CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2641|Reply: 25

[Tempatan] 'Ayam tak laku sebab harga mahal'

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:10 PM | Show all posts |Read mode
'Ayam tak laku sebab harga mahal'


Tinjauan peniaga menjual ayam segar di Pasar Pudu hari ini. NSTP/ASYRAF HAMZAH


KUALA LUMPUR: Walaupun bekalan ayam kurang di pasaran, peniaga ayam segar kini mengeluh akibat gagal menghabiskan jualan disebabkan harga ayam yang mahal.

Tinjauan BH di beberapa pasar basah di sekitar Kuala Lumpur, mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam dengan harga RM9 hingga RM11 bagi setiap kilogram.

Seorang peniaga ayam, Abdullah Razali, berkata beliau mendapat bekalan kira-kira 50 ekor ayam sehari berbanding 100 ekor sebelum ini dan menjualnya antara RM9 hingga RM9.50 sekilogram.

"Sekarang walaupun bekalan ayam kurang, 50 ekor ayam yang saya ada masih tidak habis dijual sebab pembeli berpendapat harganya mahal.

"Keuntungan yang saya dapat tidak banyak iaitu antara RM1 hingga RM1.50 saja bagi setiap kilogram. Jika saya menjual dengan harga lebih rendah, saya terpaksa menanggung kerugian," katanya di sini, semalam.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, 47, berkata beliau terpaksa menjual ayam dengan harga RM11 seekor.

Beliau berkata, bekalan ayam sukar diperoleh sehingga beliau pernah tidak berniaga selama dua hari disebabkan tiada bekalan ayam.

Sementara itu, peniaga sayur yang hanya mahu dikenali sebagai Junaida, 52, berkata harga sayur kerap berubah sejak Ramadan lalu.

"Dalam masa seminggu, harga sayur kerap naik dan turun. Contohnya pada Isnin dan Selasa, harga naik tetapi pada Rabu pula harga akan turun.

"Harga terung RM6 sekilogram, kacang panjang RM8 sekilogram dan cili merah pula RM13 hingga RM15 sekilogram. Kami ambil bekalan sayur daripada pasar borong dan jika harga di sana mahal, kami terpaksa menjualnya dengan harga agak mahal juga", katanya.

Pemilik kedai makan yang dikenali sebagai Rashid, 58, berkata beliau terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan harga barang mentah meningkat.

"Kita terpaksa meningkatkan harga makanan kerana barang mentah semakin mahal. Jika dulu saya menjual nasi goreng dengan harga RM5, sekarang harganya RM6.

"Saya bersyukur pelanggan memahami situasi sekarang," katanya.

Suri rumah yang dikenali Nurlinda, 50, berkata beliau tidak terkesan dengan kenaikan harga ayam kerana sudah lama tidak membelinya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... u-sebab-harga-mahal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 08:23 PM | Show all posts
aku teringat warga asing jual ayam rendam dalam air nak bagi berat ayam tu baru timbang

mana penguatkuasaan ??? boleh pergi mampuslah

sialnya makan rasuah

warga asing dah xhormat undang-undang negara Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 08:23 PM | Show all posts
ayam berapa harga pun org akan beli

sebab ayam mmg sedap di goreng , dibuat sup
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka...pandai pun rakyat..boikot je..tahu pulak peniaga ni turunkan harga
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 2-6-2022 08:26 PM
Area aku plak jual ayam sekil0 12.90....
Tengok papan harga...ayam sekilo 9.90 + labour charge and h ...

eh sama larr tp takde plak diperincikan rm12.90/kg tu. terus acik flip kain (psr basah tempias hujan) cari ikan.
ikan pun tak beragak harga, nak jugak join ayam melambung naik. stress pegi pasar skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 08:56 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 2-6-2022 09:02 PM

Nota: Dua hari lepas PM kata kerajaan ada sediakan wang sabsidi untuk dipohon mereka-mereka yang terlibat dalam industri ayam ni (yela kata kat customer ternak jual ayam penat je tak untung, so kerajaan bagi duit la kot belakang). Tapi syarikat-syarikat besar yang ada tak mohon pun sebab niat nak harga ayam dikeluarkan dari kawalan biar pasaran tentukan. Maka baki tak ingat berapa maybe 70 juta kot yang ada akan disalurkan terus kepada mereka yang terjejas (tak diberitahu siapa yang terjejas tu). Nampak? konon struggle tapi bila dibantu tanak terima, sah2 diorang tengah cuba main harga mana ada fikir customer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan uke..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring aku ngan kere2jaan malaya ni
Bila lah nak ada pemimpin yg layak digelar pemimpin ni
Berjanggut atas bawah masuk dalam tanah
Belum lahir lagi ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 10:30 PM | Show all posts
Baguih laa... dah ramai kenyang melantak banyak sangat time raya kaa open house ka apa kaa.. next week pun coti sekolah... maybe ramai jimat cermat sebab persediaan coti sekolah & jalan2 sana sini...

Cara nak ajaq adalah kurangkan makan tak kira ayam kaa ikan kaa nasi ka apa ka... makan ikot keperluan sebenaq badan kita yakni below 1k cal per day... kurangkan minyak & gula.. tu pun nak menyalak KERAjaan zalim ke hulu ke hilir... semua nak kena suap ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 2-6-2022 10:30 PM
Baguih laa... dah ramai kenyang melantak banyak sangat time raya kaa open house ka apa kaa.. next we ...

Hehe...elokla kita kurangkan makan tambah2 melantak ayam cucuk....badan pun kurus...sihat
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa malaysia mmg bangsa sangkak subsidi turun temurun..mmg mentaliti mcm tu..sejenis bangsa yg tak competitive..indon tu pun tak sangkak subsidi dari kerajaan die  .
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:22 AM | Show all posts
Nnoor2 replied at 2-6-2022 08:28 PM
Padan muka...pandai pun rakyat..boikot je..tahu pulak peniaga ni turunkan harga

Kann..elok je boikot nanti turun la harga.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:38 AM | Show all posts
ma kat kg kata bereh jer stok ayam
takda stok kita sembelih ayam kampung
ok2 saje...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:50 AM | Show all posts
lantak kome
beriye sangat naikkan rege ayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah abis open house..so carik la alternatif yg mu mur plak....bgs jgk

.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual ayam 50 ekor untung 50 ringgit? Buat sakit badan jer kan, bang
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:12 AM | Show all posts
Nnoor2 replied at 2-6-2022 08:28 PM
Padan muka...pandai pun rakyat..boikot je..tahu pulak peniaga ni turunkan harga

betul biar lambakan ayam. pastu baru gelupur turun harga. rakyat skrg bijak bukan senang di pergunakan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:15 AM | Show all posts
"Alhamdulillah..setahun PN perintah pentadbiran negara jauh lebih baik.."

-Hadi Bawang,Mei 2021

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 10:26 AM | Show all posts
semoga rakyat malaysia ramai mengurus lepas ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.213458 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list