CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 1

Boleh Ambil Pil Gugur Kandungan Jika Diizin Pasangan

[Copy link]
Post time 2-6-2022 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Jepun bakal meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan pengambilan pil gugur kandungan, namun dengan keizinan pasangan, lapor laman berita Wion News, kelmarin.


Di bawah undang-undang sedia ada iaitu Undang-Undang Perlindungan Kehamilan 1948, keizinan pasangan adalah diperlukan sebelum seseorang wanita menjalani pembedahan menggugurkan kandungan, namun dengan sedikit pengecualian.




Foto: Japan Times




“Secara prinsip, kami percaya bahawa keizinan pasangan adalah perlu meskipun jika proses pengguguran dilakukan menerusi ubat-ubatan yang dimakan,” kata kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Jepun, Yasuhiro Hashimoto.


Sementara itu, seorang ahli pengasas bagi Tindakan bagi Pengguguran Selamat Jepun, Kumi Tsukahara berkata, keizinan pasangan menjadi satu isu utama apabila berlakunya pertikaian mengenai kehamilan yang tidak diingini.


“Ia menjadi masalah apabila berlakunya pertikaian dengan pasangan atau sama ada pasangan memaksa seseorang wanita itu untuk hamil di luar keinginannya.


“Bagi wanita, apabila mereka dipaksa untuk hamil oleh pihak lain sedangkan diri sendiri enggan bertindak demikian, ia merupakan sejenis seksaan,” ujarnya.


Beberapa kes berlaku di Jepun sebelum ini di mana doktor enggan meluluskan proses pengguguran kehamilan dalam kalangan wanita yang diperkosa.


Ia sekali gus memaksa para pegawai Kementerian Kesihatan untuk menulis surat kepada Persatuan Perubatan Jepun bagi menjelaskan bahawa kelulusan tidak diperlukan bagi kes-kes rogol.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 05:50 PM | Show all posts
Berpusing2 karangan ni.

Macam budak2 excited nak bercerita habis dirojaknya sampai yang mendengar pun pening ko nak citer apa dek?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list