CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2238|Reply: 37

[Tempatan] Formula Najib untuk selamatkan rakyat daripada inflasi

[Copy link]
Post time 2-6-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Formula Najib untuk selamatkan rakyat daripada inflasi

https://www.malaysiakini.com/news/623297

Diterbitkan:  Jun 2, 2022 11:10 AM⋅
Dikemaskini: 11:15 AM



KATA MP l Gangguan kepada pengeluaran, stok dan logistik era wabak Covid-19 yang ditambah teruk oleh perang di Ukraine telah melonjakkan kadar inflasi dunia ke antara paras tertinggi sejak 40 tahun lalu.

Saya pernah ramal pada pertengahan tahun lalu bahawa inflasi akan menjadi masalah besar sebab pandemik tapi saya tak terfikir akan berlaku peperangan di antara Rusia dan Ukraine.

Keadaan hari ini adalah keadaan amat luar biasa.

Masa 100 tahun sudah berlaku sejak pandemik global dahulu berlaku pada tahun 1920an.





Perang di Ukraine merupakan krisis terbesar benua Eropah dan negara-negara barat sejak 80 tahun dahulu - iaitu ketika perang dunia kedua.

Jika nak kawal kesan-kesan kedua krisis ini secara sepenuhnya, amat susah tapi ini adalah cabaran global yang kerajaan perlu redakan dengan dasar-dasar yang baik serta adil.

Sebagai negara pengekspot komoditi yang besar, Malaysia ada kelebihan dalam situasi ini.

Harga-harga komoditi kini pada harga yang amat tinggi.

Harga sawit adalah tiga hingga empat kali ganda berbanding harga sebelum pandemik bermula.



Harga gas asli pula naik sehingga 10 kali ganda lebih tinggi.

Itulah sebab Petronas mampu melaporkan keuntungan besar sebanyak RM23 bilion bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Tidak mustahil sekiranya keuntungan mencecah RM100 bilion bagi keseluruhan tahun ini.

Keuntungan-keuntungan syarikat perladangan besar juga berganda tiga hingga empat kali ganda berbanding sebelum pandemik.



Begitu juga dengan sektor pembuatan elektronik yang sedang berkembang pesat dengan permintaan dunia yang tinggi.

Kita terkesan dari satu sudut tetapi kita juga penerima manfaat dari kedua-dua krisis ini dari segi pendapatan susulan harga global komoditi yang mencecah paras tertinggi.

Sebab itu, ia adalah adil dan patut bahawa kerajaan mengenakan cukai yang lebih ke atas sektor-sektor ini di samping memastikan sektor-sektor ini diberi perhatian khusus supaya mereka dapat memanfaatkan sepenuhya keadaan harga yang tinggi ini.

Erti kata lain kita memudahkan sektor-sektor ini meningkatkan pengeluaran tetapi kerajaan ambil sebahagian "durian runtuh" untuk membantu sektor-sektor lain yang terjejas serta untuk meredakan cabaran inflasi ketika ini.

Dana yang lebih boleh digunakan untuk memberi lebih bantuan tunai kepada rakyat paling terjejas dengan kenaikan harga.

Program pertanian dan penanaman makanan berskala amat besar boleh dimulakan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri supaya kita kurang bergantung kepada import.



Peruntukan bagi subsidi bahan makanan dan bahan binaan boleh dipertingkatkan agar pengeluar, pengimport serta sektor pembinaan tidak mengalami kerugian atau terpaksa henti beroperasi susulan harga yang tidak dapat dikawal.

Skim pinjaman mudah dengan jaminan kerajaan berskala lebih besar boleh disediakan bagi perniagaan-perniagaan yang sedang mengalami masalah.

Namun kesemua ini patut dipercepatkan dari segi perlaksanaan dan dikurangkan birokrasi sekiranya cadangan-cadangan ini diterima.

Speed and efficiency in execution is the priority.

NAJIB RAZAK adalah ahli parlimen Pekan dan bekas perdana menteri Malaysia.

Tulisan ini pertama kali disiarkan di media sosialnya. Ia merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Formula nya kau byr lah cukai dulu, pastu kasi setel hutang 1mdubo kau tu! Sembang lebat, dlm court xtau kehulu kehilir mcm macai2 kau jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:48 AM | Show all posts
cukai sendiri pd negara pun tak bayo2, dh la x bayo cukai, siap songlap duit lagi, lg mau sembang kencang pakcik kepit ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 01:07 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 3-6-2022 09:20 AM

Patutla BN nak sgt GST...




Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 01:49 PM | Show all posts
Janik!!  We are in this shit because of you
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:05 PM | Show all posts
formula super ring ke ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahap kepercayaan kita kepada beliau dah jatuh ke tahap kepercayaan kita terhadap peniaga produk timbang kati dan penunggang agama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:28 PM | Show all posts
cukai bila nak bayar pakjib...at least cukai tu boleh dibuat peruntukan utk cadangan chuols tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau kasik penampau laju-laju berjemaah, best in da world nih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Formula i pula u bayar la cukai 1.7billion tu.  Lega la sikit gomen boleh prepare sikit tolo g rakyat menghadapi inflasi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 08:30 PM | Show all posts
rakyat hisup sengkak dengan formula sahaja lah

elok sangatlah tu

rafizi nakharom kerandut  boyot itupun raja formula , naik takhta hanay dengan formula

cissssssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 09:46 PM | Show all posts
Najib pun nak ikot Rapiji kaa ?? jadi tukang "formula" ??

Cara terbaik adalah hapuskan semua subsidi , perkenalkan GST & naikkan kadar tax... hasil tax buleh focus pada subsidy utk golongan petani supaya buleh produce makanan pada harga yang banyak & murah.. omputeh dah lama buat agricultural subsidy ka apa kaa.. focus pada petani2 kecil..

Subsidy sikit2 tu ok lagi laa.. mcm diesel kaa RON95 perkenal card kaa voucher up to RM200 ka apa kaa per month.. ni hampir semua nak subsidy tapi hasil negara kurang... lama2 lingkup mcm venezuela negara pojaan ummah Pembangang Pakatan Hancing dahulu kala..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:01 PM | Show all posts
Toksahlah ikut formula bossku ni.. rembat punya rembat last2 tak merasa, siap kena turun naik mahkamah & masuk dalam terus.  Yang joli hasil rembat tu sibudak cina gemuk tu.. beli private jet, yatch, lukisan, tak sure la dapat main dgn artis hollywood..  Formula paling bangang.. diamlah jilaker..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 2-6-2022 11:41 AM
Formula nya kau byr lah cukai dulu, pastu kasi setel hutang 1mdubo kau tu! Sembang lebat, dlm court  ...

Sembang masa tak jadi piem...macam negarawan sejati...masa jadi piem haram jadah sana..haram jadah sini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:44 PM | Show all posts
Pulangkan balik semua wang yang telah di ambil tu.................1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:33 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 2-6-2022 07:50 PM
Dia ni kalau kasik penampau laju-laju berjemaah, best in da world nih.



Amboi awak, teganya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia nak masuk penjara?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 07:34 AM | Show all posts
silencekiller replied at 2-6-2022 09:46 PM
Najib pun nak ikot Rapiji kaa ?? jadi tukang "formula" ??

Cara terbaik adalah hapuskan semua sub ...

Saya setuju dengan pandangan bro. Kita kena back to basic. align balik industry and government, put the right people in the right position!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 2-6-2022 09:54 PM
Formula i pula u bayar la cukai 1.7billion tu.  Lega la sikit gomen boleh prepare sikit tolo g rakya ...

Bayar cukai tertunggak  X
Upah lawyer from overseas ✓
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:17 AM | Show all posts
silencekiller replied at 2-6-2022 09:46 PM
Najib pun nak ikot Rapiji kaa ?? jadi tukang "formula" ??

Cara terbaik adalah hapuskan semua sub ...

Cara ni btol aku setuju, tp siapa yg ada political will nak buat semua nih?? ni semua suicidal utk karier politik kalau dibuat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073587 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list