mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.


Rata-ratanya turut melahirkan simpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan.


"Kalau report dekat Jabatan Buruh mesti sangkut punya. Tak ada perikemanusiaan ke? Pakai gelang besar-besar hak pekerja dinafikan.


"Jumpa pemilik taska. Luahkan perasaan ketidakpuasan hati kamu. Jika tak dapat perhatian, bagi notis berhenti. Lepas tu offer dekat ibu bapa siapa nak hantar anak, boleh hantar ke rumah kamu.


"ernah kerja taska, memang gaji murah gila RM500 je. Seawal pukul 6.30 pagi kena ada di taska, balik pukul 6.00 petang. Jaga baby berapa orang, memang letih. Sebulan je kerja kemudian berhenti," demikian antara komen netizen.


Dalam pada itu, ada antara netizen mencadangkan pembantu taska yang berdepan dengan isu sedemikian untuk mencari pekerjaan lain agar tidak tertekan seterusnya menjadikan kanak-kanak sebagai tempat melepaskan marah.


Untuk rekod pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mula dilaksanakan di negara ini pada 1 Mei lalu.


Berdasarkan warta kerajaan berhubung hal itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.


Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.


Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.


Berhubung seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku x nampak knp perlu bayar tinggi gaji pekerja tasks ni...dah korang pun x de kelulusan tinggi..ke ada yg ada degree?..kerja pun jaga budak...

Kenapa korang x jaga budak kat rumah je..
Jaga 5 orang budak boleh dpt RM2k kalau sorang budak korang ambil RM400...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:44 AM | Show all posts
Kenapa nak compare income pemilik dan pekerja ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah ideologi kapitalis: bayar semurah yang boleh, perah sehabis yang boleh. Inilah dia perhambaan moden.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:06 AM | Show all posts
Kenapa nak cerita pasal owner taska, bangla pun dapat lebih bagai.  Owner taska tu owner kut, takan dia dapat duit semua bagi rata dgn pekerja pulak...aish  Kalau dah terima sign contract ckp 12 hours a day susah lah nak lawan.  Ini lah jenis pekerja yg selalu ckp kenapa nak kayakan boss.  Kalau tak agree, pelan2 jumpla cari kerja lain, tak pun kerja kilang ada OT.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:14 AM | Show all posts
carilah kerja lain
kenapa xcarik?
sebab xde kelulusan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr ko memekak baik ko pi cari keje kt tempat lain dik.or buat report kt labor dept
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap makan dgn tempat tinggal majikan sediakan pastu xde kos transport..OT diberikan..so apa isu dia ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 11:23 AM | Show all posts
renko replied at 2-6-2022 11:14 AM
carilah kerja lain
kenapa xcarik?
sebab xde kelulusan?

pengalaman adik ipar aku la kenapa dia x cari kerja lain selain taska,1) cuti sabtu ahad,
2)boleh tidur tgh hari
3)makan free
4)kerja x berat cuma stress
5) dekat dgn kediaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:23 AM | Show all posts
copy_paste replied at 2-6-2022 11:23 AM
pengalaman adik ipar aku la kenapa dia x cari kerja lain selain taska,1) cuti sabtu ahad,
2)boleh  ...

ade komplen2 tak
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 2-6-2022 12:44 PM
Kenapa nak compare income pemilik dan pekerja ?

Overhead owner, liability syarikat kena buat marketing ads pastu byr epf socso semua tu dia xmo highlight skali ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:30 AM | Show all posts

gaji mmg paling rendah,
tapi bila dikira dari segi benefit ok la,kerja bertahun2 bila dah ada pengalaman ada modal boleh jd tokey pulak,
sbnarnye bukan xleh bg gaji setimpal,tapi bagi pengusaha yg ada byk cawangan boleh la,yg ada 1 je hauk jugak nak bayar itu ini,
lagi 1 kalau nk bayar gaji tinggi kena naikkan kadar yuran pulak, naik rm20 pun parent dah bising,
atas pengalaman SIL aku ade jgk aku kira2 nak bukak taska,tapi bukan senang nk cari pekerja lagi,risiko dera lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:32 AM | Show all posts
Normabaru replied at 2-6-2022 11:24 AM
Overhead owner, liability syarikat kena buat marketing ads pastu byr epf socso semua tu dia xmo hi ...

itu la pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:36 AM | Show all posts
Siannya masih ada yang tanya kenapa kena gaji mahal..

Kenapa tidak, kerja taska sekalipun masih kerja,
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:37 AM | Show all posts
Nnoor2 replied at 2-6-2022 02:43 AM
Tapi aku x nampak knp perlu bayar tinggi gaji pekerja tasks ni...dah korang pun x de kelulusan tingg ...

budak yang amek diploma early care ni pun kadang-kadang kerja pembantu taska ni jugak
banyak kolej swasta offer course ni



Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 2-6-2022 01:40 PM
copy_paste replied at 2-6-2022 01:30 PM
gaji mmg paling rendah,
tapi bila dikira dari segi benefit ok la,kerja bertahun2 bila dah ada peng ...


Actually keje sbg pengusaha taska ni margin xtinggi pun..sbb staff berkadaran dgn jumlah bdk yang dia jaga..pastu liability tinggi..slp hb klu ada kes dera kes pukul kes culik owner yang kena menjawab bukan pengasuh..

Plus dia kena make sure safety n food rations budak n pengasuh cukup...dgn byr bil lagi byk oii kos dia..xmasuk lg klu ada penyakit berjangkit.. staff xsihat..sekali nama dh busuk terus bungkus..so pada kaka ko nk demand tinggi2 ko pergi jela jd ponder produk timbang kilo tu..jgn keje pengasuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 11:42 AM | Show all posts
Normabaru replied at 2-6-2022 11:38 AM
Actually keje sbg pengusaha taska ni margin xtinggi pun..sbb staff berkadaran dgn jumlah bdk yang  ...

betul tu,aku pun dah kira2 semua tu kenapa gaji randah,
nak gaji tinggi keje taska kerajaan la,
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:44 AM | Show all posts
copy_paste replied at 2-6-2022 11:30 AM
gaji mmg paling rendah,
tapi bila dikira dari segi benefit ok la,kerja bertahun2 bila dah ada peng ...

My friend ada buka taska, share dgn adik dia.  dia cakap lps tolak itu ini bagai, dapat lah depa dalam RM2k sorang. Jadilah dia kata, modal dia dulu dari vss dia dapat.  Dia kata dari habis camtu je, this is her investment for old age la, dia pun dah kerja lain juga.  Have to attend JKM punya courses every now and then, sebab lesen tu kan.  Dia cakap babies dia tak ambil memang dia takut tersilap nanti lain jadi.  Tapi i tak tanya pula berapa kids dia ambil.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:44 AM | Show all posts
hello, owner tanggung byak risiko hurkeh ! bila untung pertikai, tp masa susah payah nak berjaya n maintain business, rugi tu semua sebelum untung x fikir pulak.... kalo dh pekerja tu buat jela cara pekerja... nk duit lebih ko bukak la bisnes sendiri... yiihhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:46 AM | Show all posts
Oh my friend cakap, orang JKM sendiri bgtau, yg boleh buat duit is rumah transit.  Patut lah ramai je bukan transit kat taman i ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 1.051838 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list