CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 1

[Tempatan] Tiada pelupusan buangan terjadual di tasik 'Black Water' - JAS

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Tiada pelupusan buangan terjadual di tasik 'Black Water' - JAS


Keadaan Tasik Air Hitam di Bandar Mahkota, Cheras yang menjadi tempat pembuangan sampah haram mengundang perasaan tidak selesa penduduk setempat. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati tiada pelupusan buangan terjadual dan aktiviti pembakaran terbuka berlaku di tapak pelupusan sampah haram di tasik 'Black Water' di Bandar Mahkota Cheras dekat sini.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata bau busuk berpunca daripada kolam takungan semula jadi yang sudah dijadikan tapak pelupusan haram sisa pembinaan dan sampah domestik.

Katanya, siasatan mendapati tiada pelupusan buangan terjadual dan aktiviti pembakaran terbuka yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

"Air kolam takungan didapati berwarna hitam, berbau busuk dan dipenuhi dengan sampah-sarap.

"Ujian ke atas kualiti air kolam takungan mendapati air bersifat alkali dengan kadar oksigen yang sangat rendah akibat daripada aktiviti pelupusan sisa domestik terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muka hadapan akhbar ini Rabu lalu melaporkan tasik bekas kuari terbabit dikesan dijadikan tapak pelupusan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan pencemaran bau.

Sebahagian besar tasik berkenaan dipenuhi sampah antaranya botol, guni, polistirena makanan, plastik, sisa perabot dan kayu.


Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) membuat halangan dan kawalan statik kali kedua selepas halangan yang lama dibuang oleh individu yang tidak bertanggung jawab di laluan masuk ke Tasik Air Hitam. - NSTP/Aswadi Alias

Wan Abdul Latif berkata, aktiviti pelupusan sisa pembinaan dan sampah domestik adalah tertakluk bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Jadual Kedua Aktiviti 14: Pengolahan dan Pelupusan Buangan, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

"Aktiviti ini boleh diambil tindakan atas kesalahan tiada kelulusan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA)," katanya.

Orang awam diminta melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.


Keadaan Tasik Air Hitam yang menjadi tempat pembuangan sampah haram mengundang perasaan tidak selesa penduduk setempat. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sik-black-water-jas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana menteri mewa?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 1.164421 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list