View: 2916|Reply: 32
|
Jaga menyamar pegawai tentera pikat janda dalam kem
[Copy link]
|
|
Jaga menyamar pegawai tentera pikat janda dalam kem
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... at-janda-dalam-kem/
Oleh NOR AINNA HAMZAH
2 Jun 2022, 9:50 am
Pakaian seragam ATM yang digunakan suspek ketika menyamar sebagai pegawai tentera untuk memikat anggota wanita di Kem Tampin.
TAMPIN – Kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda, seorang pengawal keselamatan sanggup melakukan jenayah dengan menyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan itu.
Perbuatan suspek yang berusia 27 tahun itu dan masih bujang itu bagaimanapun memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau dekat sini pada pukul 5.50 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.
ANUWAL
“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.
“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.
“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.
Antara barangan yang dirampas daripada suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau kelmarin.
Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.
“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” katanya.
Jelas beliau, suspek membeli pakaian seragam tersebut daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera dan orang ramai terutama anggota serta pegawai tentera yang bertugas di kem diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu turut memasuki kem lain.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Umur 27 pangkat kolonel
phewwww |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahhahaha sial la jaga ni |
|
|
|
|
|
|
|
nie namanye jaga lbh sudu dr kuah mcm yg jd disesetgh tmpt smpai bergaduh ngan org..fefeeling polis @askar |
|
|
|
|
|
|
|
errrr pe kabar janda tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
biasenye kalo pangkat kolenal ni paling muda pun pertengahan usia,bukan muda mudi, kalo 27 tu selalunye leftenan muda je |
|
|
|
|
|
|
|
Acik Guard Menyamar Jadi Tentera Pangkat Tinggi Sebab Nak Pikat Janda Dalam Kem
TAMPIN – Kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda, seorang pengawal keselamatan sanggup melakukan jenayah dengan menyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan itu.
Perbuatan suspek yang berusia 27 tahun yang masih bujang itu bagaimanapun memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau dekat sini pada pukul 5.50 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.
Foto: Kosmo
“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.
“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” katanya.
Menurut beliau, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.
“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.
Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.
Foto: Kosmo
“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” katanya.
Jelas beliau, suspek membeli pakaian seragam tersebut daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera dan orang ramai terutama anggota serta pegawai tentera yang bertugas di kem diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu turut memasuki kem lain. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Nak menyamar tapi bodo… 27 dah kolonel… yg leftenan kolonel nak naik kolonel pun lama.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah "catch me if u can" tak sempat nak final ending ??? ... |
|
|
|
|
|
|
|
Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera
Patutlah rasa macam dejavu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesalahan 2018 sekarang baru nak tangkap? Ka aku silap baca
|
|
|
|
|
|
|
|
camne janda pun bleh duduk dlm kem ye? bkn ke cuma tentera dan family diorg je bleh duduk dalam berek tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ke sana ke sini dok sebut janda janda yg salah jaga tu, tapi dok highlight janda, tah apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.
ni dari berita
|
|
|
|
|
|
|
|
sama kes dgn post yg satu lagi ke? Kalau sama, pangkat yg dia pakai tu leftenan, bukan lah leftenan kolonel |
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu buta
lautan api sanggup kurenangi
oh janda kahwinlah dgn dia....dia sanggup buat apa saja.... dia ada efforts
bukankah kebanyakan perempuan mengeluh kebanyakan lelaki xde efforts? |
|
|
|
|
|
|
|
mudah terpedaya sebab ramai yg x cerdik. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya janda tu adalah anggota tentera gak kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Caner muka si sepol tu adakah mcm wartawan cari? |
|
|
|
|
|
|
|
penangan janda |
|
|
|
|
|
|
| |
|