CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 4

[Tempatan] Air Tasik Bukit Merah susut, 12,400 pesawah mungkin terjejas

[Copy link]
Post time 3-6-2022 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Air Tasik Bukit Merah susut, 12,400 pesawah mungkin terjejas



Air pada aras kritikal di Empangan Bukit Merah, ketika dirakamkan berhampiran Kampung Selamat, Simpang Empat Semanggol di sini. FOTO DANIAL SAAD


Bagan Serai: Seluas 12,400 hektar sawah padi di daerah ini, Semanggol dan Selinsing berisiko terjejas apabila bekalan air di hentikan susulan penyusutan paras air Tasik Bukit Merah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menghentikan pengairan ke sawah padi bermula 27 Mei lalu berikutan paras takungan air Tasik Bukit Merah susut ke paras bahaya.

Menurutnya, keadaan sawah padi yang diusahakan penduduk kini berusia 20 hingga ke 40 hari serta memerlukan air dalam kuantiti yang banyak dan pesawah terpaksa menakung air yang dijangka hanya dapat bertahan antara tujuh hingga 14 hari.

"Sekiranya tidak berlaku hujan dalam tempoh seminggu dua ini, sawah akan kering sekali gus memberi kesan teruk kepada 4,720 pesawah.

"Bagaimanapun kerajaan ada peruntukkan atau bantuan khas sekiranya perkara ini berlaku," katanya ditemui media selepas Program Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Istisqa di Pusat Imformasi Empangan Bukit Merah, hari ini.

Dalam program itu lebih 100 penduduk mengambil bahagian dan turut disertai oleh Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan Pegawai Pertanian Daerah Kerian, Riduan Othman.

Ditanya mengenai pembenihan awan, Razman berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Perak dan pihaknya mengharapkan ia dapat dilakukan segera dalam minggu ini.

Sementara itu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Air Itam, Siap Jeraai, berkata sudah tiba masanya kerajaan menyegerakan perancangan pembinaan terowong air dari Sungai Perak.

Menurutnya, cadangan pembinaan itu sebenarnya telah berlarutan beberapa tahun lalu namun belum ada kata putus.

"Setiap kali berlaku penyusutan air di tasik ini hingga ke paras kritikal, skripnya sama iaitu kerajaan akan membuat terowong saluran air dari Sungai Perak.

"Jika tiada penyelesaian yang menanggung akibatnya adalah pesawah. Mana kami nak cari air? Saban tahun pesawah akan menanggung rugi," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-mungkin-terjejas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 04:20 PM | Show all posts
Tengok video hari tu, kering sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:02 PM | Show all posts
Sedih lihat keadaannya sampai mengering macam tu tapi cuaca belah utara amat panas kebelakangan ni.  Para petani pasti amat gusar dengan keadaan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Local Food Crisis ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 08:12 PM | Show all posts
meols rasa masa naik ETS hari tu memang lalu atas tasik ni, nampak kering macam dalam gambar tu, tapi banyak lagi la air kat bahagian tetengah dia. Belah2 tepi je yang dah nampah dasar tanah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.270898 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list